Saturday, February 09, 2008

Risiko Kahwin Penerbit Lain

Ada seorang penulis buku motivasi ringan-pop, yang dulu menerbitkan buku-buku motivasi dan novelnya dengan penerbit terkenal, tetapi baru-baru ini dia berkahwin dengan penerbit lain.

Dengan penerbit lamanya dulu, buku-buku motivasinya dijual pada harga rendah, sekitar RM10 - RM15 sahaja.

Kini dengan penerbit baru, buku-bukunya dijual pada harga sekitar RM40.00 kerana buku-buku barunya lebih tebal dan dipakejkan sebagai buku mewah. Gosip yang kita dengar dari pasaran mengatakan jualan buku barunya amat lembap. 

Soalan tutorial hari ini: Apakah faktor yang menyebabkan peminat-peminat pengarang itu tidak mahu membeli buku-buku barunya yang lebih cantik penampilannya itu.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(12) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, January 08, 2008

Buku Motivasi: ‘Star Tua’, ‘Star Muda’

Buku-buku motivasi yang baik adalah buku yang evergreen, yang laku sepanjang zaman.

Apabila saudara masuk ke dalam pasaran buku motivasi, salah satu risiko yang saudara perlu ambil perhatian adalah isu imej:

"Apabila imej motivator naik, jualan buku ikut naik. Apabila imej motivator jatuh, jualan buku pun ikut jatuh."

Risiko begini lebih mudah berlaku apabila motivator popular itu masih muda, kerana memang usia muda adalah usia yang berisiko.

Masih ingatkah kita kepada dua 'star' motivasi TV yang 'tersalah cakap'. Yang satu tersalah cakap isu hukum mencari nafkah dengan melibatkan diri dalam perniagaan paling tua. Yang kedua tersalah cakap sewaktu memberi panduan bagaimana membahagiakan pasangan di kamar tidur.

Ada masanya punca imej star itu jatuh disebabkan oleh perbuatan.

Sebagai contoh, jualan buku-buku AA Gym jatuh apabila beliau mengambil isteri kedua, seorang janda jelita, bekas model pula. (Nota: Perbuatan berkahwin dua itu sendiri tidak salah. Yang dianggap 'salah' oleh masyarakat adalah seorang ulamak berkahwin dengan janda jelita dan bekas model pula.)

Seorang star motivasi di negara kita jatuh apabila beliau tidak menjaga hubungan baik dengan jirannya, sehingga beliau ditarik ke mahkamah oleh jirannya itu disebabkan isu rumput di halaman rumah si jiran.

Risiko 'tersalah cakap' dan 'tersalah buat' begini kurang berlaku di kalangan star yang sudah tua. Kemungkinan motivator tua ditarik ke mahkamah kerana isu rumput, ataupun disebabkan dia berkahwin lagi dengan bekas model adalah lebih rendah.

Pada suatu ketika dahulu, sewaktu Dato' Dr. Haron Din amat popular di TV, terdengar risik-risik bahawa beliau mendukung perjuangan PAS. 

Pakar-pakar perang urat saraf UMNO menyebarkan gosip kononnya beliau akan berkahwin dengan primadona filem Melayu, seniwati Sarimah. Kononnya kisah cinta mereka bermula apabila seniwati itu pergi berubat di pusat perubatan ulamak tersebut.

Tujuan gosip itu dicipta adalah bagi merosakkan imej beliau, terutamanya di kalangan pengundi perempuan.

Terbukti gosip itu tidak benar apabila seniwati jelita itu berkahwin dengan hartawan Brunei.

Bagi penerbit buku, apabila imej pengarang-cum-motivatornya jatuh, dia terpaksa mencari star lain.

Star adalah benda yang amat sedikit supply-nya. Kadang-kadang, bertahun-tahun tidak ada langsung star baru muncul.

Itu pun, tidak mengapalah....

Yang penerbit buku paling takuti adalah, semasa star itu jatuh, buku-buku si star itu masih banyak berlonggok-longgok dalam setor dan di kedai-kedai buku! Apa si penerbit hendak buat dengan longgokan buku-buku itu....

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(16) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, January 07, 2008

Buku Motivasi: ‘Populariti’ versus ‘Kredibiliti’


Sebagai penulis buku-buku motivasi, saudara mempunyai peluang memilih antara:

(i) Hidup dengan royalti buku semata-mata.

Sebagai contoh, ini dilakukan oleh Razzi Armansur. Beliau sudah menulis banyak buku dan mempunyai banyak peminat, tetapi sengaja tidak pernah muncul di mana-mana majlis ataupun rancangan TV memberikan ceramahnya. Beliau memberitahu Sifu, beliau memang tidak pandai bercakap di depan audiens.

(ii) Menimba pendapatan sampingan selain daripada royalti buku-buku melalui yuran 'show' saudara.

Sebagai contoh, ini dilakukan oleh Dato' Dr. Fadhillah Kamsah, Dr. Shukri Abdullah, dan A A Gym. Nama-nama mereka yang amat popular dapat meningkatkan jualan buku-bukunya.

(iii) Menjadi trainer.

Bagi menjadi trainer yang banyak pelanggan korporat, kredibiliti adalah ciri paling utama. Saudara tidak perlu popular. Ini berbeza dengan pasaran ceramah yang bersifat popularity-base.

Sebagai contoh, Sifu pernah memasuki pasaran training korporat disebabkan saya menulis buku-buku Lateral Thinking. Selama 14 tahun saya hanya memberikan perkhidmatan training kemahiran menyelesaikan masalah dan membuat keputusan dengan menggunakan kemahiran berfikir secara lateral. Lebihan wang yuran daripada 'show' itulah yang saya gunakan bagi menubuhkan penerbit PTS.

Jenis buku-buku yang saudara tulis amat mempengaruhi sama ada saudara dapat memasuki (a) pasaran ceramah, ataupun (b) pasaran training.

Sesetengah buku hanya sesuai untuk pasaran ceramah, manakala sesetengah buku hanya sesuai untuk pasaran training.

Sebagai contoh, buku bertajuk "Menjalin Hubungan Bahagia" hanya dapat membuka pintu pasaran ceramah. Buku itu tidak mempunyai ciri-ciri yang membolehkan isi kandungannya dibengkelkan, mahupun dikursuskan.  

Penceramah mempunyai banyak persamaan dengan artis album. Selain saudara mempunyai isi kandungan ceramah, saudara perlu memiliki bakat showmanship.

Seperti artis, yuran penceramah yang popular adalah lebih tinggi daripada yuran penceramah yang kurang popular. Seperti artis hiburan juga, jika saudara mahu menjadi penceramah yang popular, saudara perlu memasarkan diri saudara menggunakan saluran media massa. Jadi saudara perlu banyak muncul di skrin TV dan radio, bercakap dan memberi ceramah, serta menjadi bahan berita dalam akhbar dan majalah.

Bagi penerbit yang mahu menerbitkan buku-buku motivasi popular, saudara dapat melakukan 2 strategi bagi mendapatkan penulis popular:

(i) Cari selebriti-selebriti TV supaya mahu menulis dan menerbitkan karya mereka dengan saudara. Jika mereka tidak pandai menulis buku, saudara boleh dapatkan penulis lain sebagai co-author selebriti TV itu. Ataupun, saudara dapatkan penulis yang sanggup menjadi penulis hantu bagi si selebriti.

(ii) Cari pengarang yang sudah mempunyai banyak buku supaya menulis buku khusus untuk saudara terbitkan, dan selepas itu, keluarkan modal bagi mempromosikan wajah beliau di TV secukup-cukupnya sehingga pengarang itu menjadi selebriti TV.

Penerbit buku-buku motivasi popular mempunyai persamaan dengan penerbit rancangan TV hiburan. Kedua-duanya memerlukan 'star' yang 'HIT' dari masa ke masa. Sebagai contoh, Akademi Fantasia adalah strategi bagi menemukan artis 'HIT', tetapi sudah beberapa lama AF gagal menemukan jawapan kepada 'Siapa Selepas Mawi?'.

Sebagai penerbit buku-buku popular, saudara juga memerlukan penulis 'star' yang 'HIT' dari masa ke masa. Sebagaimana jualan album artis lama semakin menurun, demikian juga halnya dengan jualan buku-buku selebriti TV. Jadi, apabila saudara masuk ke dalam sektor produk-produk popular, saudara sentiasa perlukan lepas satu, satu, 'star' baru yang 'HIT'.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, December 25, 2007

Akan Terbit! Buku Motivasi Positive Thinking

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, December 22, 2007

Akan Terbit! Buku Motivasi Jadi Kaya

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, December 20, 2007

Lagi Buku Motivasi Duit

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, November 16, 2007

Surat Pilihan: Tip Memasuki Pasaran Buku Cina

Salam,

Apabila saya membelek-belek buku-buku motivasi Cina, saya dapati kebanyakan buku-buku itu mengandungi banyak cerita. Semua contoh dalam bentuk cerita. Semua teori juga dalam bentuk cerita dan hanya sedikit penerangan.

Ayat-ayat pun yang mudah-mudah sahaja.

Lagi satu, waktu saya ditunjukkan buku motivasi pengarang yang paling laris jualannya, cerita dalam buku motivasinya banyak dialog.

Moga dapat membantu bagi yang ingin menembusi pasaran buku motivasi Cina.

SITI HAJAR 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, September 24, 2007

Tip Survival Penerbit: Bertahan Menjalani Naik Turun Pasaran Buku

Semenjak PTS membuka pasaran buku-buku motivasi dan pembangunan diri 7 tahun lalu, pasaran kategori ini terus berkembang. Sehingga saat ini belum ada tanda-tanda ia mula menguncup.

Dibandingkan dengan pasaran novel-novel cinta yang saat ini sudah menyaksikan penguncupan, data jualan buku-buku motivasi PTS terus menunjukkan peningkatan normal, maknanya jualan judul-judul itu tidak meletup-letup, sebaliknya perlahan tetapi terus meningkat. Keadaan ini menbolehkan judul-judul motivasi PTS diulangcetak setiap tahun.

Mungkinkah jualan buku-buku motivasi PTS menguncup? Bagi menjawab persoalan ini, kita perlu memahami faktor-faktor yang menyebabkan pasaran sesuatu kategori buku itu menguncup.

Turun naik pasaran sesuatu produk adalah fenomena normal. Prosesnya berlaku begini. Mula-mula ada sebuah penerbit yang amat berjaya membuka pasaran baru itu sehingga ia menjadi besar.

Melihatkan kejayaan penerbit itu, maka muncullah banyak penerbit kecil-kecil yang terjun masuk ke dalam pasaran.

Model bisnes yang digunakan oleh penerbit-penerbit kecil itu adalah “tidak sustainable” yakni tidak dapat bertahan lama.

Disebabkan mereka adalah penerbit kecil, mereka tidak memiliki staf profesisonal. Mereka ambil manuskrip tanpa memilih-milih dengan teliti, tidak diedit oleh editor profesional, tidak dipakejkan dengan betul, lalu diserahkan kepada pengedar dengan memberi diskaun yang tidak munasabah. Akibatnya mereka beramai-ramai melambakkan buku-buku yang kualitinya rendah ke dalam pasaran.

Meskipun buku-buku yang diterbitkan itu tidak berkualiti, namun ia tetap dapat merosakkan pasaran buku-buku terbitan penerbit besar. Ini yang berlaku apabila jumlah jualan novel-novel cinta ALAF21 jatuh daripada RM18 juta pada 2005 kepada RM15 juta pada 2006.

Sejak 2 tahun yang lalu ini, setiap bulan antara 15 hingga 20 judul baru novel cinta masuk pasaran, 3 judul sahaja oleh ALAF21, menjadikan sekitar 200 judul diterbitkan setahun.

Adakah lebih banyak judul diterbitkan menyebabkan lebih banyak judul terjual? Tidak semestinya. Malah salah satu tingkah laku pengguna adalah begini: Apabila terdapat terlalu banyak pilihan, pengguna akan berpatah balik kepada tabiat lama mereka, yakni membeli apa yang mereka sudah biasa beli.

Lihat sahaja tingkah laku ini dalam TV. Apabila terlalu banyak channel ditawarkan, pengguna cuma menonton beberapa channel sahaja.

Data yang dikutip oleh PTS menunjukkan, pada masa ini hanya sekitar 7 - 10 “nama-nama besar” dalam novel cinta sahaja yang jualan novel mereka masih bertahan. Manakala jualan nama-nama baru adalah lembap ataupun gagal.

Disebabkan penerbit-penerbit kecil itu menggunakan model bisnes yang tidak sustainable, bisnes mereka akan gagal. Dan ini sudah banyak berlaku ke atas penerbit-penerbit kecil. Fenomena ini disebut dengan istilah market-correction pada pasaran itu, dan akhirnya penerbit yang dapat bertahan adalah mereka yang menggunakan model bisnes yang sustainable.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, September 17, 2007

Patutkan Penulis Menerbitkan Bukunya Sendiri: Surat Dr. Tengku Asmadi

Assalamualaikum Puan Sifu,


Saya tertarik dengan entri kali ini. Lebih-lebih lagi apabila buku saya dijadikan bahan grafiknya.


Sebagai seorang penceramah motivasi yang telah menjalankan program-program motivasi selama lebih 12 tahun pastilah perkara yang dibincangkan ini telah saya fikir semasak-masaknya.


Memang ramai yang menyarankan agar saya menerbitkan sendiri buku saya disebabkan jumlah peserta yang menyertai program-program motivasi saya telah melebihi 50,000 orang. Lagi pun nama Motivasi Alihan Pelajar itu sendiri sudah menjadi satu jenama yang semakin dikenali.


Kebanyakan mereka yang memberikan cadangan agar buku diterbitkan sendiri itu mengira dari segi keuntungan yang diperolehi semata-mata. Tetapi saya pula mengambil kira dari segi keupayaan teknikal, pemasaran, masa dan sinergi. Hendak menulis buku pun sudah cukup sibuk inikan pula mahu menerbitkannya? Ini belum lagi diambilkira masalah-masalah yang bakal timbul apabila terlibat dalam dunia penerbitan.


Malah daripada pengamatan saya mereka yang menerbitkan buku sendiri mampu memasarkan buku-buku tersebut di kalangan peserta kursus sahaja. Sukar bagi mereka menembusi pasaran luar. Kalau mereka mahu kembangkan pasaran, mereka perlu ada kakitangan yang melakukannya secara sepenuh masa dan pembentukan satu jabatan yang baru dalam syarikat memerlukan perbelanjaan yang tinggi dan belum tentu dapat ditampung oleh keuntungan daripada jualan buku tersebut.


Apabila saya menggunakan penerbit yang sedia ada dan berpengalaman pula, mereka punya keupayaan teknikal yang tidak perlu saya pertikaikan lagi. Mereka juga sudah mempunyai jentera pemasaran yang membolehkan buku saya berada di seluruh pelusuk negara dalam masa yang singkat.


Sebagai contoh, buku Motivasi Alihan Pelajar saya kini boleh diperolehi melalui kedai-kedai buku ternama di seluruh negara. Cuma ada kalanya mereka kehabisan stok tetapi itu petunjuk baik bahawa buku itu laku.


Peratus keuntungan saya mungkin lebih kecil tetapi kuantiti yang terjual jauh lebih besar berbanding memasarkannya sendiri. Apabila ramai yang membaca buku Motivasi Alihan Pelajar maka program-program saya juga lebih mudah dipromosikan dan mendapat sambutan. Kerjasama dua hala yang wujud antara penulis dan penerbit banyak menjimatkan masa saya.


Apabila difikirkan masak-masak keputusan saya tidak menerbitkan sendiri buku adalah satu keputusan bijak. Malah saya tetap dapat menjual buku tersebut kepada peserta-peserta kursus kerana diberikan harga pengedar. Itu belum masuk pelbagai bentuk promosi yang telah dilakukan oleh pihak penerbit tanpa pengetahuan saya.


Terima kasih PTS dan Puan Sifu.


Selamat Berpuasa.


.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Patutkah Pengarang Menerbitkan Bukunya Sendiri

Apabila buku saudara sudah terbit dan laku keras, akan ada individu-individu yang membakar semangat saudara supaya menerbitkan buku-buku saudara sendiri.

Alasan yang dikemukakan adalah, kalau diterbitkan sendiri tentulah lebih untung, sebab kononnya duit yang diserahkan kepada penerbit dan pengedar dapatlah diambil oleh penulis sendiri.

Keupayaan individu yang menjadi penerbit takkan serupa dengan penerbit yang beroperasi sebagai syarikat. Ibarat tangan cuma ada satu jari... takkan dapat melakukan apa yang tangan 5 jari dapat lakukan.

Jangan dengar cakap-cakap orang yang tidak mempunyai pengalaman ilmu perniagaan, khususnya dalam bidang bisnes buku. Kalau perbezaan antara ISBN dan CIP pun orang itu tidak tahu, jangan ambil dia sebagai penasihat masa depan saudara sebagai penulis.

Jika saudara seorang trainer dan penceramah, ada harapan saudara dapat menjual buku saudara kepada para peserta seminar dan ceramah saudara. Itu pun macam-macam masalah timbul...

Tanyalah mereka yang sudah melakukannya!

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(4) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, August 15, 2007

Usianya Belum 30 Tahun Beliau Sudah Memiliki 20 Buah Judul Harta Intelek

Inilah wajah tampan penulis PTS paling prolifik dan "Top-earner" PTS selama 4 tahun berturut-turut (...selepas ehem! ehem!).

Berdasarkan ranking beliau sebagai pengarang PTS paling top jualannya bagi tahun 2006, PTS memberi bonus dengan membawa beliau ikut serta dalam rombongan delegasi rasmi ke Pesta Buku Jakarta Jun lepas.

Bakal tokoh Motivator Nasional ini seorang yang berjiwa dan bersemangat team-player.

Kita meramalkan suatu hari nanti beliau akan diundang ke Jakarta dan berceramah di sana. Buku all-time best-seller beliau "55 Petua Orang Berjaya" sudah berada di pasaran Jakarta sejak 2006.

Jadi Pak Fadzli perlu berlatih bicara omong Indonesia mulai saat ini, ya!

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(9) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, July 17, 2007

Buku-buku PTS Mengamalkan Psikologi Positif

Pada masa dahulu, ilmu psikologi mengkaji tingkah laku manusia yang tidak normal - yang gila, yang sakit jiwa, yang cemburu buta, yang memukul isteri, yang malas, yang penakut, yang tamak, yang murung, yang kecing malam, dan seterusnya, dan seterusnya.

Aliran psikologi lama itu disebut psikologi negatif, yakni ilmu yang mengkaji segala macam tingkah laku manusia yang menyalahi fitrah, supaya dapat dirawat.

Pada masa ini sudah ada ilmu psikologi aliran baru, yang disebut psikologi positif. Aliran ini mengkaji mengapa sesetengah individu kekal normal, meskipun mereka mengalami pelbagai kesukaran dan kepayahan.

Dengan mengetahui faktor-faktor yang membolehkan manusia kekal normal, kekal berjaya, kekal bahagia, meskipun mengalami pelbagai masalah hidup, pakar-pakar psikologi dapat memberikan panduan bagaimana kita boleh berjaya dan bahagia manakala, dalam keadaan yang yang serupa, orang lain gagal dan menderita jiwa.

Buku-buku PTS mengamalkan pendekatan psikologi positif. Fokus buku-buku PTS bukan menerangkan "Ini tidak betul." sebaliknya menekankan "Beginilah yang betul!"

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, June 10, 2007

Tiru Motivator Ini!

Apabila Dr. Tengku Asmadi menerima pertanyaan daripada mereka yang mendengar ceramahnya, beliau memberikan jawapan sebagaimana doktor-doktor memberikan jawapan.

Doktor-doktor tidak menjawab pertanyaan dengan mengucapkan janji-janji.

Doktor-doktor tidak menyalahkan orang yang bertanya.

Doktor-doktor tidak menyeru-nyeru!

Doktor-doktor hanya menerangkan teknik rawatan dan ubat yang diperlukan oleh orang yang bertanya.

Demikian juga halnya dengan Dr. Tengku Asmadi.

Apabila Dr. Tengku Asmadi ditanya, beliau memberikan teknik 1, teknik 2, teknik 3 dan seterusnya.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, May 26, 2007

Buku Teknik Belajar Paling Laris

Inilah buku teknik belajar terbitan PTS yang paling laris saat ini.

Seorang pensyarah universiti UPSI (Universiti Pendidikan Sultan Idris) memberitahu, anak beliau pernah mengikuti program Dr. Tengku Asmadi. Beliau memberitahu saya, katanya, "Berkesan!"

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(7) Diskusi Kuliah | Permalink

Buku Motivasi PTS Paling Mahal

Ini dia wajah buku motivasi paling mahal pernah diterbitkan oleh PTS: RM39.90.

Antara faktor buku ini mahal adalah kulitnya yang dibuat 2 lapis dengan lubang 'tingkap' kertas plastik khas. Tidak semua pencetak mempunyai pengalaman mengambil job seperti ini.

Buku ini sudah masuk proses ulangcetak, dan akan kembali berada di kedai bila-bila masa.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, May 22, 2007

Buku Motivasi Bagaimana Yang Dibeli Orang

Bagi saudara yang berminat menulis buku motivasi, data jualan PTS menunjukkan buku-buku motivasi yang menyeru-nyeru pembaca supaya berubah sudah tidak laju lagi jualannya di kedai-kedai. Sehingga 3 tahun yang lalu buku motivasi jenis ini laku keras, tetapi semenjak dua tahun lalu jualannya menurun dengan ketara.

Data jualan PTS menunjukkan buku-buku motivasi yang menunjukkan kepada pembaca cara-cara bagaimana melakukan sesuatu kemahiran baru masih terus laku sepanjang tahun. Contoh klasik adalah buku Ahmad Fadzli Yusof "55 PETUA ORANG BERJAYA" yang kekal sebagai judul all-time-favorite tahun demi tahun.

Jadi, bagi saudara yang hendak menulis buku motivasi, tulislah buku-buku how-to. Judul buku itu dimulakan dengan "BAGAIMANA CARA ME..."

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(26) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, April 26, 2007

Tiru Penulis Ini: Ahmad Fadzli Yusof

Ahmad Fadzli Yusof mula menerbitkan bukunya dengan PTS sewaktu masih belajar dalam tahun akhir di fakulti undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa. Pada masa ini beliau sedang menggulati tesis PhDnya.

Beliau adalah penulis buku-buku panduan kejayaan di sekolah dan di tempat kerja yang paling banyak judul dengan PTS. Set buku-buku motivasi sukses di sekolah yang beliau tulis menjadikan beliau nama basahan di kalangan guru-guru sekolah seluruh negara.

Sehingga hari ini beliau sudah mempunyai 20 judul dengan PTS, dan masih ada judul-judul barunya yang akan diterbitkan. Sebuah judul beliau sudah diterbitkan di Indonesia oleh MIZAN.

Beliau adalah penulis PTS yang paling kuat bekerja dan mengambil daya usaha sendiri mempromosikan buku-bukunya. Beliau juga amat mudah memberikan kerjasamanya kepada pegawai-pegawai PTS bagi menjayakan semua program promosi pengarang PTS dengan MPH dan POPULAR.

Kita meramalkan, inilah dia wajah tokoh 'National Motivator' bagi negara kita pada masa depan, mengambil alih status itu daripada Dato' Dr. Fadzilah Kamsah apabila beliau bersara.

Baca blog rasmi beliau di sini.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, April 17, 2007

Buku Motivasi untuk Pasaran Remaja

Inilah contoh buku panduan komunikasi edisi remaja.

Topik-topik dalam buku ini serupa dengan topik-topik dalam buku komunikasi profesional, tetapi contoh-contoh di dalam buku ini dikaitkan dengan alam para remaja.

Buku motivasi tentang kemahiran-kemahiran sosial banyak dibeli dan dibaca oleh remaja perempuan.

Pasaran buku-buku motivasi untuk remaja meliputi kedai, perpustakaan awam dan pusat sumber sekolah.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, April 14, 2007

Buku Motivasi untuk Pasaran Lelaki

Inilah contoh dua buah buku motivasi yang dibeli oleh lelaki.

Kajian yang kita lakukan menunjukkan lelaki membelibuku-buku panduan bagaimana mereka dapat meningkatkan kejayaan mereka di tempat kerja ataupun yang berkaitan dengan kejayaan mereka dalam profesion.

Kita juga mendapati buku-buku panduan kemahiran sosial yang rapat kaitannya dengan kejayaan profesional banyak dibeli oleh lelaki.

Sebagai contoh, buku-buku panduan berucap, bermesyuarat dan berunding lebih banyak dibeli oleh lelaki.

Lelaki juga banyak membeli buku panduan bagaimana meningkatkan pendapatan mereka.

Tulis buku-buku panduan dan teknik-teknik yang membantu lelaki naik pangkat, buat duit dan berjaya dalam bisnes.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, April 10, 2007

Buku Motivasi untuk Pasaran Perempuan

Kalau tidak ada perempuan, penerbit buku susah hidupnya!

Perempuan adalah pembeli dan pembaca buku terbesar. Malah statistik di USA sekalipun menunjukkan bahawa 80% pembeli buku-buku fiksyen, termasuklah buku sastera berat, adalah perempuan.

Inilah contoh topik motivasi yang khusus ditujukan kepada perempuan.

Tulislah buku-buku motivasi untuk pembeli dan pembaca perempuan. Salah satu area motivasi yang banyak dibaca perempuan adalah panduan kasih sayang dan hidup bahagia.

Kita dapati perempuan yang memilih dan membeli sendiri buku di dalam kedai adalah antara 16Â - 36 tahun. Jadi, nampaknya, secara purata perempuan 'tua' tidak masuk kedai buku.

Justeru, jangan tulis buku-buku yang khusus topik perempuan tua, seperti panduan menghadapi menopaus dan seumpamanya disebabkan jumlah perempuan tua yang masuk kedai buku adalah amat kecil.

Jika perlu menulis tentang menopaus, masukkan topik itu sebagai salah satu bab dalam buku kesihatan wanita yang lebih umum.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, March 17, 2007

Buku Motivasi untuk Pasaran Remaja

Inilah contoh buku panduan komunikasi edisi remaja.

Topik-topik dalam buku ini serupa dengan topik-topik dalam buku komunikasi profesional, tetapi contoh-contoh di dalam buku ini dikaitkan dengan alam para remaja.

Buku motivasi tentang kemahiran-kemahiran sosial banyak dibeli dan dibaca oleh remaja perempuan.

Pasaran buku-buku motivasi untuk remaja meliputi kedai, perpustakaan awam dan pusat sumber sekolah.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, March 16, 2007

Benar-benar ‘kaya’

Ini buku karya lelaki paling popular di Indonesia, lebih popular daripada Bapak Presiden negara itu.

Lelaki soleh yang perkahwinannya dibincangkan dengan hangat dalam parlimen Indonesia, sampai-sampai negara itu mungkin mengubah undang-undang perkahwinan yang sedia terpakai.

Inilah lelaki yang pernah menghancurkan hati paling banyak perempuan Indonesia - sewaktu beliau membuat pengakuan ke seluruh negara bahawa, dengan izin isterinya, beliau menikahi seorang bekas model dan janda jelita beranak dua.

Buku ini akan berada dalam kedai sedikit masa lagi.

Bukan, buku ini bukan buku panduan sukses berpoligami.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, February 23, 2007

Analisis Trend Permintaan Mutakhir bagi Buku-buku Melayu: Permintaan Tinggi tetapi Judul Kurang

Nota: Berikut adalah informasi yang diberikan oleh Tuan Ibnurabi. Kepada penerbit dan penulis buku Melayu, maklumat yang beliau berikan ini amat relevan. Baca surat beliau di bawah:

"Inilah maklumat lain berkenaan pasaran buku Melayu sekarang ini berdasarkan kepada pasaran kedai buku atau ‘retail’.

Jualan novel popular agak menurun sejak pertengahan tahun 2006. Ini mungkin kerana dalam pasaran sudah ada ‘terlebih banyak’ buku novel popular yang hampir serupa sahaja cerita dan plotnya. Keadaan ini boleh memberi kesan negatif ke atas novel popular yang berkualiti kerana prejudis pembaca terhadap novel popular yang terbanjir di pasaran.

Kalangan yang bertahan adalah penulis-penulis yang sudah mempunyai peminat setia. Tetapi ia tidak sepanas dulu-dulu. Ada juga kalangan penulis ini yang kian hilang peminatnya kerana kualiti cerita.

Yang sedang meningkat sekarang adalah buku cerita remaja dan awal remaja. Dan saya jangkakan trend remaja sekarang mereka mahukan lebih untuk buku kategori mereka. Maknanya, buku lebih tebal, lebih menarik jalan ceritanya, dan lebih banyak pilihannya. Perlu mempelbagaikan genre remaja.

Dua hari lalu saya sempat bercakap-cakap dengan seorang bapa yang mempunyai anak 3 remaja dan seorang ibu yang mempunyai 2 anak remaja. Mereka membeli-belah buku-buku untuk anak-anak, yakni buku-buku cerita Melayu. Setiap bulan mereka datang membeli buku.

Komen dan pandangan mereka hampir sama. Mereka sendiri (si ibu dan si bapa) serta anak-anak mereka suka membaca buku yang bukan dibuat-buat dan dipaksa-paksa ceritanya.

Kemudian seorang kanak-kanak perempuan bertanyakan buku misteri atau thriller dalam Bahasa Melayu. Saya pun menunjukkan beberapa buku yang ada. Menurutnya, semua buku itu sudah ada dalam koleksinya. Apa yang dia mahu, buku yang lebih tebal. Yang nipis, satu dua hari dia sudah habis baca.

Untuk buku umum pula, nampaknya sekarang judul motivasi agak kurang menyengat tetapi pembaca genre ini ramai. Mungkin mereka sekarang mahukan buku motivasi yang lebih menjurus dan lebih berbentuk ‘how to’ atau ’step by step’, kerana semangat mereka sudah terbakar tetapi tidak tahu caranya bagaimana.

Contohnya, sudah banyak di pasaran buku motivasi untuk orang berjaya, tetapi pembaca mahukan yang lebih, bukan yang sama. Kalau hari ini 55 petua, esok ada buku 56.5 petua pula. Pembaca mahukan kelainan.

Selain itu, mereka mahukan buku motivasi yang khusus seperti bisnes, keluarga, ibu bapa, yang senang dibaca dan faham.

Buku kesihatan yang praktikal sama ada senaman, diet, petua. Buku-buku seperti itu memang sudah ada, tetapi dalam Bahasa Inggeris, di mana cuacanya 4 musim.

Bagi buku-buku agama, sekarang ini permintaan semakin naik, malah tidak pernah turun. Untuk buku agama, rukun Islam tetap 5, rukun Iman tetap 6, begitu juga rukun Solat. Cuma cara penyampaian yang akan menarik pembacanya untuk membeli. Seperti buku Panduan Solat Untuk Lelaki, dalam bahasa mudah dan praktikal.

Untuk kanak-kanak 7 tahun ke bawah, lain cara penyampaiannya, 10 tahun ke atas lain, dan untuk remaja pun lain. Apa yang ada sekarang, panduan solat untuk pembaca 7 tahun ke bawah hingga pembaca tua, serupa sahaja cara penyampaiannya.

Buku motivasi agama pun sedang masih hangat sekarang. Contohnya ‘Jangan Bersedih’ tetapi bahayanya semua terbit buku serupa. Mesti ada buku motivasi agama yang lain.

Buku profesional pula, biasalah, lebih kepada pengurusan kewangan peribadi, keluarga.

Dan... buku panduan bagi yang mahu kaya dan bahagia, bagi yang sudah kaya tetapi tidak bahagia."

Nota kaki: UNIKAPTS mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Tuan Ibnurabi kerana sudi memberikan maklmuat penting di atas.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(8) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, January 13, 2007

Siapa Beli Buku Motivasi?

Penulis buku adalah orang-orang yang menyimpan keyakinan bahawa karya mereka mampu mengubah dunia! Dengan keyakinan itu mereka mendapat semangat bagi menghasilkan karya mereka.

Saudara mungkin menulis buku motivasi “PANDUAN HIDUP BAHAGIA†disebabkan saudara mahu menolong pasangan-pasangan yang tidak bahagia supaya menggunakan petua-petua yang diterangkan dalam buku saudara. Mudah-mudahan hidup mereka akan bahagia selepas membeli dan membacanya.

PTS pernah membuat pemerhatian secara langsung. Dalam suatu majlis pelancaran buku-buku Dato' Dr. Fadhilah Kamsah yang bertajuk “MENJALIN HUBUNGAN BAHAGIA†di MPH Wangsa Maju, 100% pembeli buku itu adalah wanita-wanita muda yang datang bersama suami dan pasangan-pasangan itu adalah pasangan bahagia! 90% buku itu dipilih oleh si isteri dan dibayar oleh si suami.

Nampaknya, buku-buku panduan hidup bahagia dibeli oleh mereka yang menikmati hidup bahagia. Begitu juga halnya dengan buku-buku motivasi. Buku-buku itu dibeli oleh individu-individu yang sudah bermotivasi tinggi membangunkan dirinya.

Apa sudah jadi dengan tujuan si penulis menulis bukunya?

Maklumat ini ada implikasinya kepada saudara yang akan menulis buku. Apabila buku panduan hidup bahagia dibeli dan dibaca oleh mereka yang bahagia, saudara jangan menyenaraikan pelbagai masalah rumahtanggan dalam buku saudara! Itu bukan halua mereka.

Wanita-wanita yang bahagia mahu menyemak apakah perkara-perkara yang selama ini mereka lakukan itu sudah betul? Mereka mencari confirmation. Mereka mencari approval. Mereka mencari bukti-bukti mereka pandai membahagiakan suami mereka. Jadi senaraikan perkara-perkara yang betul. Wanita yang bahagia tidak membaca buku untuk mencari di mana salah silapnya tingkah laku mereka. Namun banyak buku-buku motivasi dipenuhi dengan senarai apa yang tidak betul.

Pasangan yang tidak bahagia tidak masuk kedai buku. Jadi, jangan buang masa menulis buku untuk dijual kepada mereka.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Menulis Buku Motivasi

PTS adalah penerbit yang sinonim dengan buku motivasi. Sebut PTS, orang ingat buku motivasi. Ini disebabkan oleh banyaknya jumlah judul buku motivasi dan pembangunan diri yang sudah diterbitkannya.

Buku motivasi adalah pelaburan yang baik disebabkan ia genre yang tahan lama dalam pasaran. Ia juga laku sepanjang tahun. Manakala pasarannya besar.

Sebelum PTS masuk ke dalam sektor buku motivasi, buku-buku jenis itu diterbitkan oleh penerbit buku-buku agama. Manakala penulisnya juga kebanyakannya ustaz-ustaz, oleh itu buku-buku motivasi itu banyak mengandungi doa-doa untuk kejayaan. Kebanyakan buku-buku yang ditulis oleh ustaz-ustaz itu adalah motivasi kejayaan dalam peperiksaan sekolah dan motivasi menjadi suami-isteri solih.

Buku-buku motivasi PTS difokuskan kepada teknik-teknik how-to, dan ditulis bukan oleh ustaz-ustaz tetapi golongan profesional. Bidang motivasi yang di-cover oleh PTS juga lebih luas, daripada bidang keusahawanan sampailah bidang kepimpinan persatuan.

Kita masih berminat dengan buku-buku motivasi, oleh itu saudara yang berminat menulis buku motivasi, hubungi En. Fauzul .(JavaScript must be enabled to view this email address) bagi motivasi pembangunan diri remaja, dan En. Nazrul .(JavaScript must be enabled to view this email address) bagi motivasi dalam bidang kerjaya.

Pesanan: Jangan tulis buku saudara sebelum berunding dengan pengurus-pengurus PTS!

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, January 07, 2007

Risiko Pengarang Bercerai

Penerbit buku-buku motivasi khuatir apabila pengarang motivator mereka menghadapi masalah rumah tangga.

Di Indonesia, motivator paling top sejak 10 tahun lalu adalah Aa Gym. Beliau kerap membawa isterinya muncul di khalayak.

Buku-buku, VCD, CD, pakej training, kuliah terbuka, rancangan TV dan radionya amat popular. Beliau kaya raya. Statusnya serupa dengan artis selebriti. Lebih banyak orang datang mendengar Aa Gym bercakap daripada mendengar Presiden Bambang Yudoyono bercakap.

Baru-baru ini seluruh Indonesia gempar, terkejut, banyak yang tidak mahu percaya, apabila tersebar berita bahawa Aa Gym mengambil isteri kedua, seorang artis janda beranak tiga.

Di Amerika, motivator kasih sayang yang paling popular dan kaya raya adalah Dr. John Gray, penulis siri "Men are from Mars. Women are from Venus". Jualan bukunya jatuh merudum apabila tersebar berita beliau bercerai dengan isterinya.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(15) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, December 27, 2006

Etika Bagi Penulis dan Pakar Motivasi

Pasaran buku-buku motivasi adalah sepanjang tahun dan sepanjang masa. Oleh itu menulis buku-buku motivasi adalah pelaburan yang baik.

Salah satu etika penulis buku motivasi adalah berkata yang benar sahaja. Oleh itu seseorang pakar motivasi yang sah tidak memberi gambaran palsu tentang kemujaraban tip-tip dan petua-petua motivasi yang dikemukakan, baik dalam buku mahupun dalam ceramahnya.

Di negara kita hari sekarang, bidang motivasi adalah bidang bisnes yang banyak 'cowboy' masuk ke dalam 'cowboy town' ini, disebabkan tidak ada undang-undang yang boleh menyekat sesiapa daripada menggelarkan dirinya pakar motivasi.

Dalam keadaan sekarang, barang siapa yang tidak gerun bercakap di depan kamera, memegang mikrofon di depan hadirin, maka dia boleh menjadi 'pakar motivasi'.

Apabila memberi petua-petua tentang bagaimana cara yang betul mendidik supaya anak-anak menjadi solih, katakan juga, petua itu tidak semestinya mujarab. Petua itu mungkin efektif dan mungkin juga tidak efektif.

Tidak ada nas yang mengatakan ada cara mendidik anak yang dijamin dapat menghasilkan anak-anak yang solih. Sedangkan nabi-nabi pun ada yang mempunyai anak-anak yang tidak solih, seperti Nabi Adam, Nabi Yaakub, dan Nabi Nuh, padahal sebagai nabi tentulah mereka maksum, tidak melakukan kesilapan dalam mendidik anak-anak dan isteri mereka.

Apabila memberi petua-petua tentang mendidik isteri supaya menjadi isteri yang solih, katakan petua itu tidak dijamin efektif, sedangkan nabi-nabi pun ada yang gagal mendidik isteri mereka supaya menjadi isteri yang solih, seperti Nabi Nuh dan Nabi Luth.

Apabila bercakap tentang masalah moral, katakan ibu bapa tidak semestinya bersalah, sebab sedangkan anak-anak nabi-nabi dan sahabat baik Nabi Muhammad, seperti anak lelaki Umar bin Khattab, pun ada yang melakukan dosa besar.

Apabila memberi nasihat kepada ibu bapa yang mempunyai anak yang bermasalah, katakan, itu mungkin bukan salah si ibu bapa, seperti dalam kes nabi-nabi dan sahabat baik Rasulullah SAW.

Sebaliknya, anak-anak dan isteri-isteri kita adalah sebahagian daripada ujian Allah, maka bersabar dan ridha atas ujian itu sebagaimana sampai akhir Nabi Nuh tidak dapat menyelamatkan anak dan isterinya.

Inilah etika menjadi pakar motivasi. Berikan tip itu, pada waktu yang sama beritahu bahawa tip itu mungkin efektif, mungkin tidak.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Buku Motivasi yang Memberi Harapan Palsu

Sekitar 70 tahun yang lalu, di Amerika, telah muncul mazhab piskologi motivasi yang mengatakan semuanya bermula dengan keyakinan.

Mazhab ini dengan cepat menjadi amat popular dan kemudian ia merebak ke seluruh dunia. Mereka mengatakan asas pencapaian adalah apa yang ada dalam fikiran seseorang, yakni keyakinannya.

Mazhab ini dibangunkan atas hujah bahawa individu-individu yang berjaya didapati semuanya mempunyai keyakinan diri yang tinggi, manakala mereka yang gagal menunjukkan mereka tidak yakin pada diri mereka sendiri.

Justeru, para penganut mazhab ini mengatakan dengan menukarkan keyakinan barulah kita dapat mengubah prestasi. Apabila seseorang itu yakin boleh, maka dia akan benar-benar boleh melakukan apa sahaja.

Mereka mengesyorkan supaya seseorang itu "yakin boleh" dan nanti mereka akan benar-benar "boleh" mencapai apa sahaja yang mereka mahu capai. Ia semacam magik!

Para penganut mazhab ini banyak menulis buku-buku motivasi yang mendorong orang supaya berfikiran positif dalam semua hal dan sentiasa yakin apa sahaja dapat dilakukan apabila dia "yakin boleh".

Di negara-negara maju, mazhab ini sekarang sudah tidak laku lagi disebabkan eksperimen demi eksperiman yang dijalankan dalam makmal gagal membuktikan teori itu benar.

Teori "yakin boleh" ini menafikan faktor-faktor kritikal di sebalik setiap kejayaan iaitu peranan ilmu pengetahuan, kemahiran, modal dan peralatan.

Meskipun di Amerika, iaitu tempat yang melahirkan mazhab ini, teori "yakin boleh" sudah lama dihumbankan ke dalam tong sampah oleh pakar-pakar psikologi sendiri, namun mazhab ini masih sangat popular di negara kita, dengan contoh yang paling klasik semboyan "Malaysia Boleh!" Buku motivasi seperti "Mau Ke Tak Mau" adalah ditulis oleh penganut mazhab "yakin boleh".

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(26) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, November 16, 2006

Buku PTS Masuk TOP TEN MPH

Kuasa Minda Separa

Tahniah kepada buku KUASA MINDA SEPARA SEDAR kerana masuk TOP 10 MPH - satu-satunya buku Melayu, yang lain semua buku Inggeris.

Nah! Masuklah sektor motivasi bisnes. Itu wilayah Laut Biru.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(11) Diskusi Kuliah | Permalink
Page 1 of 1 pages