Tuesday, January 22, 2008

Strategi “positioning” PTS-METADOME Masuk Pasaran Buku-Mobile

PTS dan METADOME bersetuju bahawa kita memasuki pasaran M-book dengan mengekalkan imej dan branding PTS sebagai penerbit "M-Buku Berkualiti Tinggi" yang sudah mendapat kepercayaan guru-guru dan ibu bapa.

Ini bermakna brand "METADOME" akan dipromosi sebagai penerbit M-book yang terkenal berkualiti tinggi supaya ibu bapa tidak bimbang apabila anak-anak mereka membeli dan membaca M-book terbitan METADOME.

Malah ibu bapa yang mampu sanggup menyediakan bajet khas bulanan supaya anak-anak mereka dapat membeli dan membaca M-book METADOME. Inilah yang kini sedang berlaku di kalangan ramai ibu bapa yang memberikan bajet khusus kepada anak-anak mereka bagi membeli buku-buku PTS.

Para penerbit m-book mempunyai 2 pilihan.

(1) Pertama, melihat dirinya dengan mindset syarikat teknologi.

Dengan sikap begini, disebabkan ia memiliki teknologinya, maka ia menerbitkan apa sahaja yang sesuai dengan teknologi yang dimilikinya, dan apa sahaja buku yang laku dijual. Memang banyak penerbit m-book yang akan bersikap demikian. 

Mindset seperti itu sudah berlaku dalam bisnes internet, jadi banyak penerbit internet menerbitkan bahan-bahan bacaan dan gambar-gambar yang membahayakan masyarakat.

Dalam dunia bisnes buku-kertas pun demikian juga. Banyak penerbit menerbitkan buku-buku yang membahayakan masyarakat. 

(2) Kedua, melihat dirinya dengan mindset syarikat penerbitan buku, bezanya ia menerbitkan edisi digital.

Dengan sikap begini ia akan memasuki pasaran dengan mindset penerbit buku yang mempunyai komitmen kepada kualiti produknya, dan mempunyai misi mahu kekal lama dalam pasaran.

Dalam pasaran buku, ada dua sub-industri: (i) Industri buku berkualiti, dan (ii) Industri buku sampah. Dua industri ini amat berbeza. Pemain-pemainnya berbeza, dan saluran pemasarannya juga berbeza.

Pembeli dan pembaca buku juga terbahagi dua: (i) Mereka yang membeli buku-buku berkualiti dan (ii) Mereka yang membeli buku-buku sampah. Dua kumpulan pembeli itu tidak berkawan.

Penerbit buku-buku berkualiti tidak berkawan dengan penerbit buku-buku sampah.

Malah di kalangan para penulisnya pun begitu. Penulis buku-buku berkualiti tidak berkawan dengan penulis buku-buku sampah. 

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, December 29, 2007

Surat Pilihan: Fenomena Buku Mobil

Salam sejahtera Puan Ainon,

Komen BBC berkenaan letupan kitab mobil di Jepun
http://news.bbc.co.uk/2/hi/programmes/click_online/4840436.stm

Saya berpendapat PTS boleh menerajui dan menjadi pelopor pasaran mobilbook sekurang-kurangnya di Asia Tenggara. Branding PTS sebagai brand "mobilebook" di Malaysia sudah ada dalam tangan. Cuma kena ubah persepsi pembeli dan menyediakan masyarakat untuk menggantikan produk mobil yang kurang manfaat dengan yang berbentuk ilmu.

Sudah ada dua pasaran.
Satu pasaran muda mudi -  cuma kena secara halus tukar taste sahaja.
Pasaran kedua - golongan pertengahan berpendidikan tinggi - ini memang Blue Ocean.

Mungkin PTS boleh menghantar wakil ke Jepun untuk melihat bagaimana strategi ini dijalankan, terutamanya bagaimana mobilebook dijadikan upsale kepada buku hard cover.

Saya tidak dapat membaca bahasa Jepun jadi penyelidikan saya terbantut sedikit sebab di kalangan pembaca Barat mereka belum menitikberatkan atau mungkin belum melihat  lagi  potensi  mobil book ini. Cuma saya dengar Google sedang memerhatikan  perkembangan produk mobilbook di Korea dan Jepun dengan mata terbuka.

Salam ceria.

SUNTHARA SEGAR. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, December 14, 2007

Buku Mobile Meletup di Jepun

In Japan, cellular storytelling is all the rage

Justin Norrie
December 3, 2007 - 10:29AM
 
Memeranjatkan! 5 daripada 10 fiksyen paling laris di Jepun mula-mula dijual sebagai konten mobile. Apabila dicetak, setiap judul terjual sekitar 400 ribu naskhah. 
 
Artikel originalnya seperti di bawah: 
 
It seems improbable, even at this early stage, that 21-year-old Rin (a nom de plume) might one day be granted a place alongside Fyodor Dostoevsky in the pantheon of literary giants.

The nursery school teacher from Kokura, in Japan's south, is celebrated for her skill with stichomythia and crude colloquialisms but not, like the great Dostoevsky, the extent to which her writing illuminates the darkest machinations of the mind.

For the time being at least, however, she is entrenched alongside the Russian master in Japan, where the two have become major best-sellers of fiction this year.

A new translation of Dostoevsky's classic The Brothers Karamazov, released in July, has surprised its publisher by notching up more than 300,000 sales already - but it is Rin's rather less challenging Moshimo Kimiga (If You ...), a 142-page hardback book about a high-school romance, that has caused the bigger fuss.

"I typed it all on my mobile phone," Rin explains matter-of-factly over the same device. "I started writing novels on my mobile when I was in junior high school and I got really quick with my thumbs, so after a while it didn't take so long. I never planned to be a novelist, if that's what you'd call me, so I'm still quite shocked at how successful it's turned out."

So successful that one volume of her book, which began its life in a series of instalments uploaded to an internet site and sent out to the phones of thousands of young subscribers, has sold more than 420,000 copies since it was converted into hardcopy format in January.

Remarkably, half of Japan's top-10 selling works of fiction in the first six months of the year were composed the same way - on the tiny handset of a mobile phone. They sold an average of 400,000 copies. By August, the president of Goma Books, Masayoshi Yoshino, was declaring in a manifesto that he was determined "to establish this not simply as a fad, but as a new kind of culture".

Conservative literary academics in Australia who have been huffing about the "radical" study in high-school English courses of SMS messages as "text" have cause to be anxious.

In just a few years, mobile phone novels - or keitai shousetsu - have become a publishing phenomenon in Japan, turning middle-of-the-road publishing houses into major concerns and making their authors a small fortune in the process.

Usually they are written by first-time writers, using one-name pseudonyms, for an audience of young female readers - who, in Japan especially, consult their mobile phones so regularly that the habit could be mistaken for a tic. The stories traverse teen romance, sex, drugs and other adolescent terrain in a succession of clipped one-liners, emoticons and spaces (used to show that a character is thinking), all of which can be read easily on a mobile phone interface. Scene and character development are notably missing.
 
Nota: Maklumat ini dibekalkan oleh Sdr Firdaus Ariff
 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, December 05, 2007

Projek Game-Book PTS-METADOME: Surat Tuan Syaizul Amal

Salam, Puan Ainon,

Saya ada juga terfikir satu lagi kaedah untuk mempermudahkan pembangunan cerita Gamebook ini.

Kaedah cerita berantai

Penulis pertama akan menyiapkan cerita sebanyak 10 mukasurat. Penulis lain akan menyambung cerita tersebut mengikut citarasa masing-masing untuk 10 muka surat lagi. Kebaikan kaedah ini, cerita tersebut akan cepat disiapkan, dan juga cabang ceritanya menjadi lebih menarik dan amat berlainan sekali. 10 orang penulis yang terlibat dalam cerita berantai ini akan membuat satu perbincangan menetapkan skop cerita, dan juga karektor agar tidak terkeluar dari cerita asal.

Contoh Cerita: "Mesin Masa"

Hero menjumpai mesin masa, beliau telah pergi 10 tahun ke hadapan dan melihat kehidupan keluarganya yang miskin. Beliau cuba menggunakannya untuk mengubah nasib 10 tahun akan datang. Setiapkan kali beliau membuat keputusan besar dalam hidupnya, beliau akan pergi ke masa hadapan untuk melihat apakah yang akan berlaku akibat daripada keputusannya itu.

Gamebook 1 [Di tulis oleh penulis A] : Hero membuat pilihan membeli hartanah, rumah, kondo, dan tanah.

Gamebook 2 [Di tulis oleh penulis B] : Setelah membuat keputusan, Hero pergi ke 10 tahun akan datang, dan melihat nasibnya.

Walau bagaimana pun terpulang kepada penulis-penulis PTS untuk mencuba kaedah-kaedah lain yang boleh mempermudah dan mempercepatkan proses pembangunan cerita, saya bukanlah yang pakar dalam bidang ini.

Pada bulan ini, Metadome sedang sibuk dengan urusan perpindahan pejabat ke tempat yang lebih besar kerana pertambahan pekerja, saya pula akan berada di Singapura hingga Ahad ini, dan akan berangkat ke Jakarta minggu hadapan. Wasalam.

Syaizul

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, November 25, 2007

Cara Buat Bisnes dengan METADOME

METADOME adalah "master content provider" (pembekal konten induk) kepada semua TELCO (telecommunications company) di negara ini. Buku-buku PTS akan dibekalkan kepada METADOME, kemudian METADOME membekalkan buku-buku itu kepada Maxis, DiGi, Celcom dan MITV. Sesiapa yang memiliki HP-berwarna akan dapat membeli buku-buku PTS, dengan menggunakan kad pre-paid pun boleh! 

Pada masa ini TELCO di Malaysia adalah: Maxis (8 juta pelanggan), DiGi (6 juta pelanggan), Celcom (6 juta pelanggan) dan MITV (2 ribu pelanggan). Tidak lama lagi DiGi akan menjadi TELCO terbesar apabila Time.com dijual kepada DiGi. 

METADOME adalah pembekal induk konten-mobile kepada semua TELCO itu. Ertinya, sesiapa yang hendak menjual konten kepada mana-mana TELCO, dia terpaksa melalui METADOME.

MITV adalah penerbit TV-mobile, yang dapat ditonton menggunakan HP.  Ia tidak menggunakan teknologi 3G ataupun GPRS. Para penerbit rancangan TV yang mahu menjual produk terbitan mereka kepada MITV, mereka juga terpaksa melalui METADOME.

METADOME sudah mendapat slot 8 jam sehari daripada MITV, yang mesti diisi dengan rancangan terbitan METADOME sendiri. METADOME bercadang memberikan slot khas bagi buku-buku PTS.

Bisnes menjual konten-mobile memerlukan kos promosi yang amat tinggi. Pengguna HP mesti diberitahu bahawa mereka boleh membeli buku-buku PTS dengan menggunakan HP mereka. Pengguna HP juga mesti diberitahu langkah-demi-langkah cara membeli buku-buku itu. Ini bermakna METADOME dan TELCO mesti membeli ruang iklan dalam akhbar, radio dan TV bagi memberikan maklumat itu kepada pemilik HP.

Ruang iklan amat mahal. Bagi membeli 1 halaman warna dalam Harian Metro, kosnya adalah RM6 ribu. Bagi membeli iklan dalam radio Hitz.FM, iklan yang disiarkan 6 kali satu hari, selama 14 hari, kosnya adalah RM100 ribu. Kos promosi ini ditanggung 50-50 oleh METADOME dan TELCO. Jika METADOME membekalkan buku-buku PTS ke Maxis, maka kos promosi ditanggung 50-50 oleh METADOME dan Maxis.

Harian Metro dan Hitz.FM dipilih kerana konten-mobile dibeli oleh remaja dan orang muda antara 16-20 tahun. Mereka membaca Harian Metro dan mendengar Hitz.FM

Data jualan konten-mobile METADOME menunjukkan (a) jualan paling banyak adalah dari kawasan Pantai Timur, dan (b) jualan paling banyak berlaku pada hari Ahad.

METADOME juga adalah pembekal konten induk kepada Bluehyppo. Ini bermakna buku-buku PTS juga dapat dibeli melalui Bluehyppo.

Samsung sudah berunding dengan METADOME bagi membantu syarikat itu menjual HPnya kepada pembeli Melayu. Rupa-rupanya, pembeli Melayu sangat suka membeli HP Nokia. Mereka tidak suka HP Samsung. 

Samsung dan METADOME sedang memikirkan kemungkinan HP Samsung dapat dijual kepada orang Melayu dengan memberikan konten percuma dalam Bahasa Melayu. Konten itu dapat diberi sesuai dengan profail pembeli.

Sebagai contoh, jika pembeli itu lelaki muda, MOBO (mobile-book) yang sesuai diberikan percuma adalah buku-buku PTS Professional. Jika pembeli itu remaja perempuan, MOBO yang diberikan adalah buku-buku PTS One. Dan begitulah seterusnya.

Nota kepada peserta bengkel: Jangan lupa projek novel interaktif!

Buku MOBO versi 1.0: 10 halaman - 40 ribu aksara

Buku MOBO versi 2.0: 300 halaman - 200 ribu aksara (Pelancaran Januari 2008)

Buku MOBO versi 3.0: 30 game-book - buku interaktif (Pelancaran April 2008)

Tema untuk buku remaja lelaki: Kembara, penyiasatan, misteri, sukan, super hero, dengan diselitkan nilai-nilai murni.

Tema untuk buku remaja perempuan: Cinta, persahabatan, kekeluargaan, dengan diselitkan nilai-nilai murni.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, November 17, 2007

Mengapa PTS Memilih METADOME

Mulai 2008 pengguna handphone dapat membeli dan membaca buku-buku terbitan PTS menggunakan handphone mereka.

Berikut adalah faktor-faktor yang mempengaruhi keputusan mengapa PTS memilih METADOME sebagai rakan niaga eksklusif bagi projek konten-mobile buku-buku METADOME-PTS:

Faktor bisnes: 

(1) METADOME adalah syarikat pembekal konten mobile yang pertama datang ke PTS dan menyampaikan hasrat mahu melesen buku-buku PTS bagi dijadikan konten mobilenya.

(2) Kita sudah menyiasat latar belakang dan kredibiliti METADOME, dan berpuas hati kita dapat meletakkan kepercayaan ke atas etika bisnes syarikat ini. 

Faktor networking:

(1) Tuan Syaizul Amal, Pengarah Urusan METADOME, adalah senior sekolah Encik Arief Rahmad, Presiden PTS, di MRSM Kuantan.

(2) Puan Ain Maisarah, penulis novel remaja PTS "Aku Mahu Popular" dan "Impiana" adalah isteri kepada Tuan Syaizul Amal.

Hmm... kalau memang sudah jodoh, takkan ke mana!

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, November 04, 2007

Mengapa METADOME Memilih PTS

Metadome memilih PTS sebagai rakan niaganya bagi projek buku-mobile kerana:

(a) PTS sudah mempunyai nama baik dalam pasaran buku. Buku-buku PTS adalah sinonim dengan kualiti. Peminat-peminat buku Melayu sudah kenal brand PTS.

(b) Buku-buku PTS juga dipercayai oleh ibu bapa kelas menengah Melayu. Faktor ini amat penting kerana kumpulan ini mempunyai daya beli yang membolehkan mereka berbelanja buat membeli bahan-bahan bacaan tambahan.

(c) Guru-guru sekolah juga sudah mempercayai buku-buku PTS sebagai buku-buku yang membantu perkembangan akhlak dan pendidikan akademik pelajar-pelajar mereka.

(d) PTS menawarkan pilihan judul dan tema yang banyak. Ini membolehkan METADOME melancarkan siri-siri produknya, sebagai contoh: Siri novel remaja, siri motivasi remaja, siri motivasi kerjaya, siri motivasi agama, siri motivasi bisnes, siri motivasi keluarga dan banyak lagi siri.

Sehingga hari ini PTS sudah menerbitkan lebih 800 judul. Setiap tahun PTS akan menerbitkan 300 judul baru, dan jumlah ini akan terus ditingkatkan.

Aspek jumlah judul PTS ini amat kritikal bagi kejayaan buku-mobile kerana ia membolehkan METADOME mempunyai cukup judul bagi melancarkan kempen promosi secara berfasa-fasa bagi produk-produknya dengan cara yang efektif.

Biaya kempen promosi adalah tinggi. Ia dapat mencecah jutaan ringgit. Kos promosi ditanggung bersama antara METADOME dan MAXIS. Jadi amatlah penting bagi METADOME membuktikan kepada MAXIS bahawa METADOME mempunyai bekalan jumlah judul yang banyak, berkualiti, konsisten, dan lebih penting lagi, judul-judul itu sudah mempunyai track-record dalam pasaran.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, October 31, 2007

Buku Konten Mobile: Kiri Makan, Kanan pun Makan

Jika saudara memiliki telefon multimedia, saudara dapat membeli buku-buku mobile terbitan PTS yang dilesenkan kepada METADOME.

Buku mobile dijual pada harga yang rendah, buat masa sekarang hanya RM5 senaskhah. 

Buku yang saudara beli itu hanya dapat disimpan dalam telefon saudara seorang. Ia tidak dapat dihantarkan kepada telefon orang lain. Ia juga tidak dapat dipindahkan ke komputer saudara.

Ini bermakna, orang lain tidak dapat berkongsi membaca buku saudara. 

Ini bermakna, apabila saudara menukar telefon, saudara tidak dapat memindahkan buku-buku yang saudara simpan dalam telefon lama saudara ke telefon baru.

Hmm... patutlah jualan buku edisi mobile dapat meningkatkan jualan edisi buku kertasnya.

Inilah yang dikatakan "kesan pedang dua mata"  -  ke kiri makan, ke kanan pun makan.  

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, October 29, 2007

100 Judul PTS Dilesenkan kepada METADOME bagi Projek 2008

Dengan ini dimaklumkan kepada semua penulis PTS berkenaan hasil perbincangan antara PTS dan METADOME.

PTS dan METADOME bersetuju bahawa:

(1) Bagi projek buku-mobile METADOME tahun 2008, PTS akan melesenkan 100 buah judul. Ini bermakna setiap tahun PTS akan membekalkan judul-judul baru kepada METADOME.

(2) Fokus projek 2008 adalah buku-buku bacaan remaja, seperti novel-novel siri 'teen' PTS dan buku-buku motivasi siri 'remaja reaktif'. 

(3) Pihak METADOME akan membayar royalti jualan buku-buku mobile itu kepada PTS, dan pihak PTS akan membayarkannya kepada penulis-penulis PTS. 

(4) Pihak METADOME bersetuju ia secara eksklusif akan menjual buku-buku mobile terbitan PTS sahaja.

Nota:

(a) Pengurusan PTS mengambil seorang pegawai editorial baru, khas bagi menjalankan kerja-kerja penyediaan data 100 judul itu dalam format yang dipersetujui oleh METADOME. Kerja-kerja itu akan bermula sebaik-baik selesai musim cuti hari raya. Pegawai itu akan dipertanggungjawabkan dengan tugas-tugas menjaga kejayaan urusan bisnes PTS dengan METADOME.

(b) Semua penulis PTS yang bukunya dipilih bagi projek 2008 akan dimaklumkan apabila senarai yang dicadangkan itu sudah dipersetujui oleh METADOME. 

Syukur kerana kita sudah dipertemukan dengan jodoh korporat yang sehaluan. Moga-moga Tuhan memanjangkan jodoh ini dan melimpahi kedua-dua belah pihak dengan rezeki yang baik dan banyak. Amin.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, September 13, 2007

Makluman: PTS dan METADOME akan Memulakan Rundingan Pelesenan

Pihak PTS dan METADOME akan memulakan proses berunding bagi mengenalpasti cara-cara yang terbaik supaya buku-buku terbitan PTS dapat dilesenkan kepada METADOME dan dijadikan konten mobile.

Objektif perundingan itu adalah mencari formula di mana ketiga-tiga pihak, yakni PTS, METADOME dan Penulis, masing-masing berpuas hati.

Kita yakin jualan versi konten mobile dapat meningkatkan jualan edisi buku konvensional sebagaimana yang berlaku di negara-negara lain, sekaligus meningkatkan pendapatan ketiga-tiga pihak.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, September 07, 2007

Khutbah Jumaat: Penulis-PTS-METADOME dan Fenomena 3-G

Pada masa ini jualan terbesar dalam sektor konten-mobile di seluruh dunia adalah 3-G:

Girls (Perempuan)
Game (Permainan)
Gamble (Perjudian)

Ketiga-tiga "G" itu adalah bahan-bahan membodohkan bangsa. Pembeli utamanya adalah remaja.

Fenomena "3-G" ini menjadikan strategi dakwah menggunakan konten mobile semakin kritikal peranannya bagi menyelamatkan akhlak dan iman remaja.

Remaja tidak suka menonton program agama dalam TV. Remaja tidak suka mendengar khutbah masjid. Remaja tidak suka ke perpustakaan. Remaja tidak suka membaca kitab tradisional.

Remaja suka main-main dengan HPnya.

Ini bermakna peranan penerbit dan kaum penulis memasuki sektor ekonomi teknologi HP semakin penting.

Kita tidak boleh marah-marah sambil mengutuk produk 3-G dan remaja yang membelinya sedangkan kita sendiri tidak menghasilkan bahan-bahan yang baik, yang dapat memandaikan bangsa, yang dapat dijual dan dibeli sebagai konten mobile menggunakan hp.

Pada masa ini 19 juta penduduk Malaysia memilik hp.

Sudah sampai masanya penerbit dan penulis sama-sama belajar cara-cara baru berdakwah dan memahami aplikasi pelbagai teknologi baru bagi menyampaikan mesej kita.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, September 05, 2007

Konten Buku Mobile: Mencari Remaja Gila-Gila Game

Buat masa ini majoriti buku yang laku dijual sebagai konten mobile adalah buku-buku yang ditargetkan kepada remaja kerana ia dijual-beli menggunakan handphone.

Salah satu ciri tingkah laku remaja adalah mereka sukakan bahan-bahan yang mengandungi unsur hiburan. Game adalah unsur hiburan.

Siapakah yang pandai menulis buku-buku cerita dan novel yang digabungkan dengan unsur game? Sasterawan? Penulis matang? Penulis remaja?

Penulis yang pandai mencipta game adalah mereka yang suka bermain game. Tetapi lebih banyak mereka yang pandai bermain game tidak pandai menulis buku cerita.

Barangkali sudah sampai masanya kita menubuhkan pasukan yang terdiri daripada penulis dan pencipta game bagi menghasilkan buku-buku konten mobile yang digemari remaja.

Kita sangat mahukan remaja yang otaknya gila-gila supaya datang ikut serta dalam bengkel menulis konten mobile yang akan dikendalikan oleh Tuan Syaizul Amal nanti.

Bagi saudara yang mempunyai anak remaja yang kaki main game, bawalah mereka hadir bengkel kita.

Pada zaman ini kita sudah menyaksikan bagaimana banyak remaja yang gila-gila berpeluang menjadi kaya raya dengan mencipta pelbagai produk internet.

Remaja yang menciptakan game bagi buku konten mobile PTS-METADOME berpeluang memiliki harta intelek dan menikmati royalti daripada game yang mereka cipta.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(15) Diskusi Kuliah | Permalink

Novel Belum Siap Ditulis, METADOME sudah Mahukannya

Sdr. Zakir Husin adalah seorang bekas pegawai penjara. Beliau tidak pernah tahu beliau mempunyai bakat kreatif sehinggalah beliau menghadiri bengkel surah Yusuf dan KJ Method.

Novel beliau menceritakan apa yang berlaku ke atas budak-budak Mat Rempit yang dipenjarakan akibat kesalahan melanggar undang-undang lalu lintas.

Beliau juga menerangkan dengan detail proses bagaimana 2 orang banduan menjalani hukuman gantung sampai mati serentak.

Selepas membaca bahagian yang sudah ditulis, METADOME memaklumkan ia mahu menerbitkannya sebagai konten mobile!

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(10) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, September 04, 2007

Potensi Ekonomi Konten Mobile: Penulis dan Penerbit Jangan Cemburu!

Apabila bercakap tentang potensi pasaran konten mobile, sebagai penulis dan penerbit buku, ada yang elok kita pelajari daripada kumpulan rock - yakni memahami tingkah laku pengguna handphone.

Di Malaysia, lagu "Langkah Baru" oleh kumpulan rock Indonesia Radja, terjual 50 ribu naskhah dalam masa 6 bulan.

Lagu Radja "Jujur" pula terjual 108,000 naskhah pada bulan pertama. Dalam tempoh 6 bulan lagu itu terjual 380,000 naskhah.

Gosip-gosip yang kita dengar, pelawak Apek sudah menerima royalti terkumpul sebanyak RM180 ribu daripada jualan ringtone "Nak Cari Siapa?"

Pada masa ini Apek menerima royalti lebih RM30 ribu setiap bulan daripada jualan klip-klip 30 saat ringtone beliau.

Penulis dan penerbit perlu keluar dari zon selesa, belajar ilmu-ilmu baru tentang ekonomi media baru yang ditawarkan oleh teknologi handphone generasi baru.

Lain padang, lain belalang.

Buku yang laku dicetak atas kertas belum tentu laku dijual sebagai konten mobile. Demikian juga dengan novel-novel.

Para penulis perlu memahami kelebihan dan keterhadan hp sebagai media penerbitan dan pemasaran buku, dan dengan demikian kita perlu belajar teknik-teknik menulis buku dan novel yang sesuai dengan media baru ini.

Hp adalah media yang lebih berkesan bagi menyampaikan bahan-bahan bacaan yang baik kepada remaja. Teknologi hp adalah medan perjuangan baru yang mesti kita dekati.

Nampaknya industri hiburan lebih cepat berubah dan mengambil peluang-peluang baru yang ditawarkan oleh teknologi hp. Manakala masyarakat penulis sangat lambat berubah, malah semacam tidak mahu berubah....

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, September 03, 2007

Buku Mobile, Buku Kertas, Kedai Buku dan Nasib Penulis

Dalam bengkel Tuan Syaizal pada Ahad 2 September, beliau memberitahu perkembangan terkini pasaran buku mobile, iaitu itu buku yang dijual melalui handphone.

Menurut beliau, pada 2006, di Jepun 5 buah buku cetak yang masuk dalam carta Top Ten di negara itu adalah bermula sebagai buku mobile. Maksudnya buku-buku itu sudah dijual sebagai buku mobile barulah kemudian diterbitkan sebagai buku konvensional.

Buku mobile Jepun "What the Angel Gave Me" terjual 1 juta naskhah sebelum ia diterbitkan dalam bentuk buku kertas.

Apa yang berlaku di Jepun itu menunjukkan:

(a) Jualan buku mobile tidak mengurangkan jualan buku kertas. Ini tentulah berita baik untuk penerbit buku-buku konvensional seperti PTS dan kedai-kedai buku tradisional. Sebelum ini ada kekhuatiran apabila buku dapat dibeli menggunakan handphone, orang tidak berminat membeli buku kertas di kedai buku.

(b) Buku mobile dapat meningkatkan jualan buku kertas. Berita ini lebih baik. Apabila buku-buku yang ada dilesenkan kepada METADOME supaya dipasarkan sebagai buku mobile, maka ada harapan jualan edisi kertasnya naik lebih tinggi.

Perkembangan pasaran buku mobile ini adalah berita buruk kepada penulis-penulis yang telah menjual hakcipta karya mereka kepada penerbit.

Apabila penerbit menyerahkan buku itu kepada content-developer seperti METADOME supaya dijual sebagai buku mobile, penulis gigit jari. Satu sen pun dia tidak dapat. Semua royalti bukunya dikaut oleh penerbit. Ibarat menang sorak, kampung tergadai. Bukunya terkenal, namanya makin terkenal, penerbit kaya raya, penulis tengok sahaja....

Ingat pesan Sifu, jangan serahkan hakcipta harta intelek saudara kepada sesiapa, kepada syarikat milik bapa mertua sendiri pun jangan!

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Rasmi! METADOME dan PTS Kini Rakanniaga Pintar dalam Projek Buku Mobile

PTS dan METADOME kini rasmi menjadi rakanniaga pintar dalam usaha membangunkan pasaran buku mobile di negara ini.

Buku-buku ini adalah antara 20 judul PTS yang dipilih sebagai kumpulan pertama dan kini sedang dalam proses "content-development" bagi diterbitkan sebagai buku mobile oleh METADOME.

Pihak PTS sedang mengenal pasti dan memilih lebih banyak judul buku yang diramalkan sesuai dipasarkan sebagai buku mobile.

Kita percaya dengan terjalinnya sinergi korporat antara PTS-METADOME, perkembangan sektor pasaran buku-buku Melayu yang berkualiti dapat dimeriahkan lagi.

Kita juga percaya, perkembangan terbaru ini dapat menjadikan PTS lebih menarik sebagai penerbit pilihan pertama pengarang-pengarang tempatan yang berjuang memandaikan bangsa melalui karya mereka.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Page 1 of 1 pages