Friday, August 15, 2008

Khutbah Jumaat PTS: Hakcipta Karya Imam-imam Terdahulu

Banyak buku agama klasik sudah menjadi harta awam disebabkan imam-imam yang mengarang kitab-kitab itu sudah lebih 50 tahun meninggal dunia. Ambil sebagai contoh, kitab Riadhus Solihin karya yang ditulis dalam bahasa Arab oleh Imam Nawawi sudah lama menjadi harta awam. Demikian pula halnya dengan beribu-ribu kitab-kitab klasik lain karya ulamak dahulu kala.

Disebabkan kitab-kitab itu sudah menjadi harta awam, maka:

1. Sesiapa sahaja boleh mencetak dan menjual karya original dalam bahasa Arab itu. Ia tidak melanggar undang-undang hakcipta.

Ingat, yang sudah menjadi harta awam adalah kitab original yang dalam bahasa Arab itu sahaja. Fakta ini sering kali tidak difahami oleh penulis dan penerbit di Malaysia. Jadi mereka mencuri-terbit edisi terjemahan kitab-kitab itu yang dihasilkan oleh ulamak-ulamak Indonesia.

2. Sesiapa sahaja boleh menterjemahkan karya original itu dan menerbitkannya, dan menjualnya.

Ia tidak melanggar undang-undang hakcipta. Ini yang dilakukan oleh 3 buah penerbit di Indonesia ke atas kitab Riadhus Solihin. Masing-masing menterjemah sendiri karya original Imam Nawawi itu lalu menerbitkan dan menjualnya.

Hakcipta terjemahan-terjemahan itu masih berkuat-kuasa, yakni belum menjadi harta awam. Justeru karya terjemahan itu semuanya dilindungi oleh undang-undang. Adalah salah apabila ada mana-mana penulis menyalin terjemahan itu dan menggunakanya di dalam bukunya tanpa mendapatkan izin bertulis terlebih dahulu.

3. Sesiapa sahaja boleh menerbitkan semula karya original Imam Nawani itu dalam apa-apa jua bentuk edisi. Ia tidak melanggar undang-undang hakcipta.

Ini yang dilakukan oleh PTS ISLAMIKA apabila kitab itu diterjemahkan semula menggunakan Bahasa Melayu kontemporari dan diterbitkan secara bersiri-siri

Terjemahan yang dilakukan oleh PTS dilakukan oleh sekumpulan penterjemah PTS. Mereka adalah pemilik hakcipta ke atas terjemahan yang mereka hasilkan, dan hak itu dilindungi oleh undang-undang hakcipta negara ini.

Saudara tidak boleh menyalin terjemahan yang dibuat oleh orang-orang lain sebab terjemahan itu dilindungi oleh undang-undang hak cipta.

Justeru, saudara tidak boleh menyalin terjemahan yang dibuat oleh ulamak Indonesia, ataupun menyalin terjemahan terbitan PTS, dan memasukkan salinan tejemahan itu dalam buku saudara, tanpa mendapatkan izin bertulis terlebih dahulu daripada pihak yang memiliki hakcipta terjemahan tersebut.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, July 25, 2008

Hakcipta Tulisan Khat dan Layout Ayat-ayat Quran

Ayat-ayat Quran adalah harta awam disebabkan ia datang daripada Allah. Oleh itu sesiapa sahaja boleh menuliskan, mencetak, mengedar dan menjual aya-ayat Quran dengan tidak melanggar undang-undang hakcipta.

TETAPI

1. Tulisan khat Quran yang dihasilkan oleh pakar khat adalah karya seni yang dilindungi oleh undang-undang hakcipta.

Saudara tidak boleh men-download, menyalin ataupun meng-scan tulisan khat oleh pakar khat lain dan menggunakannya dalam buku saudara tanpa mendapat izin daripada pemilik hakcipta karya khat itu.

Kita selalu berjumpa dalam sesuatu buku agama, terdapat beberapa ragam tulisan khat. Ini adalah bukti nyata bahawa penulis itu mengambil dan menggunakan tulisan khat daripada sumber-sumber yang berlainan.

Apabila saudara menulis ataupun menerbitkan buku-buku agama, saudara hendaklah menuliskan semula ayat-ayat Quran itu, bukan menyalin daripada CD ataupun internet yang mengandungi karya orang lain.

Ayat-ayat Quran itu hak Allah, tetapi khat itu dicipta oleh manusia, oleh itu ia adalah harta intelek manusia si pencipta khat itu, maka hukumnya ia tidak boleh dicuri.

2. Layout kitab Quran, ataupun kitab Ya-sin, ataupun kitab Muqaddam bukan harta awam.

Layout adalah karya seni oleh manusia, oleh hal yang demikian ia dilindungi oleh undang-undang hakcipta. Saudara tidak boleh menyalin layout yang dibuat oleh orang-orang lain tanpa mendapatkan izinnya terlebih dahulu.

Ayat-ayat Quran itu hak Allah, tetapi sebagaimana dengan seni khat, layout itu dicipta oleh manusia, oleh itu ia adalah harta intelek manusia si pencipta layout itu, maka hukumnya tidak boleh dicuri.

Apabila saudara hendak mencetak surah Ya-sin, maka hendaklah saudara menuliskan sendiri ayat-ayat Ya-sin itu dan membuat layout sendiri.

3. Terjemahan ayat-ayat Quran bukan harta awam.

Walaupun ayat-ayat Quran adalah harta awam, tetapi terjemahannya adalah hasil karya manusia, oleh itu ia dilindungi oleh undang-undang hakcipta.

Justeru saudara tidak boleh menyalin bulat-bulat terjemahan orang lain dan memasukkannya dalam buku saudara tanpa mendapatkan izin bertulis terlebih dahulu daripada pemilik hakcipta terjemahan itu.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(5) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, April 11, 2008

Khutbah Jumaat PTS: Buku Agama Buat Mat Rempit dan Minah Rempit

Penulis dan penerbit berpeluang menjadi da'i. Sebagai da'i, kita jangan menghukum, jangan hilang harapan, dan jangan sampai putus asa terhadap kemungkinan mad'u kita mahu berubah kepada yang lebih baik. 

Berdakwah kepada remaja yang memang sudah baik agamanya, seperti berdakwah kepada anggota persatuan pelajar-pelajar Islam, maka hal itu  dapat dilakukan oleh mana-mana ustaz. Yang lebih mencabar adalah berdakwah kepada para remaja yang masih belum baik agamanya.

Menulis buku agama buat bacaan kelompok yang baik agamanya dapat dilakukan oleh kebanyakan ustaz. Itu dakwah Fasa Madinah. Buku-buku seperti itu sudah banyak dalam pasaran.

Baru-baru ini ada seorang motivator spiritual yang terkenal berkata dalam ceramahnya di sebuah universiti, "Mat Rempit mana baca buku?"

Isu ini adalah isu ayam dengan telur. Apakah Mat Rempit tidak membaca buku oleh sebab buku-buku yang sesuai untuk mereka itu yang tidak ada. Ataupun, disebabkan Mat Rempit tidak membaca buku maka penerbit yang menerbitkan buku untuk mereka.

Kita mengharapkan, dengan adanya projek Mbook PTS-METADOME, para Mat Rempit dan Minah Rempit berpeluang membeli buku-buku PTS dengan mudah sekali. 

Sebagai penerbit dan penulis, kita jangan meng-kondem mad'u, sikap begitu tidak mencontohi cara Nabi Muhammad berdakwah. Sedangkan orang yang sudah membunuh 99 orang pun masih mahu berubah, apatah lagi setakat merempit. 

Marilah kita menulis buku-buku agama buat bacaan orang-orang dalam Fasa Mekah alias Fasa Jahil, Fasa Melawan, Fasa Menentang, Fasa Memerangi Islam. Inilah perjuangan kita di PTS.

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, March 09, 2008

Pelukis Komik dan Rezeki daripada Cover Buku Agama

Kulit buku ini dilukis oleh seorang pelukis komik. Ini adalah suatu inovasi yang belum pernah dieksperimen oleh mana-mana penerbit buku agama di negara ini.

PTS ISLAMIKA sengaja memilih pelukis komik kerana buku ini ditargetkan kepada remaja lelaki.

Kita akan memonitor sambutan pasaran kepada buku-buku agama yang menggunakan strok komik. Jika terbukti pasaran menyukai inovasi ini, maka lebih banyak buku PTS Islamika akan menggunakan strategi ini bagi menyampaikan cerita-cerita agama kepada remaja lelaki yang selama ini tidak suka membaca buku cerita-cerita agama.

Ini juga bermakna PTS membuka satu lagi pintu rezeki buat para pelukis komik. Sebelum ini mereka tidak berpeluang melukis cover buku-buku agama.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(6) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, February 06, 2008

Tanya Ustaz: Isu Menulis untuk Majalah Hiburan

Seorang mentee Sifu bertanya, bolehkah dia menulis cerpen Islami dan menghantarkan cerpennya kepada sebuah majalah hiburan yang amat popular, di mana majalah itu banyak menjual gambar-gambar artis yang mendedahkan aurat.

Lalu Sifu pun segara bertanya kepada dua orang ustaz:

Ustaz AZ mengemukakan pendapat begini: Tidak boleh, sebab mungkin dengan adanya cerpennya itu majalah tersebut semakin popular, dan jaulannya semakin meningkat, ertinya dia menyumbang kepada peningkatan jualan bahan-bahan terlarang itu. 

Ustaz JB mengemukakan pendapat begini: Apakah niat si cerpenis itu? Apakah dia mahu menaikkan namanya sebagai pengarang dan sasterawan? Mahukan wang honorarium yang dibayar kepadanya? Mahu cerpennya dinilai dan diberi hadiah? Jika itu semua adalah niatnya, hukumnya tidak boleh.

Menurut Ustaz JB lagi, jika niatnya dia mahu berjihad, mahu berdakwah, mahu menegakkan Islam, maka hukumnya harus, sebab dengan menerbitkan karyanya dalam majalah hiburan itu, dia dapat berdakwah kepada pembacanya.

Tuhan jualah yang lebih mengetahui. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(5) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, February 01, 2008

Dicari: Buku Tauhid untuk Remaja Awal

Kita mencari buku-buku tauhid yang mempunyai appeal buat remaja moden. Buku-buku tauhid yang kita cari adalah buku-buku yang menerangkan mengapa Tuhan itu pasti ada. Mengapa tidak mungkin Tuhan tidak ada.

Pada masa ini banyak sekali buku-buku yang cuba menyakinkan pembacanya bahawa Tuhan pasti wujud. Buku dengan tema ini yang paling terkenal adalah buku-buku "SIFAT 20". Tetapi buku bertemakan sifat-20 itu tidak mempunyai daya tarikan bagi remaja moden.

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Khutbah Jumaat PTS: Apabila Dibantah oleh Penyokong Kuat

Dalam perjuangan menyampaikan Islam kepada bukan Islam, tentu berlaku perbezaan pendapat dan pandangan di kalangan sesama pejuang berkenaan isu-isu strategi dan taktikal. Situasi seperti itu sudah berlaku semenjak Nabi Muhammad masih hidup, yakni ia bukan perkara baru.

Dalam kitab SAHIH MUSLIM, ada sebuah hadis di mana Al-Bara' bin Azib melaporkan bahawa Ali bin Abu Talib adalah orang yang menuliskan teks dalam dokumen perjanjian perdamaian antara Nabi Muhammad dengan penduduk Mekah yang masih menyembah berhala.

Beginilah peristiwa di sebalik tercatatnya nama "Muhammad bin Abdullah" sahaja dalam teks dokumen penting itu.

Ali menuliskan ayat  ini: "Inilah yang diperjanjikan oleh Muhammad Rasulullah." Orang-orang musyrikin membantah penggunaan perkataan "Rasulullah" itu. Kata mereka, "Jangan kamu tuliskan kalimah Rasulullah. Kalau kami yakin bahawa dia adalah Utusan Allah, sudah tentu kami tidak memusuhinya."

Ali menjawab, "Tidak!" Lalu Nabi Muhammad berkata kepada Ali, "Padamlah perkataan itu." Ali menjawab, "Tidak! Saya tidak mahu memadamnya."

Kemudian Nabi Muhammad meminta supaya ditunjukkan yang mana tulisan 'Rasulullah' itu kerana beliau tidak pandai membaca tulisan. Selepas ditunjukkan, Nabi Muhammad sendiri yang memadam tulisan 'Rasulullah' itu, lalu digantikan dengan 'Muhammad bin Abdullah' sahaja.

Nota: Hadis ini mengandungi ibrah-ibrah atau prinsip-prinsip yang relevan apabila kita menjalankan usaha-usaha menyampaikan mesej-mesej Islam kepada orang-orang yang belum yakin bahawa Nabi Muhammad itu adalah seorang nabi dan utusan Allah.

Ibrah-ibrah itu adalah sebagaimana di bawah:

(1) Apabila dibantah oleh orang yang kuat imannya dan banyak pengetahuan agamanya, diam sahaja. Jangan berbalah dengan orang alim dan waraq yang tidak faham perkara yang dibantahnya, sebaliknya teruskan sahaja buat apa yang betul.

(Walaupun Ali bin Abu Talib adalah seorang yang amat kasih kepada Nabi Muhammad, amat dalam ilmu pengetahuan agamanya, dan amat kuat imannya, namun Ali tidak tahu strategi Nabi Muhammad bagi mendekati hati orang-orang Quraisy yang memusuhi Islam. Individu yang alim dan banyak ilmu agamanya, masih perlu menambahkan ilmunya dalam bidang strategi perang urat saraf.)

(2) Pemimpin tidak wajib menerangkan kepada penyokong-penyokongnya semua perkara tentang strategi dan taktikal perang urat saraf yang sedang digunakannya.

(3) Dalam menyampaikan mesej-mesej Islam kepada bukan Islam, unsur-unsur seperti gelaran dan pangkat jangan dijadikan isu sehingga mencetuskan konflik dan perasaan tidak puas hati dalam dada pihak bukan Islam. Gunakan nama diri yang original sahaja dalam dokumen-dokumen bertulis.

(4) Dalam perang saraf yang tujuannya adalah menyampaikan mesej Islam kepada golongan yang memusuhi Islam, strategi berdamai dan melembutkan hati musuh adalah langkah paling bijaksana.

(5) Segeralah mengalah pada perkara-perkara sekunder, yang cuma simbol-simbol, yang sampingan, yang cuma label-label, supaya dapat mengekalkan perkara-perkara yang strategis. (Kata pepatah Melayu: Biar hilang tali, jangan hilang kerbau. Biar hilang cacing, asal mendapat ikan.)

Tuhan jualah yang lebih mengetahui. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(10) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, January 19, 2008

Tip Survival Penerbit: Risiko Menolak Manuksrip Orang Pandai Berceramah

Salah satu perkara yang amat ditakuti oleh penerbit adalah risiko rosaknya nama baik. Apabila nama baik rosak, para penulis hilang kepercayaan, dan mereka lari kepada penerbit lain. Rosaklah bisnes!

Nama baik boleh rosak apabila penerbit menolak manuskrip yang dihantar oleh orang yang pandai menulis blog ataupun mempunyai Yahoo-Group. Lebih ditakuti lagi apabila orang itu bukan hanya mempunyai blog, malah beliau seorang yang pandai berceramah.

Kita sudah mengalami risiko ini beberapa kali.

Blogger yang manuskripnya ditolak oleh editor PTS telah menulis dalam blognya entri yang tidak menyedapkan hati kita. Walaupun nama PTS tidak disebut, tetapi deskripsi yang dituliskan itu terkena benar dengan ciri-ciri PTS.

Begitu juga halnya dengan penulis yang menulis surat-surat yang memburuk-burukkan PTS dalam Yahoo-Group mereka. 

Apabila blogger itu juga seorang penceramah, risikonya lebih berat, sebab rasa tidak puas hatinya bukan hanya diluahkan dalam blognya, malah dibawa-bawa ke dalam ceramahnya. Meskipun nama PTS tidak disebut, tetapi ciri-ciri yang disebutnya terkena benar dengan ciri-ciri PTS. 

Disebabkan PTS mempunyai banyak kenalan, sudah pastilah ada kenalan kita yang memberitahu kita perihal alamat URL blogger yang menulis entri negatif itu, ataupun meng-forwardkan kepada kita surat-surat Yahoo-Group itu.

Demikian juga, antara hadirin ceramahnya ada kenalan kita, maka apa yang disebutkan dalam ceramah beliau disampaikan kepada kita sebab orang hendak tahu apakah benar perkara yang disebut dalam ceramah tersebut. 

Sebagai contoh kita menerima emel seperti ini:

Assalamualaikum Sifu.

Moga-moga sifu dalam keadaan sihat sejahtera dan diteguhkan iman.

Entri khutbah Sifu menarik perhatian saya kerana dalam ceramah menulis oleh seorang professional ustaz semalam ada perbezaan pendapat dalam hal ini.

Kata ustaz itu, "Ada satu penerbit itu membuat buku agama yang sangat mudah hinggakan dibuang footnote dan teks arab. Katanya untuk bacaan mat rempit. Mat rempit mana baca buku! Saya bertanya kepada penyunting di penerbit itu yang kebetulan juga merupakan rakan saya. Saya bertanya mengapa buku agama kamu tiada footnote dan teks arab? Dijawab oleh rakan saya itu, itu rahsia bisnes. Tapi beginilah, agar tulisan lebih laku!"

Seperkara lagi, ada disebut oleh ustaz itu tentang kes penulis PTS. Dikatakan bahawa penulis PTS itu tidak diberitahu tentang pembuangan footnote-footnote itu.

Sifu, adakah benar perkara ini? Memandangkan penceramah semalam adalah seorang yang berpengaruh, saya khuatir berita yang tidak manis ini sudah tersebar luas. Ambil perhatian bahawa PTS tidak pernah disebut secara langsung dalam ceramahnya.

Wassalam.

MFAA

Apa yang dikatakan oleh ustaz penceramah itu tidak benar.

Pertama, buku-buku agama PTS tidak menyertakan footnote dan teks Arab bukan kerana kita menerbitkan buku agama khusus "untuk bacaan Mat Rempit" sahaja, ataupun "agar tulisan lebih laku" tetapi disebabkan PTS adalah sebuah penerbit buku-buku agama Fasa Mekah, yakni buku-buku agama PTS adalah ditargetkan kepada pembaca yang tiada langsung pengetahuan agama, umpamanya untuk orang yang hendak masuk Islam.

Kedua, adalah tidak benar bahawa ada penulis PTS yang tidak tahu perubahan editing yang dilakukan oleh editor PTS kerana semua penulis PTS dikehendaki membaca sendiri pruf akhir bukunya. Jadi tidak mungkin mereka tidak tahu jika ada perubahan editing. Cara kerja PTS itu adalah demi menjamin hak moral pengarang dihormati.

Bukan itu sahaja, penulis PTS dikehendaki membaca pruf dahulu, kemudian barulah mereka menandatangani perjanjian penerbitan. Ertinya, meskipun sudah di-layout, jika semasa membaca pruf penulis terjumpa unsur-unsur yang penulis tidak setuju, dia masih berhak menarik balik bukunya. Ini tentulah merugikan PTS yang sudah mengeluarkan kos mengedit dan me-layout buku itu. Namun risiko itu tetap diambil oleh PTS demi menjaga kepercayaan penulis.

Dalam semua kes di mana nama PTS diburuk-burukkan oleh penulis yang bukunya ditolak, tidak seorang pun daripada mereka itu pernah menghadiri kursus penulisan PTS.

Buku mereka elok, sangat sesuai diterbitkan oleh penerbit lain seperti DBP ataupun penerbit universiti. Buku mereka itu bagus, cuma PTS mahukan buku untuk target yang amat spesifik. 

Manuskrip yang mereka hantar itu adalah jenis 'unsolicited' yakni tidak diminta oleh PTS. Mereka tulis sendiri dan hantar sendiri ke PTS. Itulah sebabnya apa yang mereka tulis tidak selaras dengan ciri-ciri buku yang PTS mahu. 

Bagi saudara yang hendak menerbitkan buku-buku ilmu, tentulah saudara terpaksa bekerja dengan penulis-penulis yang pandai dan berkelulusan tinggi. Apabila saudara menolak manuskrip yang ditulis orang pandai, risikonya amat tinggi, sebab orang pandai tidak pandai mengendalikan perasaan kecewa yang mereka alami apabila buku mereka ditolak penerbit. Ego mereka amat luka. Mereka tidak percaya buku mereka ditolak. Mereka menunjukkan tanda-tanda apa yang disebut tingkah laku denial-syndrome.

Apabila risiko begini berlaku, banyakkan bersabar. Kita perlu bersimpati dengan penulis itu, jangan ambil hati, dan maafkannya. Jaga hubungan baik, jangan sampai putus silaturrahim, sebab apabila kita memutuskan tali silaturrahim, hukumannya adalah rezeki kita dikurangkan, dan umur kita dipendekkan. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(5) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, January 18, 2008

Khutbah Jumaat PTS: Mengatasi Tembok Psikologi

Sebagai penulis dan penerbit buku-buku agama, kita mesti akui bahawa selama ini kita gagal menjual buku-buku agama yang ditulis oleh penulis Melayu kepada (i) sektor remaja, (ii) sektor berpendidikan moden-sekular, (iii) sektor bukan Islam, (iv) sektor saudara baru, dan (v) mereka yang Islam keturunan sahaja.

Kelima-lima golongan itu adalah golongan kritikal, ertinya mereka mesti dibantu memahami Islam, jika tidak, iman mereka adalah dalam keadaan bahaya. Tetapi nampaknya inilah golongan yang diabaikan oleh para penulis dan penerbit buku-buku agama tradisional.

Salah satu faktor yang menyebabkan sesuatu produk tidak dibeli orang adalah wujudnya kesan psychological-barrier, atau kesan tembok-psikologi, dalam minda bakal pembeli terhadap pakejing produk tersebut.

Bagi menerangkan fenomena tembok-psikologi, katakanlah seorang pakar kosmetik berjaya mencipta losen pelembut kulit muka yang diperbuat daripada susu kambing. Maka dia pun menggunakan gambar kambing pada botol losen itu. Kita dapat meramalkan reaksi kaum wanita pada gambar kambing pada botol losen susu kambing ciptaan pakar kosmetik itu, dan sama ada losen itu akan mereka beli ataupun tidak.

Pada masa ini buku-buku agama yang banyak dijual di kedai buku dan pasar malam adalah ditulis dan diterbitkan untuk dijual kepada golongan yang sudah sedia elok agamanya. Mereka membeli buku-buku itu kerana hendak memperelokkan lagi amalan agama mereka.

Lima golongan yang kita sebutkan di atas itu mempunyai tembok psikologi masing-masing yang menyebabkan mereka tidak tertarik hendak membeli, apatah lagi membaca, buku-buku agama yang banyak dalam pasaran sekarang. Tembok-tembok itu bukanlah terhadap isi kandungan buku, sebaliknya terhadap pakejing buku-buku itu.

Sebagai contoh, desain kulit buku-buku agama yang banyak dalam pasaran sekarang tidak diminati oleh citarasa remaja zaman ini. Bahasa yang digunakan pula sukar dibaca kerana berbau Bahasa Melayu gaya klasik, berbelit-belit dan amat kearab-araban strukturnya. Desain layout dalaman buku-buku itu menyebabkan teksnya sukar dibaca dan memenatkan mata. Malah judul buku-buku itu pun tidak menarik minat remaja.

Sudah sampai masanya, maka kita mengajak para penulis dan penerbit buku-buku agama, mari kita lakukan inovasi pada pakejing supaya buku-buku agama mempunyai appeal kepada 5 golongan yang sangat perlu didekati dan dibantu itu.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, January 11, 2008

Sifu Baca Buku Apa Sekarang

Tariq Ramadan adalah cucu sebelah ibu kepada al-Syahid Hassan al-Banna, pendiri pergerakan Ikhwan Muslimin.

Buku ini dibeli di Kinokuniya pada harga RM87.40.  Ini adalah buku terbaru Tariq. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Khutbah Jumaat: Inovasi bagi Mengatasi Mindset Petugas Kedai Buku Terhadap Buku “Islam”

Pada masa ini buku-buku profesional yang ditulis menggunakan perspektif Islam masih dilonggokkan di rak-rak buku agama Islam bersama-sama dengan buku-buku agama kovensional. Sebagai contoh buku falsafah yang bertajuk "Doktrin Kosmologi Islam" oleh Sayyed Hossein Nasr, ahli falsafah Islam abad ini, sepatutnya diletakkan di rak "philosophy" tetapi ia diletakkan di rak "agama".

Situasi begini menyebabkan buku-buku sekategori dengan buku "Doktrin Kosmologi Islam" itu tidak laku, kerana peminat buku falsafah tidak pergi ke rak "Islam", manakala ustaz-ustaz yang pergi ke rak "Islam" tidak membeli buku-buku falsafah.

Bagi mengatasi situasi ini, penulis dan penerbit perlu memahami faktor dan proses yang berlaku dalam kedai buku, yang menyebabkan buku-buku profesional Islam diletakkan di rak-rak seksyen "Islam", bukan di seksyen buku-buku profesional.

Faktor-faktor itu adalah:

(1) Bukan semua kakitangan kedai buku itu terdiri daripada orang Melayu. Ada Cina, ada India, ada Iban dan Kadazan, malah Bangla pun ada. Malah ramai yang tidak pandai membaca judul Melayu, sebab mereka pekerja asing.

(2) Di kalangan pekerja Melayu sekalipun, majoriti tidak tahu perbezaan antara buku yang berjudul "Panduan Solat" dengan buku "Sistem Kewangan Islam". Bagi mereka kedua-dua buku itu adalah buku agama Islam, jadi mesti diletakkan di rak yang sama.

(3) Kakitangan kedai buku yang ditugaskan meletakkan buku di rak-rak seksyen buku mempunyai beberapa mindset:

Mindset 1: Buku Islam tempatnya yang betul adalah di rak seksyen 'Islam' sahaja  -  tidak boleh diletakkan di rak buku profesional.

Mindset 2: Kalau hendak tahu buku Islam, tengok judul buku itu. Apabila ada perkataan 'Islam', ataupun 'al-Quran', ataupun 'hadith' ataupun 'Allah' ataupun 'Rasulullah', ataupun 'Nabi Muhammad', dan yang seumpamanya itu, maka itu adalah buku Islam. Jadi, terus letakkan buku itu di rak seksyen 'Islam'.

Mindset 3: Dalam buku Islam ada tulisan Arab. Jadi, terus letakkan apa jua buku yang ada tulisan Arab di dalamnya di rak seksyen 'Islam'.

Mindset 4: Kulit buku Islam menggunakan ikon-ikon Islamik, seperti kubah masjid, gambar Kaabah, tulisan Jawi, gambar lelaki berserban ataupun berkopiah, gambar perempuan bertudung, gambar orang berdoa, gambar unta, pokok kurma dan yang seumpamanya. Jadi letakkan buku itu di rak seksyen 'Islam'.

Mindset 5: Kulit buku Islam menggunakan hiasan motif Arabisch, yakni motif kearaban, dan menggunakan warna terang dan berkilat-kilat, warna emas ataupun perak. Jadi, asal sahaja buku itu ada iras-iras macam buku agama, letakkan di rak 'Islam'.

Kita mengajak rakan-rakan penulis dan penerbit buku supaya mencari idea-idea kreatif bagi mengatasi faktor-faktor yang menyebabkan buku-buku profesional Islam tidak dipamerkan di rak-rak buku profesional.

Supaya dakwah kita lebih berkesan, kita mesti membolehkan buku-buku profesional yang ditulis menggunakan perspektif Islam dipamerkan di rak-rak buku profesional yang dikunjungi oleh kelompok pembaca profesional, baik yang Islam, apatah lagi yang bukan Islam. Dengan demikian, kita berjaya menyampaikan mesej Islam dengan lebih berkesan.

Langkah pertama ke arah itu adalah dengan melakukan inovasi ke atas pakejing buku-buku profesional Islam. Dalam lain perkataan, 5 mindset di atas perlu diberi perhatian khusus apabila menulis dan menerbitkan buku-buku profesional yang menggunakan perspektif Islam.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, January 05, 2008

Terbaru dari Tuan Guru Hadi Awang

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, January 04, 2008

Surat Pilihan: Isu Pensyarah Muda dan Buku untuk Orang Muda

Assalamu’alaikum

Puan Sifu, saya suka apa yang Sifu tulis:

“Kita menulis bagi memandaikan bangsa. Kita bukan menulis untuk memandaikan rakan kita, ketua jabatan kita, dekan kita, ataupun pengarah kita.”

Tepat sekali. Pensyarah-pensyarah muda dan tua juga harus sedar, menulis itu berdasarkan sedikit ilmu yg ALLAH beri adalah untuk menyumbang kepada masyarakat. Bukan semata-mata untuk jadi ‘glamour’ di kalangan orang yang pakar dalam bidang yang diceburi. Yang lebih utama ialah ramai orang dapat manfaat daripada apa yang ditulis.

Sebelum ini saya juga rasa terperangkap dalam mind-set yang saya selaku seorang pensyarah hanya boleh menulis jurnal sahaja. Walau bagaimanapun, setelah saya baca sebuah buku baru-baru ini bertajuk ‘Value of Time’ ternyata ilmuwan Islam zaman dahulu kala sangat multi-disiplin. Mereka tulis apa yg mereka rasa mereka ingin tulis dan ingin sumbangkan. Iman mereka sangat kuat menyebabkan mereka sangat menghargai masa. Masa digunakan sepenuhnya untuk membaca dan menulis! Sehinggakan makanan mereka pun dicairkan untuk menjimatkan masa yang digunakan untuk makan! Subhanallah!

Bila difikir semula, banyak sumbangan mereka. Padahal pada zaman mereka, pada pendapat saya, mereka menulis bukan untuk mendapatkan duit, tetapi untuk menyumbang kepada masyarakat. Konsep ‘Iman dan Amal Soleh’ mereka tersemat kukuh di dalam hati-hati mereka.

Ketika saya menuntut ilmu di Manchester, seorang Professor membuatkan saya berfikir. Katanya zaman dahulu, penulis-penulis bukannya banyak kemudahan. Lampu pun tiada, tetapi mereka mampu menghasilkan karya-karya yang digunakan hingga ke hari ini.

‘How about you, Malaysian brothers and sisters?” tanya Professor Syeikh Salim. Semuanya ada, biasiswa, elaun buku dan alat tulis... terlalu panjang senarai nikmat dan kemudahan yang ada.

Apa pun yang ingin saya fokuskan ialah, NIAT kita menulis dan sejauh mana kita mampu mengatur masa kita untuk menulis. Alangkah seronoknya sekiranya tajuk yang kita tulis boleh memandaikan bangsa dan MENGUBAH hidup-hidup masyarakat ke arah yang lebih baik. Sesungguhnya Nabi Muhammad itu agent of change. Kita seharusnya mengikut sunnah tersebut. smile

Wassalamu’alaikum.

Noorminshah A.Iahad
Pensyarah Muda Baru Mengorak Langkah

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, January 02, 2008

Surat Pilihan: Didatangi Mubaligh Kristian yang Peramah dan Lembah Lembut

Puan Sifu,

Saya ingin memberi komen mengenai buku-buku agama yang diterbitkan oleh PTS. Saya juga bukan dari aliran agama formal dan saya suka membaca buku-buku berkaitan agama Islam untuk menambahkan pengetahuan saya sendiri. Sememangnya, kebanyakan buku-buku agama Islam yang ada - bahasanya agak sukar difahami oleh golongan seperti saya.

Bagi saya, niat PTS adalah murni - untuk menyebarkan ilmu tentang agama Islam dalam bahasa yang mudah difahami. Moga-moga dengan inisiatif PTS ini - usaha kita untuk menarik mereka yang bukan beragama Islam mempelajari tentang agama Islam ini akan membuahkan hasil yang positif.

Ketika saya di seberang laut, saya sering didatangi oleh mubaligh-mubaligh Kristian yang selalu menjemput saya untuk menghadiri perjumpaan gereja mereka. Apa yang menarik perhatian saya ialah cara mereka cuba menarik penuntut-penuntut antarabangsa untuk mendekati Kristian.

Bahasa yang digunakan amat lemah-lembut, perwatakan mereka yang begitu peramah dan cara mereka menyapa memang akan mencairkan sesiapa saja untuk datang. Walaupun saya menolak dengan cara yang baik - mereka tidak pernah menunjukkan perasaan tidak puas hati sebaliknya tetap mengekalkan aura positif mereka.

Memang ianya satu kejutan budaya bagi saya tapi ia membuatkan saya terfikir tentang sesuatu. Mengapakah pendakwah-pendakwah Islam tidak mengambil pendekatan positif yang sama? Mungkin ada segelintir yang melakukannya tetapi kebanyakannya lebih gemar menggunakan ayat-ayat atau perkataan-perkataan yang “keras” untuk “menghukum” mereka yang tidak mengikut landasan yang betul seperti yang disyariatkan oleh Islam.

Bukankah cara yang lebih lembut dan berdiplomasi itu lebih besar kesannya daripada cara agresif yang menggunakan ayat-ayat berbau “kekerasan”?

Islam itu sendiri menggalakkan penganut-penganutnya mengamalkan sikap lemah lembut dan menggunakan perkataan-perkataan yang sedap didengar. Kerana itulah sebenarnya fitrah manusia. Manusia lebih tertarik dengan perkara-perkara yang indah dilihat dan didengar.

Jika kita bersungguh-sungguh menggunakan segala ilmu / taktik yang kita pelajari dalam bidang pemasaran untuk menarik perhatian pengguna membeli barangan kita yang tidak ada kena mengena dengan agama, mengapa ilmu dan taktik yang sama kita tidak gunakan untuk menarik perhatian umat kita mendekati agama kita sendiri melalui pendekatan yang positif.

Wallahualam.

HIDAYATI KASUMA ABDUL HADI 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, January 01, 2008

Doa Supaya “PTS Masuk Neraka”

Ini bukan kali pertama kita menerima laporan bahawa ada golongan yang mendoakan supaya "PTS masuk neraka". Isu ini sudah berlaku semenjak 5 tahun yang lalu, yakni semenjak 2002, tetapi sehingga hari ini masih berterusan.

Mereka yang tidak setuju dengan dasar bahasa PTS pernah menghantar kritikan mereka ke akhbar, dan mengatakan PTS patut dilaporkan ke JAKIM supaya tindakan dikenakan ke atas PTS "kerana menghina Nabi Muhammad". Malah di sebuah daerah di Johor, fotokopi keratan akhbar itu ditampalkan di papan-papan notis masjid-masjid daerah itu.

Faktor yang menyebabkan timbul kemarahan di kalangan sesetengah pihak terhadap PTS adalah isu dasar editorial bahasa di jabatan editorial PTS, khususnya bagi buku-buku agama.

Bagi saudara yang belum membaca buku-buku agama PTS, dimaklumkan bahawa gaya bahasa buku-buku itu adalah berbeza sedikit daripada gaya bahasa buku-buku agama konvensional. Ini dilakukan kerana buku-buku agama PTS bukan ditargetkan bagi bacaan ustaz-ustaz, sebaliknya ia ditargetkan kepada 2 kelompok pembaca, iaitu:

(a) Golongan bukan Islam: Banyak orang bukan Islam berminat hendak mengetahui tentang agama Islam. Mereka langsung tidak mempunyai pengetahuan tentang agama Islam, dan

(b) Golongan Islam pada nama sahaja: Mereka adalah orang Islam, tetapi status agama Islam mereka adalah agama keturunan sahaja. Mereka tidak mempunyai pengetahuan agama, meskipun yang paling asas. Mereka tidak pandai sembahyang, tidak tahu mandi wajib, tidak pandai membaca Fatihah, dan yang seumpamanya.

Ciri-ciri utama 2 golongan di atas itu adalah:

(a) Mereka itu buta huruf Arab.

Faktor ini menyebabkan teks Quran dan hadis dalam buku-buku PTS hanya diberikan maknanya sahaja. Sebagai contoh, pembaca Cina dan India memang tidak tahu membaca tulisan Arab, oleh itu teks Arab tidak ada dalam buku-buku agama yang diterbitkan buat bacaan mereka.

(b) Mereka tidak faham perkataan-perkataan pinjaman daripada Arab.

Dalam Bahasa Melayu terdapat amat banyak perkataan pinjaman Arab yang dijadikan istilah agama dalam Bahasa Melayu, seperti solat, soleh, sohih, syirik, jahiliah, Rasulullah, fardu, sunat, dan beratus-ratus yang lain. Pembaca bukan Islam tidak tahu makna kata pinjaman itu. Dalam buku-buku PTS, perkataan-perkataan jenis ini digantikan dengan perkataan Melayu, supaya mereka faham.

(c) Mereka juga tidak faham sesetengah perkataan dan frasa Melayu yang digunakan sebagai istilah agama.

Bukan semua istilah agama dipinjam daripada bahasa Arab. Sesetengah istilah agama adalah perkataan Melayu, sebagai contoh mereka tidak faham makna menyekutukan Allah, mendustakan Allah, mensucikan Allah, membenarkan Rasulnya, meriwayatkan dan dari (contoh: Dari Abu Hurairah...)

Disebabkan buku-buku agama PTS ditargetkan kepada golongan bukan Islam yang tidak tahu makna istilah-istilah agama, maka PTS mengedit buku-buku agamanya supaya orang bukan Islam sekalipun faham isi buku yang dibacanya. 

Sebagai contoh, dalam buku-buku agama PTS, tidak dituliskan "SAW" selepas nama Nabi Muhammad, manakala perkataan bersabda dan berfirman digantikan dengan 'berkata'. Inilah antara ciri yang menyebabkan timbul kemarahan di kalangan agamawan tradisional yang menganggap dasar bahasa PTS itu menghina Nabi Muhammad dan Allah.

Nota 1: Pada halaman imprint semua buku agama PTS ada dicetak nota yang menganjurkan supaya pembaca Islam yang kebetulan membaca mana-mana buku PTS, supaya membaca selawat dan salam setiap kali selepas terjumpa nama Nabi Muhammad. Ini dilakukan atas nasihat panel penasihat hal-ehwal agama PTS yang memberitahu bahawa Sheikh al-Azhar melakukan itu pada buku beliau tentang Islam yang diterbitkan dalam bahasa Inggeris di London, khusus bagi menerangkan Islam kepada masyarakat Inggeris bukan Islam di negara itu. 

Nota 2: Gaya editorial PTS itu dipersetujui oleh ulama-ulama seperti Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Dato' Dr. Harun Din, dan Prof. Dr. Zulkifli Mohd. Yusuf, (bekas Dekan Fakulti Pengajian Islam Universiti Malaya) di mana buku-buku mereka sendiri pun diedit supaya orang bukan Islam dapat memahami isi kandungannya.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, December 31, 2007

Surat Pilihan: Tidak Sokong Letak “SAW”

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh, Puan Ainon.

Saya mencari sumber penulis (komen oleh Yussamir Yusof) yang mengambil jawapan daripada Syeikh Abdul Aziz bin Bazz. Kata penulis itu:

Menurut Syeikh Abdul Aziz bin Bazz, matan Mufti Am Arab Saudi, beliau berkata:

"Bahawa berselawat ke atas Nabi (SAW) merupakan perkara yang disyariatkan di dalam tashahud dalam solat, di dalam Khutbah, ucapan, doa, istighfar, selepas Azan, ketika masuk masjid, ketika keluar dari masjid, berzikir dengan berselawat di tempat-tempat lain, memastikan buku-buku ditulis namanya, atau pengarang, atau dalam risalah, artikel atau seumpamanya, dan disyariatkan menulis penuh sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah" (Majmu' Fataawa bin Baaz, (cetakan Dar al-Watan, 1416H) 1/445)

Saya meneliti daripada pelbagai sumber dan saya dapati jawapan Syeikh Abdul Aziz bin Bazz menjawabnya dengan huraian yang lebih panjang. Benar, beliau menekankan kepentingan berselawat dalam semua medium, tetapi isu yang dibangkitkan adalah bukan mesti meletakkan "S.A.W." sebaliknya beliau sendiri berpendapat meletakkan singkatan "S.A.W./ PBUH/ ص/ صلي/ صلعم" TIDAK DISYARIATKAN.

Bagi saya, penulis (Yussamir Yusof) tertinggal sambungan daripada pendapat Syeikh Abdul Aziz iaitu ولا ينبغي عند الكتابة الاقتصار في الصلاة والسلام على رسول الله صلى
 الله عليه وسلم على كلمة (ص) أو (صلعم)، وما أشبهها من الرموز التي قد يستعملها بعض الكتبة والمؤلفين، لما في ذلك من مخالفة أمر الله سبحانه وتعالى في كتابه العزيز بقوله: { صلوا عليه وسلموا تسليماً }

"Adalah tidak memadai semasa menulis selawat dan salam dengan kalimah (ص) atau (صلعم) dan sebagainya (termasuk "S.A.W." dan "PBUH"). Dan tidaklah simbol ini digunakan dalam sebahagian penulisan para penulis. Demikian, ia menyalahi dengan perintah Allah dalam al-Kitab yang agung (selawatlah ke atasnya (Rasulullah) dan salam ke atasnya). "
 
مع أنه لا يتم بها المقصود، وتنعدم الأفضلية الموجودة في كتابة (صلى الله عليه وسلم) كاملة، وقد لا ينتبه لها القارئ، أو لا يفهم المراد بها، علماً بأن الرمز لها قد كرهه أهل العلم وحذَّروا منه.

"Dengan singkatan ini ia tidak menyempurnakan maksud, menidakkan kelebihan menulis (selawat dan salam ke atasnya) dengan sempurna. Malah, ia TIDAK MEMBERI PERHATIAN oleh pembaca, atau tidak difahami maksud yang ada padanya. Ketahuilah, bahawasanya penggunaan singkatan ini dibenci oleh ilmuwan dan mereka mengelak daripada menggunakannya."

Sesungguhnya Ibnu Solah berkata dalam kitabnya 'Ulum Hadis' atau lebih dikenali dengan Muqaddimah Ibnu Solah, pada Bahagian Ke-25 daripada penulisan hadis dan cara-cara mendisiplinkan kitab dan membataskannya, beliau berkata:

Kesembilan: Hendaklah memelihara penulisan selawat dan salam ke atas Rasulullah semasa menyebut namanya. Tidak bosan mengulanginya semasa membacanya. Kerana ia adalah faedah yang penuntut hadis dan kitab-kitabnya bersungguh-sungguh segera mendapatkannya. Sesiapa yang lalai maka sesungguhnya dia diharamkan daripada mendapat keuntungan yang besar. Sesungguhnya kami melihat orang yang menjaganya dalam keadaan baik, mereka tidak menulisnya melainkan doa yang menetapkannya dan tidak ada perkataan yang merekodkannya. Justeru, tidak boleh membataskannya dengan rekod dan tidak boleh meringkaskan apa yang tercatat pada perkataan asal.

Allamah Sakhawi berkata dalam kitabnya 'Fathu Mughis fi Syarh Alfiatul Hadis' untuk penduduk Iraq dengan katanya, 'Jauhilah wahai penulis daripada meletakkan simbol!' bagi selawat dan salam, dalam penulisanmu dengan menulisnya dua huruf dan sebagainya. Maka ia menjadi ringkas daripada gambaran asalnya, dan biasanya membodohkan orang 'Ajam' (selain orang Arab), penuntut awam,  dengan menulis ringkasan selawat dan salam dengan (ص) , (صلعم), (termasuk "S.A.W." dan "PBUH"). Dengan demikian meringankan pahala dengan meringkaskan penulisan adalah khilaf aula (berlawanan dengan yang lebih utama).

Imam Suyuti (mudah-mudahan Allah merahmatinya) berkata dalam kitabnya,'Tadrib ar-Rawi fi Syarh Taqrib an-Nawawi' membenci ringkasan selawat dan salam dalam setiap tempat yang disyariat dalam sembahyang sebagaimana dalam Syarah Muslim dan lainnya dengan kenyataan Allah Taala, "Selawatlah ke atasnya dan salam selamat.' sehingga.... membenci simbol sepertinya.

Syeikh Abdul Aziz bin Bazz mewasiatkan kepada setiap muslim pembaca dan penulis supaya memakai yang lebih baik, yang dapat melipatgandakan ganjaran dan pahala, menjauhkan daripada yang membatalkannya dan mengurangkannya.

Kita memohon kepada Allah maha suci lagi maha besar supaya bersama dan meredai kita, sesungguhnya lagi maha mulia. Selawat dan salam ke atas Nabi kita Muhammad, keluarga dan para sahabatnya.

(Jawapan Syeikh Abdul Aziz bin Bazz boleh dibaca di http://islamway.com/?iw_s=Article&iw_a=view&article_id=475)

Sekian, Allah jua maha mengetahuinya.

AZMI

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Surat daripada Seorang Peminat Buku-buku Paderi Norman Vincent Peale

Puan Ainon,

Semoga puan sentiasa sihat sejahtera untuk terus memandaikan bangsa.

Saya merujuk kepada entri mengenai pengarang buku Kristian yang paling popular di kalangan pembaca Melayu.

Untuk pengetahuan puan, saya adalah seorang daripada Melayu Islam yang 'terjebak' menjadi pembaca buku 'The Power of Positive Thinking'  yang disebut di dalam entri puan.

Saya mula membaca buku ini ketika menuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sekitar 1980-an. Tetapi pembacaan saya terhadap buku ini tidak begitu serius ketika itu. Saya tidak 'khatam' buku berkenaan ketika itu.

Bagaimanapun selepas itu, ketika bertugas sebagai wartawan di akhbar Berita Harian, mungkin disebabkan tuntutan dan hambatan kerjaya, saya 'khatam' buku berkenaan. Malah saya mengulangi pembacaan buku itu setiap kali saya rasa ada keperluan berbuat demikian. Sehingga sekarang pun saya masih menyimpan dua 'inti' Bible karangan Norman Vincent Peale di perpustakaan mini di rumah, termasuk satu lagi bukunya, iaitu 'The Art of Living'.

Bagaimanapun, saya tidak 'mamai' sepanjang membaca buku berkenaan. Saya amat sedar bahawa saya sedang menelaah sebuah nukilan daripada khazanah pemikiran Kristian. Tetapi ketika itu, saya bertanya kepada diri sendiri: Di manakah dapat saya perolehi nukilan mengenai 'positive thinking' mengikut acuan Islam? Di mana? Ia mungkin hanya boleh diperolehi di dalam kitab tasawuf tua yang saya sendiri tidak dapat memahaminya.

Sebenarnya, Islam sudah ada segalanya. Dalam Islam sendiri sudah ada 'positive thinking', termasuk dalam ilmu tasawuf.

Malah jika peradaban Cina ada 'The Art of War', Islam juga sudah ada 'the art of war'. Tidak sedikit taktik dan strategi perang kuasa Islam zaman Rasulullah saw serta pemimpin zaman keagungan Islam, dapat dimanfaatkan sebagai 'the art of war' untuk diaplikasikan dalam kehidupan, termasuk dunia perniagaan. Malah jika diperhalusi, 'the art of war' dalam Islam jauh ebih 'licik' dan 'berkesan' berbanding 'The Art of War' yang dikenali dunia korporat sekarang.

Tetapi malangnya (saya ulangi: malangnya), ulama dan ilmuan Islam, termasuk pemerintah juga, tidak menonjolkan perkara ini secara meluas dan besar-besaran. Ia tidak dipromosikan dan diagendakan sebagai sesuatu yang penting oleh ulama, ilmuan dan uli amri.

Ulama, ilmuan dan uli amri hanya berminat menonjolkan soal fardu ain - solat, zakat dan haji. Solat hanya ditekankan soal rukun dan pergerakan fizikal, tetapi roh dan inti solat tidak begitu ditekankan sangat. Aspek 'ihsan' hampir tidak ditimbulkan langsung dalam mana-mana kuliah solat sedangkan 'ihsan' itulah sumber kekuatan individu dan umat Islam.

Lalu jadilah orang Islam teraba-raba mencari kekuatan dengan menjadikan bahan bacaan hasil nukilan musuh Islam sebagai rujukan.

Apa yang dibimbangi ialah apabila inti Bible seperti 'The Power of Positive Thinking' dibaca secara 'mamai' oleh individu Islam yang tidak cukup ilmu bantu, terutama remaja masa kini yang semakin nipis pengetahuan agama.

Semoga PTS mampu mengisi kekosongan dan keperluan terhadap bahan bacaan motivasi berasaskan tauhid Islam tulen. Terima kasih.

N. ZAKARIA

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Perang Urat Saraf: Inilah Pengarang Buku Kristian yang Paling Popular di Kalangan Pembaca Melayu

Norman Vincent Peale adalah orang yang mula-mula mencipta istilah "Positive Thinking". Beliau mengarang buku "The Power of Positive Thinking" (1952) yang menjadi buku motivasi paling berpengaruh (selepas Quran).

Buku itu sudah terjual lebih 20 juta naskhah, dan diterjemahkan ke dalam 41 bahasa-bahasa dunia, termasuk Bahasa Indonesia.

Sampai hari ini buku "The Power of Positive Thinking" adalah buku motivasi paling popular dan paling banyak terjual di Malaysia. Buku ini masih memegang rekod sebagai buku motivasi paling evergreen di semua kedai buku utama negara ini.

Dari kulit luar buku itu, sedikit pun tidak ada tanda-tanda buku ini adalah buku dakwah Kristian. Oleh sebab itu, sampai hari ini, banyak orang Melayu yang meminati buku-buku Inggeris membeli dan membaca buku ini.

Contoh ayat-ayat dari Bible yang diselitkan dalam bukunya: "Following is the affirmation which I gave him — "I can do all things through Christ which strengtheneth me." (Philippians 4:13) He was unfamiliar with these words so I wrote them on a card and had him read them over three times aloud."

Justeru, orang Melayu tidak perlu membaca Bible. Dengan membaca buku "The Power of Positive Thinking" karangan paderi ini, dia sudah membaca Bible.

Kita mengajak penerbit buku-buku agama Islam supaya melakukan inovasi dengan menggunakan cara-cara perang urat saraf yang amat halus bagi menyampaikan buku-buku ajaran Islam supaya dibeli dan dibaca oleh orang-orang bukan Islam. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(8) Diskusi Kuliah | Permalink

Surat Pilihan: Lagi Isu 3 Abjad Ciptaan Bangsa Romawi ‘S’ ‘A’ dan ‘W

Assalamualaikum wm wb.
Puan Ainon yang dikasihi,
Semuga diberkati Allah sentiasa.
 
Maaf sekiranya tulisan ini mengganggu puan. Saya ingin juga meluahkan rasa tidak senang setiap kali saya menulis nama Nabi Muhammad (s.a.w) yang tidak sertakan dengan tulisan (s.a.w). Saya rasa saya telah melakukan penganaiayaan pada diri saya sendiri juga kepada pembaca kerana sebagai umat Islam matlamat kita untuk mendapat keredaan Allah. Satu daripada caranya ialah dengan berselawat ke atas Nabi MUhammad s.a.w. setiap kali mendengar dan menyebut nama beliau. Sekali kita berselawat ke atas Nabi s.a.w, Allah akan berselawat atas kita 10 kali.
 
Semasa hari kiamat tidak ada apa yang kita harapkan melainkan syafaat Nabi s.a.w..... jadi seandainya kita tidak sama-sama mengajak orang berselawat ke atas Nabi s.a.w mana kita hendak letak muka kita semasa di hadapan Allah nanti.
 
Sebenarnya telah lama saya berfikir kerana saya ada menulis buku-puku PTS Islamika (belum terbit lagi), dan ingin mencadangkan seandainya pihak PTS tidak hendak menggunakan s.a.w, mungkin ada singkatan terjemahan yang boleh kita gunakan seperti kesejahteraan dan keselamatan ke atas Nabi (SSN) atau (S) sahaja. Mungkin kita boleh juga guna keRahmat dan keSejahtera atas Nabi (RSN). Saya penah membaca beberapa buku-buku Inggeris yang menulis (pbuh) dan (S) bagi mengajak pembaca sama-sama berselawat ke atas Nabi s.a.w.
 
Selari dengan matlamat PTS bagi Memandaikan Bangsa, saya berpendapat bahawa ini adalah satu cara bagi memperkenalkan cara memberi penghormatan kepada Nabi Muhammad (S) walaupaun buku itu ditujukan untuk bukan Islam, dummy atau kanak-kanak. Dengan sendirinya rasa cinta kepada Nabi akan tersemai di hati masing-masing dan yang penting Allah lebih sayang kepada kita. Muga usaha kita mendapat keberkatan Allah, Amin.
 
Maaf sekali lagi. Semuga Allah ampunkan dosa kita semua.
 
ROHAYATI

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(6) Diskusi Kuliah | Permalink

Satu Lagi Hadis yang Relevan Sebagai Panduan Apabila Menyampaikan Mesej Islam kepada Bukan Islam

Dalam koleksi hadis-hadis autentik dan autoritatif yang disusun oleh Imam Muslim, ada sebuah hadis di mana Tsauban melaporkan, katanya, “Saya pernah berdiri di tepi Nabi Muhammad.

Kemudian datang seorang paderi Yahudi ke hadapan beliau sambil berkata, 'Asalamualaika, wahai Muhammad.'

Kata Tsauban, “Saya tolak paderi Yahudi itu kuat-kuat sehingga dia hampir jatuh.

Kata paderi Yahudi itu kepada saya, 'Mengapa kamu tolak saya?'

Saya jawab, 'Mengapa kamu tidak mengatakan Wahai Rasulullah?'

Paderi Yahudi itu menjawab, 'Saya menyebut namanya sebagaimana yang diberikan oleh keluarganya.'

Kemudian Nabi Muhammad berkata, 'Sesungguhnya, keluarga saya telah memberi saya nama Muhammad.'"

.......................... 

Nota 1: Hadis ini mengandungi ibrah-ibrah atau prinsip-prinsip, yang relevan apabila kita menuliskan bahan-bahan yang akan dibaca oleh target yang belum yakin bahawa Nabi Muhammad itu adalah seorang Utusan Allah.

Nota 2: Sambungan hadis ini selengkapnya adalah seperti berikut:

Kata Tsauban lagi, “Kemudian Paderi Yahudi itu berkata, 'Saya datang sebab mahu bertanyakan suatu perkara kepada tuan.' Jawab Nabi Muhammad, 'Apakah ada kebaikannya apabila saya terangkan kepada saudara?' Jawab paderi Yahudi itu, 'Saya akan memikirkannya dengan menggunakan kedua-dua telinga saya ini.'”

Kata Tsauban lagi, “Nabi Muhammad mengetuk-ngetukkan tongkat yang dipegangnya lalu berkata, 'Silalah tanya!' Paderi Yahudi itu pun bertanya, 'Di manakah manusia berada pada masa bumi dan langit digantikan dengan bumi dan langit lain?' Jawab Nabi Muhammad, 'Manusia berada dalam kegelapan di bawah sebuah jambatan.' Paderi Yahudi itu bertanya lagi, 'Siapakah yang mula-mula melintasi jambatan itu?' Jawab Nabi Muhammad, 'Orang-orang yang menjadi miskin kerana ikut saya berpindah dari Mekah ke Madinah.'”

Kata Tsauban lagi, “Paderi itu bertanya lagi, 'Apakah makanan yang mula-mula mereka makan semasa masuk syurga?' Jawab Nabi Muhammad, 'Hati ikan paus.' Paderi itu bertanya lagi, 'Selepas itu, apakah makanan mereka?' Jawab Nabi Muhammad, 'Mereka disembelihkan seladang syurga, yang biasanya mula dimakan dari bahagian pinggangnya.' Paderi itu bertanya lagi, 'Apakah minuman mereka?' Jawab Nabi Muhammad, 'Air dari mata air syurga yang dinamakan Salsabil.' Kata paderi Yahudi itu, 'Tuan berkata benar.'

Kata Tsauban lagi, “Kemudian paderi Yahudi itu berkata, 'Saya juga datang sebab hendak bertanyakan kepada tuan suatu perkara yang tidak seorang pun penduduk bumi tahu, kecuali nabi, ataupun seorang ataupun dua orang lelaki sahaja yang tahu.' Jawab Nabi Muhammad, 'Apakah ada kebaikannya apabila saya terangkan kepada saudara?' Jawab paderi Yahudi itu, 'Saya akan memikirkannya dengan menggunakan kedua-dua telinga saya ini.'”

Kata Tsauban lagi, “Paderi Yahudi itupun berkata, 'Saya datang mahu bertanya kepada tuan perihal anak.' Jawab Nabi Muhammad, 'Air mani lelaki berwarna putih, manakala air mani perempuan berwarna kuning. Apabila air mani lelaki dan perempuan bertemu, jika air mani lelaki yang menang, dengan izin Allah, ia menghasilkan bayi lelaki. Apabila air mani perempuan yang menang, dengan izin Allah, ia menghasilkan bayi perempuan. Kata paderi Yahudi itu, 'Tuan benar. Benarlah, tuan benar-benar seorang nabi.'”

Kata Tsauban lagi, “Selepas Paderi Yahudi itu pergi, Nabi Muhammad berkata, 'Orang itu bertanyakan kepada saya perkara yang saya tidak tahu mengenainya, sehinggalah Allah menerangkannya kepada saya.'” (Rujuk Kitab Sahih Muslim Bab 8: hadis nombor 173 & 174)

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Mualaf Tulis Buku untuk Mualaf

Baca di sini

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, December 29, 2007

Travelog Haji Masuk ASTRO

Baca blog Prof. Kamil di sini.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, December 28, 2007

Surat Pilihan: Tawaran Poligamist

Assalaamualaikum Puan,
 
Nama saya Rusli Alias dan saya sangat tertarik dengan apa yang dibincangkan dalam diskusi kuliah "Poligami: Ada-ada sahaja" di website PTS kelolaan puan.
 
Untuk makluman puan, saya adalah seorang poligamis dengan dua orang isteri. Di satu ketika dahulu saya juga turut mencari bahan-bahan yang boleh saya baca mengenai poligami sebagai panduan untuk diri saya sendiri. Namun, saya dapati bahan-bahan bacaan yang berkaitan begitu sukar didapati di pasaran. Dalam masa yang sama juga, saya sangat yakin bahawa poligami tidak sedikitpun mendatangkan sebarang mudharat kepada sesiapa sekalipun, baik kepada suami, isteri-isteri atau anak-anak jika ia dilaksanakan dengan adil dan betul. Malangnya, poligami ini terlalu sangat dikaitkan dengan kehuru-haraan rumahtangga, dan yang peliknya, yang membuat kaitan sedemikian ialah orang-orang yang tidak pernah terlibat dengan poligami. Sesungguhnya, masyarakat kita dari dahulu hingga sekarang sentiasa ditakut-takutkan oleh orang-orang kita sendiri, dengan satu keharusan Ilahi yang tidak sedikitpun memudharatkan sesiapa.
 
Di awal tahun ini, saya memutuskan untuk menulis sendiri buku yang berkaitan. Alhamdulillah, akhirnya saya berjaya menghasilkan buku itu dengan tajuk "POLIGAMI: MENGAPA GEGER" dan telah mula dipasarkan di sekitar Kuala Lumpur dan Kota Bharu dalam bulan Ogos yang lalu. Namun, saya tidak berkesempatan untuk membuat ikhtiar yang khusus untuk memasarkan buku itu kerana saya sendiri bekerja. Buku itu diterbitkan oleh saya sendiri tanpa sebarang penglibatan orang lain. Saya juga telah menyediakan website www.lamanpoligami.com untuk memberi peluang kepada sesiapa sahaja untuk memesan atau memberikan komen mengenainya.
 
Berdasarkan kepada soalan-soalan yang diajukan kepada saya oleh kawan-kawan serta orang-orang yang mengenali saya, saya mempunyai kepercayaan yang kuat bahawa persepsi orang-orang kita mengenai poligami adalah agak jauh dari yang sebenarnya. Bukanlah pula saya ingin mengatakan bahawa saya tahu segalanya, namun banyak pendapat-pendapat dari orang-orang yang tidak terlibat dengan poligami ini menunjukkan betapa bersalahannya kefahaman mereka tentang kehidupan, hati, perasaan dan emosi orang-orang yang berpoligami.
 
Saya rasa, dengan apa yang telah saya lalui setelah berpoligami semenjak tiga tahun yang lalu, saya boleh memberi sumbangan dalam ikhtiar kita untuk memberikan kefahaman yang lebih tepat mengenai poligami kepada masyarakat. Saya menulis email ini kepada puan dengan harapan kalau-kalau ada sebarang ruang yang puan boleh berikan kepada saya untuk menyampaikan sumbangan itu.
 
Sekian, wassalaam.
 
RUSLI ALIAS,
Kuala Lumpur

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Ada-ada sahaja: Kisah gerabak LRT kosong

Dalam bengkel surah Yusuf lalu, Sifu menerangkan fenomena "risiko sosial" dan kaitannya dengan buku-buku agama.

Bagi menjelaskan konsep "risiko sosial" saya bercerita tentang mengapa orang tidak berani membaca buku agama yang bertajuk "PANDUAN BERTAUBAT" di dalam LRT, biarpun dia seorang ustaz.

Terdengar suara salah seorang peserta lelaki berkata, "Boleh membuat gerabak yang penuh menjadi kosong, puan!"

Kata-kata itu mencetuskan hilai ketawa daripada semua peserta.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, December 25, 2007

Buku Ini Dilesen Jakarta dan Dipesan 1092 Naskhah oleh PNM

"Mengkagumkan! Buku ini mengupas secara komprehensif bukti-bukti sains yang membenarkan kandungan Quran dan mampu meningkatkan lagi keimanan seseorang apabila membaca dan memahaminya. Pelbagai aspek seperti penciptaan alam, kejadian manusia, pemakanan, matlamat hidup dan sebagainya diolah dengan begitu menarik sekali. Ia adalah buku yang mesti berada dalam simpanan kita dan boleh dijadikan hujah bagi menegakkan kebenaran berdasarkan fakta dan wahyu. Syabas!"

Dr. Tengku Asmadi Tengku Mohamad, Ph.D.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, December 20, 2007

Buku Ini Dipesan 1092 Naskhah oleh PNM

Hendak dijadikan cerita, pegawai PNM menelefon pengarang buku ini bagi menyampaikan berita baik itu, dengan tidak mengetahui beliau kini berada di Durham, UK, kerana melanjutkan pelajaran di sana.

Sewaktu telefon berbunyi, beliau sedang tidur nyenyak, maklumlah jam 3 pagi musim sejuk! 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, December 18, 2007

Surat Pilihan: Warkah dari Mesir

Assalamualaikum…

Perkembangan buku di Mesir memang begitu cepat sekali. Keberadaan Al-Azhar yang mendidik ratusan ribu pelajar dari pelbagai penjuru dunia secara tidak langsung menjadi faktor utama perkembangan ini. Tambahan pula, ulama-ulama dari pelbagai mazhab fiqih dan ulama dari pelbagai manhaj (salaf, khalaf, sufi) sebahagian besarnya berada di Mesir. Maka, penerbitan buku disini sangat pesat. Disamping buku yang diterbitkan oleh syarikat-syarikat besar yang mendapat perhatian penerbit-penerbit luar, terdapat banyak juga buku-buku yang sangat berkualiti namun kurang terkenal kerana penerbitnya berskala kecil.

Alangkah baiknya jika adanya sebuah gerakan menterjemah secara teratur dilaksanakan sehingga memberi manfaat kepada masyarakat muslim di Malaysia.

Antara penyebab mengapa orang Malaysia tidak melakukan terjemahan:

1. Tidak ada keyakinan bahwa usaha mereka akan berbaloi. Tidak sedikit yang mencuba tetapi kerana sulitnya birokrasi menyebabkan banyak usaha yang gagal.

2. Kurangnya minat yang ditunjukkan oleh penerbit-penerbit Malaysia dalam mencapai matlamat ini. Berbeza dengan penerbit indonesia yang bersungguh-sungguh menunjukkan minat dengan menanamkan modal besar ke arah ini.

3. Pelajar-pelajar Malaysia mendapat bantuan zakat dan pinjaman yang membuatkan mereka tidak tertarik dengan gaji kecil menterjemah.

Walaupun demikian, kita juga melihat bahwa ia merupakan sebuah kerugian jika peluang ini tidak dimanfaatkan. Pelajar Malaysia di Mesir saat ini hampir menceceah 8000 orang. Jadual belajar di Mesir juga memang sangat memungkinkan untuk usaha menterjemah dilakukan.

Seandainya pihak penerbit benar-benar bersungguh-sungguh untuk menterjemah buku-buku Arab maka saya cadangkan agar pendedahan mengenai penterjemahan disampaikan kepada para pelajar yang ada di sini. Tentunya, penerbit mungkin perlu membuat bengkel-bengkel pelatihan yang akhirnya dapat dibentuk sebuah tim penterjemah berpejabat di Mesir di bawah naungan syarikat penerbit tersebut.

Abdul Shahiid
Nasr City, Cairo Mesir

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, December 16, 2007

Buku Ini Sudah Masuk Cetakan Ke-4

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, December 10, 2007

Buku Agama: Satu Judul, 2 Versi

Kita menerima cadangan supaya buku-buku agama PTS diterbitkan dalam 2 edisi. Satu edisi diterbitkan dengan teks Arabnya, manakala satu lagi edisi diterbitkan tanpa teks Arabnya.

Jadi, mengikut cadangan itu, buku-buku Tuan Guru Abdul Hadi Awang patut semuanya diterbitkan dalam 2 edisi. 

Cadangan ini dapat dilaksanakan dalam keadaan:

(1) PTS mempunyai cukup wang bagi membiayai percetakan 2 edisi bagi buku yang sama. 

Jika tidak, pengarang-pengarang lain akan mengeluh dan marah-marah disebabkan wang yang sepatutnya digunakan bagi mencetak buku mereka kini digunakan untuk mencetak judul-judul Tuan Guru. 

Ataupun wang itu dapat digunakan bagi mencetak buku terbaru Tuan Guru Hadi Awang yang masih belum dicetak.

(2) Judul yang serupa, tetapi yang satu lebih tebal disebabkan ada tambahan teks Arab, terpaksa dijual dengan harga berlainan. Ini mewajibkan pertukaran ISBN dan CIP.

Ini mengelirukan ejen-ejen PTS apabila mereka hendak membuat pesanan, mengapa judul yang sama menggunakan ISBN yang berlainan, dan dijual dengan harga berlainan. Banyak pula soal-jawabnya dengan pegawai-pegawai di jabatan pemasaran. 

(3) Adakah kedai-kedai buku sanggup mempamerkan kedua-dua versi serentak?

Banyak orang menyangka, semua buku yang dicetak akan dapat dihantar ke kedai buku. Tidak! Buku yang dicetak belum tentu dipesan oleh kedai buku. Justeru, jika buku Tuan Guru Hadi Awang diterbitkan dalam 2 edisi, kedai-kedai buku belum tentu mahu memesan kedua-dua edisi itu.

Banyak judul PTS, khususnya buku akademik bagi kegunaan pelajar IPT yang diterbitkan oleh PTS Professional, tidak dapat dibeli dalam kedai-kedai buku MPH, POPULAR, KINOKUNIYA dan lain-lain sebab kedai-kedai itu tidak mahu memesan judul-judul tersebut. Buku-buku itu hanya dapat dibeli di kedai buku koperasi universiti.

Ruang dalam kedai buku adalah terhad. Daripada mempamerkan dua buku yang sama, lebih baik ruang itu digunakan bagi mempamerkan buku lain, yang lebih laku dijual, sebab pembeli buku tidak membeli kedua-dua edisi buku Tuan Guru Hadi Awang.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, December 07, 2007

Peminat Abdul Hadi Awang Tidak Puas Hati

Sifu menerima emel daripada seorang peminat buku-buku karangan Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Beliau memberitahu perasaan tidak puas hatinya apabila buku seperti Islam dan Demokrasi tidak mengandung ayat-ayat petikan dari Quran di dalamnya.

Menurut beliau, mahu tidak mahu PTS mesti akui bahawa buku-buku agama dibeli oleh orang-orang agama. Oleh sebab itu amat penting buku-buku agama mengandungi teks Arab di dalamnya, baik teks itu ayat Quran mahupun ayat hadis.

Jika faktor ayat teks Arab tidak diambil kira, hal itu boleh menurunkan jualan buku-buku Tuan Guru itu kerana orang agama mahu supaya buku agama mengandungi teks Arab, begitulah pendapat beliau.  

Di sini, Sifu terangkan sekali lagi bahawa buku-buku agama terbitan PTS tidak ditargetkan kepada pembaca yang sudah fasih dalam hal-ehwal agama.  PTS menerbitkan buku-buku agama yang ditujukan kepada pembaca yang tidak mempunyai pengetahuan agama Islam. 

Dalam satu peristiwa, seorang pegawai PTS yang kebetulan sedang bertugas memeriksa buku-buku PTS di dalam salah sebuah outlet MPH ternampak seorang gadis cantik, memakai jeans dan T-shirt moden sahaja, membeli buku Biografi Muhammad bin Abdullah.

Beberapa waktu kemudian, apabila pegawai PTS pergi ke tandas, beliau terserempak gadis yang sama keluar dari pintu tandas perempuan. 

Jika dalam buku  Biografi Muhammad bin Abdullah  itu terdapat teks ayat-ayat Quran di dalamnya, tentulah keadaan itu tidak menyedapkan hati kita yang tahu hukum membawa masuk ayat-ayat Quran ke dalam tandas.

Disebabkan buku-buku agama PTS ditargetkan kepada golongan pembeli seperti gadis cantik itu, maka itulah sebabnya dalam dasar editorial PTS, ayat-ayat suci tidak dicetak di dalam buku-buku itu kerana golongan itu tidak tahu bahawa ayat-ayat Quran tidak boleh dibawa masuk ke dalam tandas.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(6) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, December 03, 2007

Surat Pilihan: Buku untuk Saudara Baru

Dear Editor,
 
Thank you for your email. I wrote to share my experiences in the hope that others would know some common problems faced by new converts in our beloved country. It is also as a gift to my dear husband whom I have just married and has little idea of the life I had lead before we were joined in marriage.
 
I am familiar with PTS publications. While I don't have many books about Islam by PTS (you don't seem to have many) , I do have some for my educational studies. Other than Dr. Kamil's I have read Nuraisyah's, Tip2 poligami and Dr.Danial's Islam.
 
I would like to see books that could help us explain to other non-Muslims why we choose Islam as our religion, something like Q&A that even some born Muslims find so difficult to answer. Like why must wear tudung, why ban pork, why cant touch dog, why must pray 5 times, can attend non-muslim funeral or not, why islam fighters, why polygamy, can do this or not, why? It would also help us and other muslims to do our part in dakwah without having to spend precious time searching for the best answers from the quran.
 
We have enough of books about fardu ain and fikah that people seem to think are the most important things we mualafs should learn in order to be good Muslims, but actually contain so many words and so academic that we tire of reading them. Like you said,we need abridged versions.
 
I would like see a welcome book for any person interested in Islam and who is on the tresshold of going ahead and turning back. They need to know the challenges that they may face, where to get help and how to proceed, and what to expect when they are Muslims. While perkim and Jakim may help and should have such a book, not everyone has the courage and ability to go there (I have never entered their buildings myself). Maybe it sounds too dificult but there are many among us who do not know what to do and who to ask for information. Perhaps by having such book, a friend can give it as a gift to a non-Muslim as encouragement to enter Islam.
 
May Allah shower us with his blessings and guide us the right path, amiin.
 
Wassalam, 
Nur Aliya Yeoh bt Abdullah.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(4) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, December 01, 2007

Buku-buku Khusus untuk Penggemar Aa Gym di Malaysia

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, November 30, 2007

Khutbah Jumaat PTS: Mengubah Imej Tuhan Islam yang Punitif

Adakah Tuhan orang-orang Islam itu Tuhan yang punitif, manakala Tuhan orang-orang Kristian itu Tuhan yang penuh kasih-sayang?

Istilah "punitif" bermakna "suka menghukum dengan keras".

Memang ada betulnya bahawa Tuhan orang-orang Islam itu dipersepsi sebagai tuhan yang amat punitif, yakni bukan sebagai tuhan yang pengasih dan pengampun. Persepsi negatif ini tercipta oleh banyak faktor, dan tentu sekali faktor-faktor itu adalah berpunca daripada cara-cara yang digunakan oleh orang Islam sendiri apabila bercakap tentang agama, tuhan, dosa, siksa, neraka dan topik-topik seperti itu.

Dalam Quran, Allah tidak menggambarkan dirinya sebagai tuhan yang lebih punitif daripada tuhan yang pengasih. Demikian pula dalam hadis-hadis Nabi Muhammad, beliau lebih banyak menggambarkan bahawa Tuhan orang Islam adalah maha pengasih.

Sesungguhnya Tuhan orang Islam itu lebih pengasih, lebih pengampun, bukan lebih punitif. Sehinggakan, orang yang sudah membunuh 100 orang sekalipun, hanya disebabkan semasa dia mati dia sudah mahu berubah daripada hidup bergelumang dosa kepada hidup yang baik, maka Allah masukkan dia ke dalam syurga.  

Sudah sampailah masanya penulis dan penerbit buku-buku agama menghasilkan buku-buku yang mencetuskan persepsi bahawa Tuhan orang Islam itu amat pengasih lagi amat pengampun. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, November 27, 2007

Catatan Bengkel Penulisan Buku Hantu Islami

Bagi mendapatkan perkara-perkara penting yang diputuskan dalam bengkel buku hantu Sabtu lalu, klik blog Zamri Mohamed.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Apabila Buku Meletup: Nota untuk Prof. Dr. Muhd. Kamil Ibrahim

Selepas tamat acara "Bicara Buku" di Alpha Angle Ahad lalu, seperti biasanya, Sifu minum petang dengan penulis yang diraikan, beserta semua anggota keluarga penulis yang ikut hadir. Sambil minum sambil berbual-bual, sambil menikmati perasaan seronok hasil titik peluh menulis buku dan menyampaikan ceramah. 

Pada petang berbahagia itu, semasa minum-minum itu Prof. Dr. Muhd. Kamil Ibrahim, profesor perakaunan di UiTM, memberitahu kami semua yang duduk semeja dengan beliau bahawa beliau mengalami suatu perkara yang tidak pernah terlintas dalam fikiran beliau, akibat  buku "Travelog Haji" dibaca oleh banyak orang. 

Menurut beliau, ada kawan-kawan dan orang yang membaca buku itu menelefon dan bersungguh-sungguh "minta doa" daripada beliau. Apa yang beliau alami itu memang suatu perkara baru bagi pengetahuan Sifu. Penulis-penulis lain menceritakan bahawa mereka mengalami perkara-perkara lain. 

Iktibar daripada pengalaman beliau itu adalah: Buku yang berkualiti serta berguna kepada pembaca, akan mencipta logiknya sendiri  -  logik yang tidak disangka-sangka oleh penulisnya akan berlaku.

Disebabkan buku "Travelog Haji" itu ditulis dengan gaya yang mengesankan, pembaca menjadi yakin bahawa penulisnya adalah seorang yang hajinya mabrur, orangnya solih, doa-doanya makbul. Maka, amat logiklah, apabila ada orang-orang yang amat terkesan sesudah membaca buku itu kemudian meminta penulis mendoakan mereka.

Demikianlah salah satu implikasi daripada aktiviti menulis buku yang berkualiti. Pembaca mempunyai pengharapan bahawa antara penulis dengan buku yang ditulisnya adalah serupa, saling tak tumpah. Jika tema bukunya adalah bagaimana mencari duit dengan menulis buku, maka mereka percaya sang penulis banyak membuat duit dengan menulis buku. Jika tema bukunya adalah bagaimana hidup bahagia dengan berpoligami, maka pembacanya yakin sang penulis mengamalkan apa yang ditulisnya.

Bagi sang penulis "Travelog Haji", beliau tidak boleh melakukan sesuatu yang tidak selari dengan pengharapan para pembaca bukunya itu, meskipun apa yang dilakukannya itu bukan perkara yang dilarang agama.

Bagi penulis, pengharapan pembaca menjadi beban yang dipikulnya seumur hidup. Dia tidak boleh mengecewakan pembacanya.

Penulis buku bertajuk "Kaya dengan Rumah" terpaksa membuktikan apa yang ditulisnya itu beliau sudah berjaya lakukan, dan akan terus berjaya dilakukannya.

Penulis buku "Disayang Suami Sampai Mati" mesti membuktikan bahawa suaminya tidak akan pernah ada 'affair' sehinggalah selepas dia (si penulis itu) mati!

Beginilah hukuman, yang kita sebagai kaum penulis buat sendiri ke atas diri kita, dengan menghasilkan karya yang sangat mengesankan.

Nota: Foto dari blog Firdaus Ariff

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, November 25, 2007

Akan Terbit! Terbaru dari Tuan Guru

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, November 23, 2007

Sudah Diulangcetak

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Khutbah Jumaat PTS: Masukilah Pasaran Sektor Sastera Agama Kanak-kanak

Semasa Abdullah bin Umar berumur 7 tahun, Nabi Muhammad sudah mengajarkan kepadanya supaya jangan sekali-kali meminta pertolongan daripada sesiapa pun, kecuali daripada Allah. Berdasarkan apa yang dilakukan oleh Nabi Muhammad itu, kanak-kanak wajib diajarkan prinsip tauhid seperti itu seawal usia 7 tahun.

Sunnah Nabi Miuhammad itu meletakkan tanggungjawab yang besar kepada penulis dan penerbit supaya menyampaikan prinsip-prinsip kepercayaan Islam kepada kanak-kanak dan menyematkan prinsip-prinsip itu ke dalam benak dan sanubari mereka. 

Sektor buku agama adalah sektor paling besar di mana-mana negara sekalipun, dan dalam apa jua bahasa sekalipun, waima di negara-negara yang amat sekular.

Di semua kedai buku besar di Amerika dan di Eropah,  bahagian buku kanak-kanak dan remaja yang terang-terangan mengandungi mesej agama Kristian adalah besar. Terdapat beratus-ratus judul buku agama yang cantik-cantik, semuanya untuk bacaan kanak-kanak dan remaja awal.

Di negara ini, sektor buku agama adalah paling besar pasarannya. Tetapi buku-buku yang ada dalam kedai-kedai buku ditulis bagi bacaan dewasa. Buku-buku agama untuk kanak-kanak diterbitkan oleh penerbit buku-buku set khusus untuk dijual secara langsung ke pusat sumber sekolah, dan untuk dimasukkan dalam kontrak pembelian Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) dengan harga mahal, oleh itu tidak dapat dibeli di kedai.

Permintaan bagi buku agama oleh ibu bapa adalah amat besar. Majoriti ibu bapa golongan kelas menengah di bandar-bandar besar mahukan anak-anak mereka membaca buku-buku yang bernilai murni, termasuk buku-buku agama.

Sektor buku agama khusus untuk kanak-kanak dan remaja awal adalah kawasan Laut Biru dalam industri buku Melayu. Kita mengajak lebih banyak pelabur menceburi industri penerbitan buku, dan masukilah sektor Laut Biru ini.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, November 15, 2007

Berita Terbaru! 4 Buku PTS ISLAMIKA Dilesen oleh GRAMEDIA Jakarta

Buku-buku ini dilesen oleh Gramedia Pustaka Utama, anak syarikat kumpulan Gramedia.

PT Gramedia adalah syarikat penerbit terbesar di Indonesia.

Buat pertama kali PTS berjaya mendapatkan keyakinan penerbit gergasi itu akan kualiti buku-buku PTS. 

Syukur kepada Tuhan yang maha membantu usaha kita melebarkan pasaran buku-buku PTS. 

Bahawa Gramedia mula mengiktiraf kualiti produk-produk PTS adalah suatu keberuntungan yang amat bermakna dari sudut marketing.

PT Gramedia memiliki rangkaian supermarket buku yang paling besar dan paling banyak cawangannya di seluruh Indonesia, iaitu lebih 150 buah outlet. Ini bererti buku-buku PTS yang dilesen oleh Gramedia akan dijual di seluruh Indonesia. 

Gramedia bukan hanya penerbit buku terbesar, ia adalah juga penerbit majalah yang terbesar, dan penerbit akhbar yang terbesar di negara itu.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(7) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, November 08, 2007

Buku Agama

PTS akan terus menerbitkan buku-buku agama yang ditampilkan dengan wajah yang mesra kepada orang biasa-biasa dan orang yang tidak kuat pegangan agamanya.

Buku-buku agama konvensional menggunakan desain kulit buku yang menggerunkan kepada mereka yang berpendidikan sekular dan moden. 

Salah satu punca buku agama tidak dibaca orang di tempat-tempat awam adalah disebabkan desain kulit yang menggunakan ikon-ikon nampak terlalu keagamaan, seperti tulisan Arab, gambar masjid, warna hijau, tulisan berkilat warna emas dan perak, dan yang seperti itu. 

Memang ada pihak-pihak yang tidak menyokong konsep pakejing buku-buku agama yang digunakan oleh PTS. Mereka adalah kelompok yang sudah tebal ilmu agamanya. 

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Cetakan Ke-2 Belum Masuk Setor, 1000 Naskhah Sudah Dipesan

Sambutan daripada para pekedai pada buku ini amat baik.

Buku ini sedang diulangcetak, belum masuk setor PTS, pesanan yang diterima sudah mencecah angka 1000 naskhah.

Kita yakin, permintaan tinggi ini sangat dibantu oleh daya usaha promosi yang dibuat oleh pengrangnya sendiri. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, November 05, 2007

Puji-pujian Buat Buku TRAVELOG HAJI

Ulasan ini dipetik dari sini.

Buku Travelog Haji tulisan Prof Dr Kamil ini adalah buku yang sangat memberi manafaat kepada semua muslimin muslimat. Ia dapat memberikan kita gambaran, suasana serta pengalaman menunaikan ibadat haji.

Bakal-bakal haji akan mendapat tips dan panduan untuk memudahkan urusan ibadat.

Bagaimanapun ilmu dan pengetahuan yang paling penting yang saya dapat setelah membaca buku ini adalah suatu perkara yang sering kita lupa apabila kita menunaikan ibadat. Iaitu keikhlasan kita menunaikan ibadat hanya kerana Allah dan bukan sekadar menyelesaikan ibadat tersebut.

Kerap kali apabila kita menunaikan ibadat (termasuk saya ketika saya menunaikan umrah) kita sibuk nak menyelesaikannya semudah dan mencari keselesaan yang sebaik mungkin hingga kadang kala kita lupa bahawa tujuan kita hanya kerana Yang Maha Esa dan bukan yang lain. Tolak menolak dan mementingkan diri sendiri bertentangan dengan ajaran dan suruhan agama Islam dan kita lakukannya hanya kerana mementingkan diri sendiri. Saya insaf setelah membaca buku ini.

Dalam buku ini juga saya dapat melihat sifat Prof yang berterus terang dan sanggup menceritakan kelemahan diri kepada seluruh pembaca dan cuba sedaya upaya untuk mengatasi kelemahan diri. Perkara ini sangat sukar dilakukan. Ia tidak mampu dilakukan oleh kebanyakkan pensyarah biasa yang biasanya dianggap orang yang berilmu apatah lagi seorang professor ulung di sebuah universiti!

Tahniah professor.

Saya melihat tujuan Prof. menulis buku ini lebih kepada sebagai ibadah dan dakwah. Oleh itu saya ingin mencadangkan bahawa buku-buku ini dibekalkan di perpustakaan di sekolah-sekolah terutama sekolah menengah. Kita dapat memberikan pendedahan awal kepada pelajar tersebut tentang ibadat haji.

Saya masih ingat lagi ketika di sekolah dulu ketika saya di peringkat SPM memang salah satu topik Pengetahuan Ugama Islam adalah tentang ibadat haji, tetapi kerana ibadat haji ini adalah berbentuk perbuatan saya tidak dapat membayangkan dan susah untuk memahami dengan mendalam tentang perlaksanaan ibadat tersebut.

Kalaulah buku ini telah wujud pada masa itu dan saya mendapat pengalaman dari buku ini, sudah tentulah topik tersebut menjadi terlalu mudah bagi saya seolah-olah saya sendiri yang telah melalui ibadat haji. Tambahan lagi biasanya sesuatu yang kita baca terutama penulisan yang beremosi ketika remaja dan zaman muda sangat melekat di dalam hati dan fikiran kita. Dan bagi sesetengah pelajar bukan Islam yang ingin mengetahui tentang ibadat haji orang Islam mereka akan mendapat cara untuk mengetahui ibadat ini melalui bahasa yang mudah dan penulisan yang menarik.

Sangat rugi kalau buku ini hanya dapat di baca oleh mereka yang boleh memahami bahasa Melayu sedangkan orang Islam ini pelbagai bangsanya. Saya berharap buku ini dapat diterbitkan juga di dalam bahasa-bahasa lain dan diekspot keluar negeri. Dengan ini pengalaman ini dapat juga dikongsi dengan umat Islam berbangsa lain di dunia ini.

ASHRAN HJ IDRIS

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, October 31, 2007

ASTRO Berminat dengan Mr. Handsome Ini

Kalau sudah tuah badan, tulis buku travelog pun bisa jadi seleb!

Emel yang baru Sifu terima memberitahu stesen ASTRO berminat dengan buku TRAVELOG HAJI karya Prof. Dr. Muhd. Kamil Ibrahim, yang baru 3 minggu dicetak sudah diulangcetak! 

Walaupun profesor akaunting di UiTM ini bukan ulamak, tetapi rekod jualan buku agamanya macam buku ulamak besar. 

Memang sudah tuah PTS mendapat penulis bertuah ini. Syukur kepada Tuhan yang maha pemurah kepada kita, manakan tidak, beliau adalah tuah yang datang bergolek ke booth PTS pada pesta buku antarabangsa KL 2007 lalu.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, October 30, 2007

Dicari: Penterjemah Melayu-Iban dan Melayu-Kadazan

PTS mencari saudara yang lahir sebagai orang Iban ataupun orang Kadazan bagi projek menterjemahkan buku ke dalam kedua-dua bahasa itu.

Daftar di sini. Tulis nama, alamat emel dan nombor HP. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(8) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, October 14, 2007

Buku Agama: Perbualan dengan Mualaf Pandai

Baru-baru ini Sifu berbuka puasa dan duduk semeja dengan seorang mualaf yang berpelajaran tinggi. Beliau dulu Katolik, kemudian ateis, kemudian masuk Islam kerana yakin Islam adalah agama yang betul, dan kemudian berkahwin dengan pasangan Islam yang tidak sembahyang.

Dalam perbualan itu beliau bertanya apakah saya yakin Nabi Muhammad itu seorang buta huruf.

Si mualaf ini tidak yakin Nabi Muhammad buta huruf atas alasan orang yang buta huruf tidak mungkin pandai berniaga.

Saya katakan kepadanya, "Karen Amstrong pun mengakui Nabi Muhammad buta huruf." Tetapi mualaf ini belum membaca buku Karen "History of God" itu. 

Dia berkeras mengatakan tidak mungkin Nabi Muhammad itu buta huruf. "Kalau dia buta huruf, bagaimana dia mengira perniagaannya."

Saya berkata dalam bahasa Inggeris, "Madam... Kita boleh cari Orang Asli (saat itu saya teringat kepada Tok Batin Yat, Janda Baik) yang buta huruf, dan kalau kita tanyakan kepadanya, dia ada berapa batang pokok durian, nanti dia akan jawab 12 batang, sebab Orang Asli yang tidak kenal huruf masih dapat mengira!" 

Si mualaf itu terkebil-kebil, dia tidak faham apa yang cuba saya terangkan, yakni otak manusia dapat mengira tanpa kenal huruf. Barangkali contoh Orang Asli yang saya gunakan itu tidak dapat dia connect sebab dia tidak kenal Orang Asli.

Maka saya terkenang perlunya kita menulis buku-buku yang memperkenalkan Islam dan Nabi Muhammad dengan mengambil kira cara berfikir mereka yang kita jadikan target. 

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(5) Diskusi Kuliah | Permalink
Page 1 of 4 pages  1 2 3 >  Last »