Buku Terjemahan

Monday, July 26, 2010

Skrol ke Bawah Bagi Membaca Entri Terbaru

Blog ini dikemaskini setiap pagi dan setiap hari.

Bagi mengetahui bagaimana PTS diuruskan dan bagaimana PTS memilih manuskrip pengarang, klik http://penerbitpts.blogspot.com

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(17) Diskusi Kuliah | Permalink

Sabtu 31 Julai Majlis Perjumpaan dan Taklimat kepada Penulis Genre Sastera Pahlawan

Tuan Faizal Mukhtar (foto), pengurus PTS FORTUNA Sdn Bhd. akan mengadakan majlis perjumpaan dan taklimat kepada penulis-penulis yang berminat menulis genre sastera pahlawan.

Tarikh: SABTU 31 Julai 2010

Tempat: Bilik Latihan, Ibu Pejabat PTS, Dolomite Business Park, Batu Caves, KL.

Masa: 10 pagi - 12 tengah hari

Bagi tuan dan puan yang berminat menghasilkan karya dalam genre ini, tulis dalam KOMEN, nama penuh, alamat emel dan nombor HP.

Tarikh dan tempat akan diberitahu kemudian.

Puan Ainon Mohd., Chairman PTS akan ikut hadir dalam sesi itu nanti.  Semua editor PTS Fortuna juga akan hadir.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(23) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, July 19, 2010

AHAD 8 Ogos 2010: Kursus Teori Sastera

Sebagai salah satu strategi menjadikan PTS penerbit karya sastera No. 1 di negara ini, PTS akan meningkatkan pengetahuan ilmu sastera di kalangan penulis-penulisnya.

Puan Ainon akan menjalankan kursus teori sastera untuk penulis-penulis kreatif PTS, baik yang sudah berkarya mahupun yang akan berkarya dengan PTS.

Salah satu teori sastera ciptaan Barat yang selaras dengan teori dan teknik surah Yusuf adalah teori Intertextuality. Baca di sini.

Teori intertextuality mudah dipelajari dan mudah digunakan dalam semua genre karya kreatif, baik bagi penulisan sastera kanak-kanak, sastera remaja mahupun sastera dewasa.

Kursus teori intertextuality ini adalah modul baru dalam siri bengkel penulisan PTS. Sebagaimana semua bengkel PTS, kursus ini gratis.

Tarikh: AHAD 8.08.2010

Tempat: Sekolah al-Ikhlas, Tmn. Permata, KL.

Masa: 10 pagi - 1 petang

Mendaftar di sini: Tulis nama, alamat emel dan nombor HP.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(48) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, July 15, 2010

Notis! Taklimat Projek Penerbitan Novel Tauhid

Tuan Imran Azmi (foto), Pengurus PTS Islamika Sdn. Bhd. memberitahu bahawa beliau sedang mencari lebih banyak manuskrip genre novel tauhid, baik bagi bacaan remaja mahupun dewasa.

Pasaran novel genre ini masih Laut Biru, tetapi beliau yakin pasaran itu ada dan dapat diterokai dengan berkesan.

Menurut beliau lagi, bagi menghasilkan genre ini penulis tidak perlu menjadi seorang ustaz ataupun ustazah.

Suatu perjumpaan khas bagi menerangkan ciri-ciri novel tauhid yang dikehendaki oleh PTS Islamika akan diadakan.

Bagi tuan dan puan yang berminat menghasilkan karya dalam siri ini, mohon mendaftar di sini.

Tulis nama penuh, alamat emel dan nombor HP. Tarikh akan diberitahu kemudian.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(31) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, July 05, 2010

AHAD 1 Ogos 2010: Bengkel Adaptasi bagi Menulis Buku Bukan Fiksyen

Puan Ainon Mohd. akan mengadakan bengkel teknik menulis buku menggunakan proses adaptasi.

Mendaftar di sini. Tulis nama, alamat emel dan nombor HP.

Sebelum tuan dan puan datang ke bengkel ini, pilih sebuah buku (Inggeris, Arab ataupun Melayu) yang kandungannya menarik dan mahu diadaptasi.

Tarikh: AHAD 1 Ogos 2010

Tempat: Sekolah al-Ikhlas Tmn. Permata, Hulu Kelang.

Masa: 10 pagi - 5 petang

Nota: Sekolah al-Ikhlas terletak di hadapan GIANT Tmn. Permata. Cari kedai 7-Eleven,  di deret yang sama ada KLINIK GIGI NOORIAH. Naik tingkat 2 di atas klinik itu.

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(27) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, January 08, 2010

Masuk Kelab Peminat PTS!

 

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(56) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, July 31, 2010

Buku Politik Bagaimana yang Diterbitkan oleh PTS

Salah satu dasar editorial PTS adalah tidak menerbitkan buku-buku politik yang membincangkan isu-isu semasa. Antara rasionalnya adalah:

(i) Isu-isu politik semasa cepat berubah, menyebabkan kandungan buku itu cepat basi, oleh hal yang demikian hayat pasarannya amat pendek. 

(ii) Pasaran buku-buku kupasan politik semasa telah jatuh merudum semenjak tahun 1998, dan tidak bangkit-bangkit lagi sehingga hari ini.

(iii) Salah satu risiko menerbitkan buku kupasan politik semasa adalah dalam buku-buku seperti itu terkandung banyak ayat-ayat yang tidak dipastikan kesahihannya, oleh itu mungkin mengandung fitnah terhadap pertubuhan politik mahupun individu-individu yang disebut namanya.

PTS hanya menerbitkan buku-buku politik yang menerangkan ilmu-ilmu sains politik. Buku-buku seperti itu adalah selaras dengan misi PTS yang hanya mahukan buku-buku yang "memandaikan bangsa".

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, July 30, 2010

Sastera Islam: Cerita Perempuan yang Syariah-Compliant

Salah satu fungsi cerita-cerita dalam Quran adalah sebagai teladan yang baik, yakni teladan yang dijadikan ikutan. Sebagai contoh, dengan membaca cerita Nabi Yusuf, maka pembaca mencontohi tingkah laku beliau yang sangat sabar dan tawakal serta tidak membalas dendam apabila dizalimi oleh perempuan yang pernah berbudi besar kepadanya.

Membaca cerita bukan suatu proses psikologi yang inosen. Pada realitinya, cerita tidak dibaca semata-mata sebagai cerita, di mana selepas dibaca cerita itu langsung dilupakan seperti air hujan yang jatuh di atas daun keladi yang tidak membasahi daun.

Membaca cerita memberikan kesan ke atas psikologi si pembaca. Cerita-cerita yang dibaca meresap ke dalam otak bawah-sedar pembacanya, seperti air hujan yang jatuh ke atas pasir.

Dengan hal yang demikian, sastera Islami menghidangkan cerita-cerita yang dapat menjadi teladan baik sahaja. Cerita-cerita tentang tema dan watak-watak yang buruk dapat menjadi teladan buruk.

Sebagai contoh, peristiwa sebenar 'The Great Train Robbery' dilakukan selepas para perompak itu menonton sebuah filem yang menunjukkan bagaimana cara-cara sekumpulan perompak merompak sebuah kereta api, lalu mencontohi teknik rompakan dalam filem itu.

Dalam hasil kajian psikologi yang pernah dijalankan di Amerika di kalangan penonton televisyen kelompok gadis remaja, tanpa mengira apa mesej drama yang mahu disampaikan oleh penulis skripnya, didapati gadis-gadis remaja cenderung meniru tingkah laku seksual negatif (dalam kes ini tingkah laku kehamilan remaja) apabila tingkah laku itu dilakonkan oleh pelakon-pelakon remaja yang 'cool' pada pandangan remaja.

Selaras dengan hasil kajian itu, perempuan-perempuan yang banyak membaca novel-novel di mana watak perempuannya mengambil keputusan bercerai apabila suami mereka terlibat dengan wanita lain cenderung melakukan perkara yang serupa apabila mereka sendiri mengalami situasi yang serupa.

Justeru, bagi penulis sastera Islami, ada cerita-cerita yang boleh diceritakan, manakala ada cerita-cerita yang tidak boleh diceritakan. Ini dapat dikenalpasti dengan merujuk kepada cerita-cerita dalam Quran.

Sebagai contoh, dalam Quran tidak ada cerita perempuan yang diperkosa, perempuan meminta cerai, perempuan lari dari suami, perempuan yang sudah berkahwin dan menyimpan hubungan cinta dengan lelaki lain, perempuan yang bertukar-tukar kekasih, malah tidak ada cerita-cerita tentang perempuan yang dianiaya oleh suami, justeru dari sini dapat disimpulkan bahawa cerita-cerita seperti ini tidak boleh dijadikan cerita dalam sastera Islami kerana ia boleh menjadi teladan buruk kepada pembacanya.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, July 29, 2010

Rancangan Penerbitan Masa Hadapan Unit Komik-M

Tuan Wan Zuhairi (foto), ketua unit Komik-M PTS memberitahu unit itu akan mempelbagaikan kategori buku-buku yang akan diterbitkan, yakni bukan hanya terhad pada buku-buku komik sahaja.

Menurut beliau, unit itu akan menerbitkan buku-buku lain yang mempunyai perkaitan dengan bidang lukisan dan komik, seperti genre novel ringan (light novel), nomik (novel+komik), buku-buku panduan melukis, panduan animasi, sejarah komik, biografi pelukis komik, novel grafik, buku kerjaya bidang komik dan animasi, komik pendidikan dan lain-lain kategori.

Malah beliau juga akan menerbitkan novel-novel remaja yang mempunyai nilai motivasi supaya pembaca remaja menekuni bidang perkomikan sebagai karier.

Bagi tuan dan puan berminat menulis buku-buku dalam bidang-bidang itu, mohon tulis surat emel kepada beliau dan terangkan konsep buku tuan itu. Alamat emel beliau adalah .(JavaScript must be enabled to view this email address)

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, July 28, 2010

PTS One Sdn. Bhd. akan Mula Menerbitkan Buku Terjemahan

Puan Nahdatun Nisaak Othman (foto), pengurus PTS One Sdn. Bhd. memberitahu bahawa anak syarikat itu akan mula menerbitkan buku bacaan kanak-kanak yang diterjemahkan daripada bahasa-bahasa lain. 

Seorang editor yang khusus menguruskan projek terjemahan itu sudah memulakan tugasnya. Beliau adalah Cik Nazatul Melissa Othman.

Menurut Puan Nisaak, tujuan projek terjemahan buku kanak-kanak adalah:

(i) Meluaskan sumber bacaan kanak-kanak negara ini supaya mereka mempunyai pengetahuan awal berkenaan perbezaan pelbagai bangsa, budaya dan negara.

(ii) Bagi mendapatkan buku kanak-kanak yang ilustrasinya bermutu tinggi.

Projek terjemahan yang pertama adalah buku bergambar dari Thailand. Penterjemah buku ini sudah dipilih. Beliau adalah seorang profesional yang kini tinggal di Bangkok dan dapat membaca tulisan Thai.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, July 27, 2010

Tip Bahasa Sastera: Dialog Lemah, Dialog Kuat

Kelmarin saya mengambil masa panjang berbincang dengan Tn. Zaki Zainol, editor di anak syarikat PTS Fortuna Sdn. Bhd. berkenaan isu bagaimana PTS dapat menjadi penerbit karya sastera No. 1 di Malaysia.

Isu ini berbangkit kerana PTS mahu menjadi penerbit karya sastera No. 1 di negara ini. Isu ini penting kerana jika PTS mahu meningkatkan daya-survivalnya, PTS tidak boleh menerbitkan novel-novel popular sahaja kerana hayat pasaran novel popular tidak panjang.

Para penulis novel popular sentiasa datang-dan-pergi. Sebagai contoh, pada suatu masa dahulu 'raja' novel popular adalah Ahadiat Akashah, kemudian beliau hilang apabila tempat beliau diambil alih oleh 'ratu' novel cinta Norhayati Berahim. Kini nama Norhayati Berahim pula hilang, apabila tempat beliau diambil alih oleh Hlovate.

Fenomena bagaimana raja-raja dan ratu-ratu novel pop datang-dan-pergi dalam pasaran yang seperti itu berbeza dengan situasi pasaran novel dan penulis novel sastera yang evergreen.

Ada suatu perkara yang ditimbulkan oleh Tn. Zaki Zainol berkenaan salah satu unsur yang ketara dalam novel-novel popular yang beliau tangani. Beliau perasan bahawa dalam novel-novel yang diterbitkan oleh PTS sendiri, ayat-ayat naratifnya lebih kuat daripada ayat-ayat dialognya.

Menurut beliau, manakala ayat naratifnya sudah mencapai mutu sastera tetapi ayat-ayat dialognya lemah, yakni tidak bermutu dialog sastera, sebaliknya cuma merupakan ayat percakapan biasa-biasa. Ini menyebabkan novel-novel itu tidak mencapai mutu novel sastera.

Dalam novel-novel terbitan PTS sekalipun, apa yang lazimnya disebut ayat 'dialog' adalah sebenarnya ayat watak-watak itu 'bercakap-cakap' sahaja sesama watak.

Ayat-ayat yang diucapkan oleh watak-watak dalam novel-novel itu serupa dengan ayat-ayat yang diucapkan oleh watak-watak dalam drama-drama TV Melayu.

Tn. Zaki Zainol menyimpulkan, faktor yang menjadikan sesebuah novel itu bertaraf novel popular, yakni gagal mencapai mutu novel sastera, adalah disebabkan mutu dialognya lemah disebabkan watak-wataknya hanya 'bercakap-cakap'. Mereka tidak 'berdialog'.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Mengapa Buku Laku Bertambah Laku

PTS mempunyai lebih 800 buah agen yang aktif menjual buku-buku terbitannya di seluruh negara, termasuk di Brunei dan Singapura. Ini bukan bermakna semua kedai buku itu mengambil dan mempamerkan setiap judul yang diterbitkan oleh PTS.

Kedai buku hanya mahu mengambil buku-buku yang laku sahaja. Mereka memilih judul-judul itu berdasarkan rekod jualan tajuk-tajuk yang laku. 

Bagi membantu kedai buku mermilih judul yang laku, PTS mengiklankan judul-judul buku yang paling laku. Judul itu disiarkan dalam akhbar (Harakah dll.) dan dalam web rasmi PTS.

Jadi, kedai-kedai buku mengikuti iklan dalam akhbar dan senarai dalam web PTS dan dari situ mereka memilih judul bagi dipesan. Akibatnya, buku-buku yang masuk dalam senarai itu menjadi pilihan utama kedai-kedai buku.

Pihak pegawai jualan PTS pula akan memujuk kedai-kedai buku supaya mengambil banyak naskhah bagi judul-judul yang amat laku itu, kerana KPI mereka adalah berdasarkan nilai buku-buku yang mereka bekalkan kepada agen-agen di bawah jagaan masing-masing pegawai.

Inilah faktor yang menyebabkan judul-judul buku yang laku semakin laku, manakala buku-buku yang kurang laku semakin kurang laku....

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, July 26, 2010

Apabila Cendekiawan Malaysia Berkomunikasi dalam Bahasa Asing

Foto menunjukkan keadaan di dalam dewan semasa seminar "Islam and Secularization" dilangsungkan baru-baru ini.

Ulamak besar yang bernama Ibnu Rushd adalah orang bangsa Sepanyol yang telah memeluk Islam pada zaman bumi Sepanyol dijajah dan diperintah oleh orang-orang Arab. 

Ibnu Rushd mempelajari bahasa Arab. Beliau menulis karya-karya agungnya dalam bahasa kaum penjajah tanah airnya. Maka karya beliau dibaca dan dibahas oleh ilmuan-ilmuan bangsa Arab, lalu beliau menjadi sangat terkenal di kalangan bangsa-bangsa Arab. Bangsanya sendiri tidak kenal langsung siapa Ibnu Rushd.

Nama ilmuan Sepanyol yang seagung Ibnu Rushd tidak dapat mengislamkan bangsa Sepanyol, waima keturunannya sendiri tidak tahu apa yang ditulisnya, disebabkan dengan tindakannya menulis buku dalam bahasa penjajahnya, beliau telah membiarkan bangsanya dan kaum keluarganya kekal dalam kejahilan dan kesesatan.

Bangsa Arab menjajah bumi Sepanyol selama 800 tahun, dan memberikan kepada rakyat Sepanyol suatu era keamanan dan kemakmuran yang sangat panjang. Namun rakyat yang dijajah itu terus kekal dalam agama Katholik sehingga hari ini.

Bandingkan dengan apa yang dilakukan oleh pedagang-pedagang Arab yang datang ke Nusantara. Mereka bukan ulamak agung. Tetapi mereka telah mempelajari bahasa Melayu, kemudian menterjemahkan kitab-kitab Arab ke dalam bahasa Melayu, lalu bangsa-bangsa Melayu membaca kitab-kitab terjemahan itu, lalu mereka memeluk Islam. Dalam tempoh kurang 100 tahun sahaja, habis semua puluhan kerajaan Hindu-Budha yang besar-besar (seperti Mataram dan Majapahit) dan yang kecil-kecil (seperti di Lembah Bujang, Kedah), di 12 ribu kepulauan Alam Melayu bertukar menjadi kerajaan-kerajaan Islam.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Buku-Buku yang Dijadualkan Masuk Gudang PTS Minggu Ini

Berikut adalah tajuk buku yang dijangka masuk ke stor minggu ini:

JUDUL BARU
1. Pembimbing Ke Tanah Suci
2. Mudahnya Bisnes Dengan Blogshop
3. Mengapa Aku Rela Menjadi Pengetua
4. Nydia, Terendak & Bintang: Junior vs Senior
5. Putera Fariri & Buku Resipi Ajaib
6. Puteri Damia & Kawan-Kawan Ajaib

JUDUL ULANG CETAK
1. Travelog Cinta Abadi
2. Al-Mathurat
3. Hiasi Diri Dengan Doa
4. Sayalah Puteri Raja

NOTA: Senarai ini disediakan oleh Cik Marianti Mohamad Ridi (foto), eksekutif jabatan kewangan yang menguruskan bajet percetakan.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Tip Bahasa Sastera: Penggunaan Kata Gramatikal yang Betul Menghasilkan Ayat-Ayat yang Indah

Bahasa yang bermutu sastera adalah bahasa yang betul dari sudut tatabahasanya dan semantiknya.

Salah satu aspek tatabahasa adalah penggunaan perkataan gramatikal (grammatical words). Perkataan gramatikal menerangkan hubungan-hubungan logik antara bahagian-bahagian dalam ayat.

Salah satu ciri yang membezakan Bahasa Melayu Rendah (BMR) daripada Bahasa Melayu tinggi adalah jumlah perkataan gramatikal.

Penggunaan perkataan gramatikal yang betul menghasilkan ayat-ayat yang bukan hanya betul tetapi lebih sedap dibaca. Demikian pula sebaliknya, dengan menggunakan perkataan gramatikal yang salah, ayat menjadi salah dari sudut tatabahasanya, mahupun maknanya.

Dialog yang tidak menggunakan perkataan gramatikal yang betul dan lengkap menghasilkan dialog bahasa basahan.

Contoh:

 

"Dia pergi kedai dobi tadi, hendak hantar baju-baju kotor untuk dibasuh." (BMR)

"Dia pergi ke kedai tadi, hendak menghantar baju-bajunya yang kotor untuk dibasuh." (BMT)

 

"Agak-agak dia sesuai diambil calon suami?" (BMR)

"Agak-agaknya, dia sesuaikah diambil sebagai calon suami?"

 

"Mana tahu lima tahun menjadi Melayu Mesir sekarang balik Malaysia, susah bercakap Melayu Kelantan." (BMR)

"Manalah tahu, selepas lima tahun (kamu) menjadi Melayu Mesir, sekarang apabila balik ke Malaysia, (kamu) susah bercakap Melayu Kelantan." (BMT)

 

Ayat-ayat dialog yang ditulis menggunakan BMR menghasilkan novel-novel yang bermutu komoditi. Salah satu ciri novel komoditi adalah dialog yang ditulis dengan menggunakan gaya bahasa sehari-hari. Novel komoditi sukar bertahan lama dalam pasaran disebabkan ia mudah dapat disaingi oleh novel-novel yang ditulis dengan menggunakan gaya bahasa yang lebih tinggi, justeru terasa lebih indah apabila dibaca.

NOTA: Ayat-ayat dialog dalam surah Yusuf, dan dalam seluruh al-Quran, ditulis menggunakan gaya bahasa tinggi.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, July 25, 2010

Pro dan Kon Deskripsi Teknologi dalam Novel

Baguskah apabila dalam novel diterangkan jenis teknologi yang digunakan oleh watak-watak, sebagai contoh jenis teknologi komunikasi yang digunakan seperti SMS, MMS, emel, chat, blog, Face Book, twitter dan lain-lain?

Sebagai contoh, dituliskan begini:

a. Sarah terdengar HPnya berbunyi, tandanya ada SMS masuk.

b. Pagi itu Herman membuka Face Book dan dia melihat ada mesej dari Juli pada dindingnya yang memberitahu tunangnya itu sudah tiba di Paris dari London.

c. Rozilah menghantar kepada Hendri fotonya yang terbaru dengan MMS supaya ditunjukkan kepada ibu Hendri, kerana menurut Hendri ibunya mahu melihat dulu wajah gadis yang menjadi pilihan hati anak lelaki kesanyangannya.

d. YB Mukmin menggunakan twitter bagi mengikuti perkembangan terbaru dunia politik dan bagi berkomunikasi dengan penyokong-penyokong partinya.

Ayat-ayat seperti di atas mencipta 2 kesan:

(i) Dengan adanya deskripsi teknologi komunikasi yang digunakan oleh watak-watak, aspek realiti dalam novel menjadi lebih baik. 

Namun,

(ii) Disebabkan teknologi komunikasi cepat berkembang, realiti juga cepat berubah. Ini boleh menyebabkan cerita menjadi ketinggalan zaman dengan sama cepatnya.

Nota: Remaja hari ini tidak tahu benda yang disebut 'disket'.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, July 24, 2010

Maklumat Saintifik dalam Novel Fantasi

Novel awal remaja "Ini Bukan Dunia Kami" oleh Puan Qayyum Nur adalah contoh buku motivasi belajar sains yang digemari oleh kanak-kanak dan remaja. Meskipun cerita dalam novel ini adalah cerita fantasi tetapi semua fakta sains yang dihidangkan dalam novel ini adalah tepat.

Cik Nurismaliza, Ketua unit teen-pro dalam anak syarikat PTS Profesional Sdn. Bhd. yang menerbitkan siri ini memberitahu bahawa beliau akan menerbitkan lebih banyak novel remaja yang menggabungkan fantasi dan sains.

Tujuan PTS Profesional menerbitkan novel kategori ini adalah bagi mendorong remaja supaya berminat menjadi saintis apabila mereka dewasa nanti.

Majoriti ibu bapa mahukan anak-anak mereka memasuki aliran sains, namun kanak-kanak dan awal remaja tidak berminat membaca maklumat sains yang disampaikan dalam bentuk buku-buku teks ataupun ensiklopedia sains.

Banyak ibu bapa membeli set-set ensiklopedia yang cantik-cantik dan mahal-mahal, dengan harapan buku-buku itu akan diratah oleh anak-anak mereka, namun itu tidak berlaku.

Justeru ibu bapa memerlukan buku-buku cerita yang dapat mencetuskan minat sains dalam kalbu anak-anak mereka.  Maka, inilah yang dilakukan oleh unit teen-pro dengan menerbitkan novel "Ini Bukan Dunia Kami".

Bagi tuan dan puan yang berminat menulis novel remaja dalam siri ini, mohon kemukakan konsep cerita dan maklumat sains yang akan digabungjalinkan dalam novel tuan itu nanti kepada Cik Nurismaliza (foto) di alamat .(JavaScript must be enabled to view this email address) . Beliau akan membacanya dan menilai serta memberi input kepada cadangan tuan itu sebelum meluluskannya.  

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Formula Menjadi Novelis Remaja Ngetop

Buku "Aku Mahu... Ain Maisarah" ini dijual pada harga RM34.90 sen. Ia bukan harga yang murah. Namun PTS yakin buku ini dapat dijual paling sedikit 15 ribu naskhah.

Zaman buku Melayu sinonimus dengan buku murah sudah berakhir. Pembeli buku Melayu sanggup membayar harga mahal bagi buku-buku yang memenuhi keperluan mereka.

Buku ini bukan buku baru, sebaliknya adalah antologi 3 buah buku yang sudah terbit lebih awal iaitu "Aku Mahu Popular", "Aku Mahu Saiz S", dan "Aku Mahu Teman Tapi Mesra".

Tiga judul itu dipilih berdasarkan rekod jualan judul-judul tersebut yang mengatasi jualan judul-judul lain dalam siri "Aku Mahu...".

Edisi khas ini akan dijual di kedai-kedai buku POPULAR sahaja, yakni ia tidak akan dijual di kedai-kedai buku lain. Buku ini dicetak sebanyak 5 ribu naskhah dan syarikat POPULAR membeli semuanya tunai! Jika semuanya habis terjual, 5 ribu naskhah lagi akan dibekalkan kepada POPULAR.

Syarikat POPULAR berani menempah jumlah besar itu disebabkan ia yakin brand 'Ain Maisarah' cukup kuat dengan peminat beliau yang mencecah puluhan ribu di seluruh negara.

Kejayaan novel-novel Ain Maisarah dalam pasaran membuktikan bahawa faktor novel bersiri adalah faktor penting. Data jualan PTS menunjukkan pengarang-pengarang TOP 10 PTS semuanya mempunyai siri.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, July 23, 2010

Adakah Jualan Online di BookCafe Mengancam Kedai-Kedai Buku?

PTS menawarkan diskaun yang menarik, purata potongan 25%,  kepada pembeli yang membeli buku-buku PTS secara online di BookCafe. Ini menyebabkan ada pelanggan-pelanggan kedai buku menekan supaya diberi diskaun 25%! Lazimnya kedai memberi diskuan 10% kepada pelanggan.

Pelanggan seperti itu cenderung berkata, "Kalau awak tidak mahu beri saya diskaun lebih, saya akan beli dari BookCafe!"

Kepada para pekedai buku, inilah pesanan Cik Nurdianah (foto), eksekutif pengurus BookCafe:

1. Sebenarnya, membeli dari BookCafe tidak semestinya lebih untung daripada membeli buku di kedai buku. Walaupun mereka diberi diskaun 25%, mereka dikenakan bayaran pos sebanyak RM8.00 ataupun lebih. Jadi bayangkan, harga buku yang dibeli mungkin selepas ditolak dikaun 25% cuma RM12.00, tetapi kos posnya RM8.00 selepas Pos Malaysia menaikkan tarif terbaru.

2. Pelanggan terpaksa menunggu minimum antara 3 - 7 hari barulah buku sampai ke tangan mereka.

Membeli buku di BookCafe paling sesuai bagi pembaca yang tinggal jauh dari bandar di mana di situ ada kedai buku yang baik. Ia juga sesuai bagi buku-buku yang tidak dijual di kedai buku, seperti buku-buku pendidikan untuk bacaan guru-guru.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

PTS Darul Furqan Memulakan Projek Terjemahan Quran Khusus untuk Saudara Baru

Tuan Faris Hasbullah, pengurus PTS Darul Furqan Sdn. Bhd. memberitahu bahawa anak syarikat itu sekarang sedang menjalankan projek menterjemah Quran yang ditujukan khusus untuk bacaan golongan saudara-saudara baru.

Menurut beliau, meskipun pasarannya kecil, PTS tetap akan menerbitkannya disebabkan Quran seperti itu sangat diperlukan bagi membantu para saudara baru memahami apa yang tertulis dalam kitab itu.

Salah satu ciri saudara baru adalah penguasaan Bahasa Melayu mereka yang tidak setinggi penutur asli bahasa itu. Saudara baru itu mungkin orang Cina, India, Kadazan, Iban ataupun Orang Asli, oleh hal yang demikian mereka memerlukan terjemahan yang betul-betul mudah difahami.

Justeru terjemahan Quran yang kini sedang diusahakan oleh PTS akan menggunakan perkataan dan frasa-frasa yang belum pernah digunakan dalam edisi-edisi terjemahan yang sedia ada dalam pasaran.

Contoh terjemahan untuk saudara baru:

LEMBU BETINA

01 Alif Lam Mim

02 Dalam buku Al-Qur'an itu tiada terdapat sebarang keraguan di dalamnya, lalu ia menjadi panduan bagi orang yang takut kepada Allah,

03 Iaitu orang yang percaya wujudnya alam yang tidak dapat dilihat oleh mata, yang melakukan sembahyang, dan yang menyalurkan sebahagian harta yang Kami berikan bagi tujuan kebaikan,

04 Dan mereka adalah orang yang mempercayai apa yang Kami sampaikan kepadamu. Begitu juga dengan apa yang diturunkan sebelummu. Dan mereka yakin dengan kedatangan hari akhirat.

05 Justeru, merekalah orang yang menerima panduan daripada Tuhan mereka, dan pastilah mereka menjadi orang yang berjaya.

06 Orang kafir itu betul-betul serupa sahaja, sama ada kamu berikan kepada mereka peringatan ataupun tidak, mereka tetap tidak percaya.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, July 22, 2010

Kempen Membaca pada Bulan Ramadhan: PTS Batalkan Rancangan Membeli Ruang Iklan di Radio IKIM.fm

Jabatan marketing PTS menjalankan strategi serampang banyak mata bagi mempromosi kempen membaca sepanjang bulan Ramadhan nanti.

Bajet yang besar telah disediakan dan sudah mula dibelanjakan bagi membeli ruang iklan dalam media, termasuk media internet.

Pn. Norhazizan Abd. Rahman, pengurus jabatan marketing, memberitahu PTS membatalkan hasrat mahu membeli ruang iklan dalam radio IKIM.fm disebabkan jumlah pendengar stesen itu kini jatuh teruk manakala yuran iklannya masih sangat tinggi.

Sebagai gantinya PTS akan membeli ruang iklan dalam portal-portal yang mempunyai banyak pengunjung seperti portal Harakah, Saiful Islam, I Luv Islam dan lain-lain portal.

Menurut Pn. Nor Hazizam, beliau tidak memilih portal Berita Harian dan Utusan Malaysia disebabkan pulangan ROI-nya (return of investment) yang rendah.

Nota: Foto menunjukkan krew PTS-TV sedang menjalankan sesi rakaman untuk kempen Baca@Ramadhan di lokasi ISTAC. Tn. Rohidzir Rais, editor senior di PTS Islamika Sdn. Bhd. sedang menyampaikan tazkirah berkenaan kelebihan ibadat puasa.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Tugas Siapa Mempromosi Buku

Siapakah yang menjalankan tanggungjawab mempromosi buku?

1. Penulis buku itu sendiri.

Ya, penulis perlu bekerja kuat mempromosi bukunya sendiri. Statistik jualan di PTS menunjukkan buku-buku karya penulis yang kuat bekerja mempromosi bukunya memang laku lebih banyak dibandingkan dengan buku penulis yang pasif.

2. Penerbit yang menerbitkan buku itu.

Dari sudut teori pemasaran, penerbit adalah pihak yang bertanggungjawab mempromosi buku-buku yang diterbitkannya. Itulah sebabnya penerbit mempunyai jabatan marketing dengan bajetnya sendiri bagi menjalankan tugas-tugas promosi.

Namun, realitinya penerbit besar menerbitkan beribu-ribu judul, maka adalah mustahil penerbit mampu mempromosi tiap-tiap judul. Jabatan marketing mempunyai strategi, kriteria dan prioritinya sendiri apabila memilih-milih judul mana yang mahu dipromosi.

Penerbit kecil pula tidak mempunyai bajet yang khusus dialokasikan kepada kos promosi.

3. Pengedar yang mengedarkan buku.

Dari susut teori pemasaran, pengedar juga bertanggungjawab mempromosi buku-buku yang diedarkannya. Namun, seperti dalam kes penerbit besar, pengedar besar mengedarkan beribu-ribu judul, jadi dia tidak mampu mempromosi tiap-tiap judul.

4. Pekedai buku yang menjual buku itu.

Pekedai buku juga perlu menjalankan tanggungjawab mempromosi buku-buku yang dipamerkan dalam kedai buku. Tetapi disebabkan jumlah buku yang banyak, pekedai hanya mempromosi buku yang dia yakin dapat dijual dengan banyaknya.

Penulis tidak boleh duduk secara pasif sambil mengharapkan penerbit, pengedar dan kedai buku bagi mempromosi buku mereka.

Ikuti contoh penulis-penulis yang ngetop, dan lihat bagaimana kuatnya mereka bekerja bagi mempromosi buku mereka (dan buku-buku penulis lain juga).

NOTA: Pegawai marketing di syarikat rangkaian kedai-kedai buku elitis (seperti Kinokuniya, MPH dan POPULAR) tidak suka apabila penulis datang sendiri bagi tujuan hendak menjalankan aktiviti promosi di dalam kedai-kedai mereka. Disebabkan mereka mengamalkan budaya pengurusan cara korporat, mereka hanya mahu berurusan pada peringkat korporat sahaja (business-to-business), di mana mereka menyusun program promosi buku dengan pihak penerbit, bukan dengan penulis sebagai individu.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, July 21, 2010

Mengapa PTS Menjalankan Peraduan Mengulas Buku PTS

Peraduan mengulas buku PTS sudah masuk minggu ke-2. Setiap minggu ada pemenangnya. Baca di sini bagi menyertai peraduan. Peraduan ini dianjurkan oleh Unit Internet Marketing di jabatan marketing PTS.

Tuan Nazrul Samsudin, ketua unit IM PTS, memberitahu tujuan peraduan itu adalah bagi mendapatkan ulasan-ulasan buku yang berkualiti tinggi. Menurut beliau, peranan ulasan buku dalam internet marketing adalah sangat penting.

Pembeli on-line buku-buku PTS membaca ulasan buku yang ditulis oleh pembaca lain sebagai alat bantu membuat keputusan sama ada mahu membeli sesuatu buku itu ataupun tidak membeli.

Tidak seperti proses membeli buku di dalam kedai buku, di mana seseorang itu berpeluang memegang buku dan memeriksa isi kandungannya, pembeli on-line semata-mata mengharapkan ulasan buku dan rekomendasi pembaca lain. Justeru ulasan buku yang berkualiti tinggi sangat membantu pembeli on-line membuat pilihan yang tepat bagi dirinya.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Tip Bahasa Sastera: Imbuhan Lengkap Mencipta Gaya Bahasa Lebih Indah

Bahasa Melayu Tinggi (BMT) adalah salah satu unsur yang wajib ada dalam gaya bahasa sastera, maksudnya hanya penggunaan Bahasa Melayu Tinggi yang dapat menghasilkan ayat-ayat yang indah dibaca.

Salah satu aspek yang membezakan BMT daripada BMR (Bahasa Melayu Rendah) adalah penggunaan imbuhan. BMT menggunakan lebih banyak imbuhan, manakala BMR tidak menggunakan banyak imbuhan.

Ayat-ayat yang tidak menggunakan imbuhan lengkap akan menghasilkan gaya bahasa seperti yang digunakan dalam novel-novel picisan. Novel-novel picisan tidak dapat bertahan berbelas-belas, malah berpuluh-puluh, tahun dalam pasaran.

Contoh-contoh:

 

Ibu pun ambil baju Ameerah di dalam almari. (BMR)

Ibu pun mengambil baju Ameerah di dalam almari. (BMT)

 

Dahulu kami pernah main-main di bawah pokok besar itu. (BMR)

Dahulu kami pernah bermain-main di bawah pokok besar itu. (BMT)

 

"Kamu sibuk hantar SMS. Kamu sibuk telefon buat hati, ya?" (BMR)

"Kamu sibuk menghantar SMS. Kamu sibuk menelefon buah hati, ya?" (BMT)

 

Ayat-ayat yang tidak menggunakan imbuhan yang betul adalah salah dari sudut tatabahasanya dan semantiknya. Sebagai contoh, perkataan 'telefon' (barang) lain maknanya dengan perkataan 'menelefon' (perbuatan). Begitu juga perkataan 'main-main' (sikap) dengan perkataan 'bermain-main' (perbuatan).

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, July 20, 2010

Buku Mahal Tetap Laku Keras

Buku 'Dear Yayah: The Series' ini dijual pada harga RM39.90 sen. Sehingga ini 5 ribu naskhah cetakan pertama sudah habis dan kini sedang dicetak 5 ribu naskhah lagi.

Buku ini adalah antologi 5 siri Dear Yayah yang sudah diterbitkan lebih awal. Edisi antologi ini hanya diterbitkan dan dibekalkan kepada syarikat kedai buku POPULAR sahaja. Justeru buku ini tidak dijual di kedai-kedai buku lain.

POPULAR membeli tunai semua 5 ribu naskhah yang dibekalkan oleh PTS.

Edisi Dear Yayah yang terbit sebagai edisi eceran masih dapat dibeli di kedai-kedai buku seperti biasa.

Kejayaan buku ini membuktikan pembaca buku-buku Melayu sanggup membeli buku yang tinggi harganya, dengan syarat buku itu terbukti memenuhi keperluan mereka.

Lebih dari itu, terbukti bahawa sastera remaja dapat dijual pada harga yang lebih tinggi daripada sastera dewasa....

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Tip Bisnes Buku: Kategori Buku-Buku yang Laku Keras Semasa Cuti Raya

Buku-buku yang laku semasa cuti sebelum dan selepas Hari Raya adalah:

(i) Novel awal remaja dan kanak-kanak.

Sebelum orang-orang muda yang mempunyai pelajaran tinggi dan bekerja di bandar-bandar besar pulang ke kampung bagi bercuti raya, mereka cenderung membeli dan membawa pulang buku-buku cerita remaja untuk adik-adik dan anak-anak saudara mereka sebagai cara menggalakkan mereka supaya suka membaca dan sebagai hadiah supaya lebih rajin belajar.

Selepas Hari Raya pula, para remaja mempunyai banyak wang raya, dan mereka menggunakan wang itu bagi membeli buku-buku kesukaan mereka.

(ii) Novel cinta.

Novel-novel cinta menjadi pilihan gadis-gadis muda yang membelinya sebelum pulang menaiki bas dan kereta api, di mana mereka mempunyai rancangan akan membaca novel itu dalam perjalanan dan apabila sudah tiba di kampung.

NOTA: Pada masa ini sudah mula kelihatan trend baru di mana kaum keluarga memilih buku sebagai hadiah kepada adik-adik dan sanak saudara.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, July 19, 2010

Bagaimana Penulis Melaburkan Wang Royalti dari PTS

Pada hari Ahad lalu, saya bercakap-cakap dengan salah seorang novelis PTS, Tn. A. Razak Adam yang tinggal dan bekerja di Melaka.

Beliau memberitahu bahawa wang royalti novelnya tahun ini sudah digunakan bagi menempah awal-awal 5 tiket penerbangan ke Australia pada musim cuti sekolah hujung tahun nanti.

Pada tahun 2009 beliau menggunakan wang royaltinya pergi melancong ke Britain dan Perancis. Sekembalinya dari melancong beliau menghasilkan novel "Kasih Seharum Manisah".

Tujuan beliau melancong ke luar negara adalah bagi mengutip maklumat lokasi yang akan digunakan dalam novel-novel barunya nanti. Ini sesuai dengan salah satu aspek keindahan cerita berdasarkan teknik penulisan surah Yusuf, di mana watak utama pergi ke luar negara. (Nabi Yusuf berasal dari Palestina, kemudian beliau pergi ke Mesir.) 

Tuan A. Razak Adam adalah seorang guru Bahasa Melayu yang popular di kalangan pelajar-pelajarnya. Sambil menjalankan tugas sebagai guru, beliau menghadiri semua kursus penulisan anjuran PTS, kemudian terus mempraktikkan ilmu itu bagi menulis novel-novel untuk PTS. Pada waktu yang sama beliau juga sempat menyelesaikan ijazah sarjananya!

Nota: Beliau melancong dengan membawa isteri dan 3 orang anak-anaknya.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Tip Bahasa Sastera: Dialog yang Menggunakan Ayat Lengkap adalah Lebih Indah Dibaca

Karya sastera adalah karya yang dituliskan dengan menggunakan gaya bahasa sastera, baik pada bahagian naratifnya, mahupun pada dialog-dialognya.

Novel-novel yang bertaraf sastera mempunyai ciri karya evergreen dalam pasaran. Dengan demikian penulisnya mempunyai peluang menerima royalti setiap tahun, selama bertahun-tahun.

Ayat-ayat dialog yang dituliskan dalam bentuk ayat-ayat yang lengkap unsur subjek-predikatnya adalah ciri Bahasa Melayu Tinggi (BMT). Ayat lengkap adalah lebih indah dan mempunyai ciri-ciri bahasa sastera. Sebaliknya, ayat-ayat dialog yang menggunakan ayat tergantung adalah ciri Bahasa Melayu Rendah (BMR).

Contoh ayat tergantung adalah ayat yang tiada mempunyai subjek. Dari sudut tatabahasa, ayat tergantung adalah salah.

Contoh-contoh:

 

"Kenapa tidak turun makan?" tanya Ramlan. (ayat BMR - tiada subjeknya)

"Mengapa kamu tidak turun makan?" tanya Ramlan. (ayat BMT - ada subjeknya)

 

"Ya, memang hantu. Hantu cinta," jawab Faridah. (ayat BMR - tiada subjeknya)

"Ya, aku memang hantu. Aku hantu cinta," jawab Faridah. (ayat BMT - ada subjeknya)

 

"Bila boleh berjumpa lagi?" kata Eddy. (ayat BMR - tiada subjeknya)

"Bilakah kita boleh berjumpa lagi?" kata Eddy. (ayat BMT - ada subjeknya)

 

"Wah! Hebatnya!" kata Zaharah. (ayat BMR - tiada subjeknya)

"Wah! Hebatnya candi Borobodur ini!" kata Zaharah. (ayat BMT - ada subjeknya)

 

"Kenapa jual mahal? Sekali mandi, biar basah semuanya, jangan ditahan-tahan. Sekali dosa, biar berhabisan, jangan separuh jalan," kata Hanifah kepada Sayuti. (ayat BMR - tiada subjeknya)

"Mengapa kamu jual mahal? Sekali kamu mandi, biar basah semuanya, jangan ditahan-tahan. Sekali kamu berdosa, biar berhabisan, jangan separuh jalan," kata Hanifah kepada Sayuti. (ayat BMT - ada subjeknya)

 

Dialog sastera adalah dialog yang hanya dapat dibaca dalam karya-karya bermutu sastera. Dialog sebagaimana yang digunakan apabila orang bercakap di pasar malam, di stesen bas, ataupun dalam dapur rumah sendiri tidak mungkin bermutu sastera. Apabila novel ditulis dengan menggunakan dialog orang bercakap di pasar malam, novel itu tidak bermutu sastera.

Banyak penulis novel popular menulis ayat-ayat naratif yang tergantung, yakni tidak lengkap subjek-predikatnya.

Contoh: Zaleha terdiam. Tergamam. Tidak dapat hendak berkata lagi. Teramat terperanjat. Bagaikan tidak percaya.

Ayat-ayat tergantung seperti di atas tidak bermutu sastera.

NOTA: Dalam surah Yusuf dan dalam seluruh al-Quran, tidak terdapat ayat-ayat tergantung. Semua ayat dalam al-Quran adalah lengkap subjek-predikatnya, baik ayat dialog mahupun ayat naratif.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, July 18, 2010

4 Jawatan Kosong di Gudang PTS

Tn. Zain Aziz (foto), ketua unit operasi dan gudang PTS memberitahu pada masa ini ada 4 jawatan kosong sebagai petugas gudang yang perlu diisi.

Menurut beliau, jumlah petugas gudang yang ada sekarang adalah 25 orang. Pertambahan ini perlu disebabkan jumlah buku yang diproses bagi penghantaran ke kedai-kedai di seluruh negara semakin hari semakin banyak.

Antara faktor-faktor yang meningkatkan jumlah buku yang perlu diproses adalah:

(i) Setiap bulan jabatan editorial PTS menerbitkan lebih banyak judul baru.

(ii) Jumlah judul yang diulangcetak juga semakin banyak setiap bulan.

(iii) Jumlah buku yang dipesan oleh kedai-kedai juga semakin meningkat.

(iv) Jumlah kedai-kedai buku indie yang baru dilantik sebagai agen PTS juga semakin banyak.

(v) Kejayaan kempen promosi yang dijalankan oleh jabatan marketing PTS menghasilkan peningkatan pesanan dari kedai-kedai.

Setiap bulan, unit operasi memproses purata 2 ribu dokumen pesanan. Jumlah itu menunjukkan trend peningkatan dari masa ke masa.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Berlatih Menggunakan Teori Interteks bagi Menghasilkan Cerita Kanak-Kanak Bermutu Sastera

Dengan menggunakan teori interteks, cerita-cerita yang ditulis untuk kanak-kanak dapat dibaca dan dinikmati keindahannya bukan hanya oleh kanak-kanak, malah oleh pembaca dewasa yang berpelajaran tinggi dan mereka dalam jurusan profesional pun dapat menikmati cerita kanak-kanak sebagai cerita yang 'bermakna'.

Itulah faktor yang membezakan antara 'buku cerita kanak-kanak' dan 'buku sastera kanak-kanak'.

Orang dewasa tidak seronok membaca buku cerita kanak-kanak, tetapi mereka seronok membaca buku sastera kanak-kanak.

Menurut pakar psikologi, dalam setiap diri orang dewasa (adult) masih ada tersisa ciri-ciri kanak-kanaknya dalam jiwa mereka. Sisi itulah yang membolehkan mereka seronok memasuki alam kanak-kanak semula. Karya-karya sastera kanak-kanak adalah medium yang mendorong pembaca dewasa memasuki semula alam kanak-kanak.

PTS sedang melatih sekumpulan calon penulis sastera kanak-kanak yang bekerja dengan menggunakan teori-teori sastera. 

Foto menunjukkan 4 orang calon penulis sastera kanak-kanak sedang menghasilkan sebuah konsep cerita dengan menggunakan teori interteks.

Lokasi: Apartmen Putra Villa, Gombak.

Waktu: 10.30 malam.

Masa: Sabtu 17 Julai 2010.

Foto oleh Tn. Zamri Mohamad.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Page 1 of 196 pages  1 2 3 >  Last »