Skrol ke Bawah Bagi Membaca Entri Terbaru
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006
Saya akan menjalankan bengkel penulisan kreatif. Tuan dan puan akan belajar cara menulis novel kanak-kanak, remaja dan dewasa yang syariah-compliant dengan menggunakan teknik dalam surah Yusuf.
Tarikh akan ditentukan kemudian.
Mendaftar di sini. Tulis nama, alamat emel dan nombor HP.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006
Saya akan menjalankan bengkel adaptasi. Tuan dan puan akan belajar cara menulis buku dengan menggunakan buku-buku orang lain dengan tidak melanggar undang-undang hakcipta.
Tarikh akan ditentukan kemudian.
Mendaftar di sini. Tulis nama, alamat emel dan nombor HP.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006
Bisnes menjual pakaian (pakaian baru, bukan baju bundle) dapat dimulakan dengan modal serendah RM500 sahaja.
Tuan Saat Sulaiman sudah menjalankan bisnes ini selama 15 tahun, dan masih terus aktif menjual pakaian.
Apabila beliau menulis buku ini, ada rakan-rakan beliau yang juga menjual pakaian marah-marah kerana menganggap perbuatan Tuan Saat Sulaiman itu merugikan bisnes mereka sendiri!
Buku beliau sudah diulangcetak.
Kini, Tuan Saat bukan setakat menulis buku malah akan mengajarkan apa yang ditulisnya.... (Akan bertambah marahlah rakan-rakan beliau.)
Bagi tuan dan puan yang mahu memulakan bisnes menjual pakaian, yang paling penting adalah mengetahui di mana hendak mendapatkan bekalan pakaian yang murah. Klik di sini.
Nota: Tuan Saat Sulaiman adalah lulusan Universiti Madinah.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006
Para ustaz-ustaz berbeza pendapat tentang kedudukan konsep 'harta intelek' dalam Islam.
Satu kelompok mengatakan dalam Islam memang ada konsep 'harta intelek'. Antara tokoh penting dalam kelompok ini adalah Dr. Ariff Salleh Rosman dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Tesis MA beliau adalah dalam topik harta inetelek dan hakcipta. Beliau juga adalah anggota panel penasihat syariah PTS.
Satu kolompok lagi mengatakan dalam Islam tidak ada konsep 'harta intelek' dan oleh itu tidak ada konsep 'hak cipta'. Golongan ini menggunakan hadith yang bermaksud, “Kearifan (ilmu) adalah barang yang hilang dari kaum muslimin, ia adalah milikmu, di mana pun kamu menemukannya.”
Dalam undang-undang harta intelek dan hak cipta, sememangnya 'idea' (termasuk ilmu) tidak dilindungi oleh undang-undang. Yang diberikan perlindungan adalah cara-cara bagaimana idea (dan ilmu) itu dizahirkan.
Justeru, ilmu dalam buku tidak dilindungi. Sesiapa sahaja boleh mengutip ilmu dalam buku-buku karya orang lain, menggunakan ilmu itu, mengajarkan ilmu itu, mengaplikasinkan ilmu itu, malah menjual ilmu itu.
Yang tidak diizinkan oleh undang-undang adalah mencuri, yakni menyalin semula ayat-ayat dalam buku itu, ataupun menggunakan foto dan ilustrasi dalam buku itu, bagi tujuan mencari keuntungan.
Perkara inilah (perbezaan antara 'ilmu' dan 'penzahiran ilmu') yang sering tidak difahami oleh ustaz-ustaz tradisional. Akibatnya, banyak ustaz menyalin semula bulat-bulat bahagian-bahagian daripada karya ustaz lain, lalu dimasukkan dalam buku mereka, dihantarkan kepada penerbit, lalu diterbitkan dengan meletakkan nama mereka sendiri sebagai pengarang.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006
![]()
![]()
Sebagai penulis, sebelum mula menuliskan sesebuah buku itu, tentukan dahulu apakah kita mahu memasuki (i) pasaran am ataupun (ii) pasaran niche.
Pasaran niche adalah pasaran kecil yang sangat khusus sifatnya. Pasaran itu ada tetapi disebabkan ia bersifat niche, lazimnya penerbit tidak berminat memasuki pasaran itu. Mereka lebih suka memasuki pasaran am yang lebih besar.
Disebabkan pasaran niche sering diabaikan, apabila kita memasuki pasaran ini kita tidak mempunyai banyak pesaing, malah ada kalanya langsung tidak ada pesaing.
Buku 'Saya Sayang Papa' adalah contoh buku yang ditargetkan kepada pasaran am. Manakala buku 'Misteri Ayam Beracun' adalah contoh buku cerita remaja awal yang ditulis khusus untuk pembaca yang mahukan cerita-cerita bertemakan agama yang terang dan jelas.
Nama siri itu adalah 'Lebai Cilik'. Perkataan 'lebai' hanya mempunyai appeal pada kelompok yang relatif kecil.
Gambar kanak-kanak dan orang tua yang memakai kopiah pada cover 'Misteri Ayam Beracun' menyebabkan pembeli buku golongan bukan Islam, dan orang Melayu yang hidup dengan mengamalkan budaya urban, modern dan kebarat-baratan tidak berminat membeli buku itu.
Nota: PTS adalah sebuah penerbit yang mengamalkan pendekatan long-tail. Teori pasaran long-tail (ekor panjang) mengatakan, dengan terbukanya sektor ekonomi jual-beli dengan menggunakan internet, maka pembeli semakin mahukan produk-produk yang dikeluarkan khusus bagi memenuhi keperluan mereka sahaja. Mereka tidak mahu lagi produk yang terlalu am sifatnya. Ini bermakna para pengeluar mestilah mengeluarkan banyak jenis produk, setiap edisi dikhususkan untuk pembeli yang spesifik dan relatif kecil jumlahnya.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006
Seorang rakan FaceBook bernama Abdul Razak Husin menulis ayat-ayat di bawah tentang antologi cerpen "Mekar Sakura di Mimbar Cinta" karya Ilham Hamdani yang memenangi Hadiah Sastera Perdana kategori antologi cerpen:
Baca buku Mekar Sakura di Mimbar Cinta... seronok baca koleksi cerpen tu. Memang layak dapat anugerah perdana hari tu..
Secara peribadi cerpen Masitah agak berat berbanding Mekar sakura Di Mimbar Cinta kerana latar belakang negara jepun sarat dalam cerpen ini. Di samping jalinan bahasa yang indah, ringkas dan cukup padat..Keagamaan juga tersisip dalam hampir setiap cerpen yang ditulis oleh pengarang ni. Puan Nisah, pengarang ni ada buat novel tak? Kalau ada saya inginkan novel penulis ini...
Saya belajar sesuatu daripada karya Ilham Hamdani ni... tapi saya tak nafikan antologi yang disenarai pendek punyak kekuatan tersendiri termasuklah karya puan kan!
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006
Salam,
Saya ternampak status seorang teman facebook. Tertarik dengan status yang memaparkan nama PTS.
Setelah digali apa ceritanya, rupanya beliau baru sahaja menolak satu projek besar kerana baginya projek itu 'tidak syariah compliant'. (Projek dari Pak Arab - boleh bayangkanlah berapa besar.)
Beliau pernah bertugas di sebuah advertising firm yang mempunyai potensi untuk sama kuat seperti Leo Burnett dan pernah menang Kancil Award. Namun beliau tinggalkan kerjaya bergaji mencecah 10K itu setelah syarikat tersebut membawa 'client' minuman keras.
Kini dia hidup kesempitan dengan kerja sebagai copywriter yang bergaji rendah berbanding rakan lain yang berada di firm besar bergaji besar dan melancong ke Eropah setahun lapan kali, beliau masih tetap kukuh percaya dengan konsep syariah compliant. Dan kejayaan PTS sentiasa diperhatikannya sebagai pedoman prinsip hidupnya.
Sekadar berkongsi pengalaman. Terima kasih.
NAZRI BIN MOHD ANNUAR
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006
![]()
![]()
Rekod pembayaran royalti PTS menunjukkan majoriti penulis PTS yang termasuk dalam senarai 20 orang penulis top menerima royalti setiap tahun adalah penulis sastera remaja.
Saat ini pasaran novel remaja sedang berkembang dengan baik sekali.Kedai-kedai buku sudaha memberikan rak-rak khusus untuk novel-novel remaja.
Kita meramalkan lebih banyak penerbit akan terjun ke dalam pasaran ini. Trend ini amat positif.
Lebih banyak penerbit sudah memasuki pasaran novel remaja bermakna lebih rancak dan lebih meriah outlook industri ini. Masing-masing penerbit dengan strategi bisnes dan pemasarannya.
Semakin banyak penerbit menerbitkan novel remaja, semakin banyak novel remaja dapat dipamerkan dalam kedai-kedai buku. Dengan itu lebih banyak rak untuk novel remaja akan disediakan oleh pengurusan kedai buku. Lebih banyak rak, maka kesannya adalah semakin lebih menonjol rak-rak itu di mata pengunjung kedai. Maka lebih mudah orang ternampak novel-novel remaja itu.
Lebih banyak novel remaja diterbitkan, lebih banyak pilihan ditawarkan kepada remaja. Pilihan yang banyak mencipta daya tarikan kepada remaja yang belum mempunyai habit membaca buku-buku dalam Bahasa Melayu supaya mahu cuba membacanya.
Permintaan yang besar dapat memotivasi lebih banyak penulis menghasilkan novel remaja. Lebih banyak penulis bermakna lebih banyak teknik, gaya dan ragam penulisan yang dapat dinikmati oleh pembeli.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006
Salam, Pn. Ainon.
Saya ingin melahirkan rasa bangga dan bersyukur atas usaha puan dan PTS menerbitkan karya yang dapat memenuhi hasrat jiwa yang tercari-cari sesuatu untuk santapan rohani.
Saya mengenali PTS lewat karya Ain Maisarah, Dr. Kamil Ibrahim, Dr. Danial Zainal Abidin dan lain-lain lagi. Akhirnya kami mempunyai team pembaca, pengulas dan pembeli buku-buku terbitan PTS.
Sudah 4 tahun saya kenal PTS. Anak-anak remaja begitu teruja untuk membaca karya Ain Maisarah yang tag line novelnya "Aku mahu..."
Syabas untuk warga PTS kerana berjaya mengalih perhatian remaja daripada karya yang bertunjangkan cinta nafsu kepada cinta Allah dan agamanya serta nuasa bangsa. Semoga usaha puan dan warga PTS sentiasa diberkati Allah dan dilimpahkan rahmat dan kekuatan untuk perjuangan Agama Allah. Wassalam.
Shidah, JB.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006
| KDN haram 17 buku pelbagai bahasa | ||
|
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006
Inilah wajah pengerusi baru lembaga pengarah Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) menggantikan Datuk Prof. Dr. Wan Hashim Wan Teh.
Beliau adalah Yang Berhormat Datuk Dr. Shaharuddin Md. Salleh, wakil rakyat Jorak, Muar, Johor.
Beliau pernah menjadi setiausaha politik kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006
SHAH ALAM : Sasterawan Negara Datuk A Samad Said menegaskan iltizamnya bahawa hal pemansuhan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) menjelang 2012 itu hanya penangguhan dan bukan pemansuhan.
"Jadi, kalau tidak dimansuhkan juga, kita tak akan teragak-agak untuk melakukan demonstrasi sekali lagi," katanya sempena pelancaran buku esei Budayawan Bertindak untuk menyokong perjuangannya selama ini.
Bercakap di Muzium Shah Alam kelmarin, A Samad Said berkata, pihaknya merakamkan rasa terima kasih terhadap Pas dan Harakah yang banyak membantu dalam usaha menggerakkan seluruh masyarakat untuk berhimpun dalam kejadian setahun yang lalu.
"Tanpa Pas dan bantuan Harakah untuk menyebarkan maklumat berhubung PPSMI, nescaya perjuangan memansuhkan PPSMI tidak berlaku seperti yang kita lihat pada hari ini," tambah beliau lagi.
Pengarang novel Salina yang terkenal itu berkata, kehadiran beliau selama ini sebenarnya cuma mengisi kesusasteraan Melayu dan tidak lebih daripada itu.
"Saya bukan 'organization man', jadi mengapa seorang sasterawan negara yang tugas sebenarnya mengisi gerbang kesusasteraan, akhirnya telah turun ke jalan raya?" kata beliau membangkitkan soalan.
Ketika membangkitkan kenangan lama, dalam peristiwa 7 Mac tahun lalu, beliau berkata, pihak polis pernah memujuk Hassan Ahmad bersurai, tetapi hal itu ditangani rakannya itu dengan penuh kebijaksanaan.
"Dalam keadaan polis meminta Hassan memujuk demonstran agar menyuraikan perhimpunan itu, beliau dengan warasnya telah memberitahu bahawa tugas pihak polis ialah untuk mengamankan perhimpunan itu.
"Tetapi, ada yang tersirat di situ yang tidak diluahkannya kepada pihak polis, iaitu tugas kamilah pada hari itu yang menggelorakan perhimpunan tersebut," kata beliau, lalu disambut ketawa hadirin.
Sementara itu, berucap dalam majlis yang sama, Pengerusi GMP, Datuk Hassan Ahmad dengan bergurau berkata, perhimpunan menyerahkan memorandum itu tidak sepatutnya diganggu oleh pihak polis.
"Mula-mula mereka beri permit perhimpunan, kemudian tarik balik, jadi kita tiada pilihan, apa yang kita nak beritahu kepada orang-ramai kalau mereka bertanya?
"Lagi pun, ini sebenarnya perhimpunan sahaja, bukanlah demonstrasi, ia macam suatu perarakan saja, seolah-olah macam perarakan untuk sambut Maulud Nabi sahaja. Jadi, salahkah?" kata beliau, disambut ketawa orang-ramai.
Majlis itu diakhiri dengan penyampaian hadiah daripada Pengerusi GMP Datuk Dr Hassan Ahmad kepada keluarga demonstran; Ismadei Sahnam bersama isterinya, Nur Asyikin Ahmad Saibi, empat anak mereka; Nur Isma Dalilah, Mohd Isma Danish, Nur Isma Dania, dan Mohd Isma Danial.
Keluarga Ismadei Sahnam adalah antara keluarga yang mana setiap anggotanya telah turun semuanya untuk menyatakan bantahan terhadap dasar PPSMI tersebut.
Nota: Era Pakatan boleh dihubungi melalui 03-61850744 / 0745 (Tel.), atau menerusi , (Mel-E).
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006
![]()
![]()
Pada saat ini PTS One Sdn. Bhd. adalah penerbit sastera remaja dan kanak-kanak yang paling aktif dalam pasaran.
Inilah penerbit yang berjasa besar kepada industri sastera remaja tanah air dengan melahirkan generasi baru penulis yang memahami kehendak dan citarasa remaja dan kanak-kanak.
Pada waktu yang sama, PTS One juga menjaga kepentingan pendidikan formal, moral, spiritual dan kultural peminat-peminat buku-buku terbitannya.
Dari satu sudut pandang yang lain, PTS One juga berjasa besar kerana berjaya melahirkan generasi baru editor-editor, designer dan ilustrator buku remaja dan kanak-kanak yang amat kreatif dan produktif.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006
Pada usia 28 tahun, dan hanya selepas 4 tahun mula menulis, Puan Ain Maisarah sudah menerbitkan 12 judul novel remaja.
Dalam tempoh itu sudah lebih 100 ribu naskhah terjual.
Banyak yang dapat ditiru daripada penulis sastera remaja paling ngetop ini.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006
Beginilah keadaan sesetengah rak dalam kedai-kedai buku utama yang mempamerkan komik-komik dalam Bahasa Melayu.
Komik-komik terjemahan dari luar negara, terutamanya dari Hong Kong, Jepun dan Korea diletakkan di tingkat atas, manakala Komik-M terbitan PTS diletakkan di tingkat lantai.
Keadaan negatif ini bukan berlaku di semua kedai buku.
Di sesetengah kedai buku, Komik-M terbitan PTS disusun di rak yang dikhaskan untuk buku-buku PTS.
Dalam foto ini, Komik-M diletakkan di rak yang dikhaskan untuk semua jenis komik Melayu.
Kepada peminat-peminat Komik-M, mereka dapat membantu dengan cara begini: Apabila melihat keadaan seperti dalam foto, ambil Komik-M dan letakkan di rak atas supaya orang nampak dan membelinya.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006
![]()

Pasaran buku-buku kasih sayang adalah malar-hijau, yakni laku sepanjang tahun. Maksudnya, buku-buku itu tidak bermusim.
Buku-buku panduan percintaan, perkahwinan, kekeluargaan dan berkasih sayang adalah ditargetkan kepada pembeli dan pembaca perempuan.
Lelaki tidak membaca manual pengurusan emosi. Namun, buku-buku kasih sayang yang ditulis oleh lelaki sangat diminati oleh perempuan.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006
Pada pesta buku tahun lalu, PTS menerima banyak rungutan daripada pengunjung booth PTS di mana kaunter bayaran begitu sesak terutamanya pada hujung minggu. Ramai yang terpaksa beratur panjang walaupun hanya hendak membayar satu naskhah buku sahaja.
Tahun ini PTS mengambil inisiatif membuka kaunter ekspres bagi pengunjung yang membeli 5 naskhah buku ke bawah.
Kaunter ekspres ini hanya untuk bayaran tunai sahaja.
Selain itu, PTS akan membuka 4 kaunter bayaran biasa dan 2 terminal kad kredit/debit (VISA dan Mastercard sahaja).
Jadi tahun ini, tuan dan puan tidak perlu beratur panjang semasa membuat bayaran.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006
![]()
Buku komik kanak-kanak ada Laut Biru terbaru yang sedang diterokai oleh Komik-M.
Tuan Wan Zuhairi, atau nama glamornya WanZu, Ketua unit Komik-M di PTS Millenia Sdn. Bhd., memberitahu beliau akan menerbitkan lebih banyak komik-komik yang ditargetkan untuk kanak-kanak.
Justeru beliau sedang mencari lebih banyak bakat-bakat pekomik yang pandai menghasilkan karya kanak-kanak, dan pada waktu yang juga disukai juga oleh ibu bapa.
Ada perbezaan antara komik yang ditargetkan kepada remaja dengan komik kanak-kanak.
Komik remaja dibeli oleh remaja menggunakan wang saku sekolah. Oleh itu komik remaja hanya perlu disukai oleh remaja.
Komik kanak-kanak dibeli oleh ibu bapa untuk dibaca oleh anak-anak mereka. Justeru komik kanak-kanak perlu memiliki ciri-ciri yang disukai oleh ibu bapa juga.
Tuan dan Puan yang berminat berkarya dalam kategori komik kanak-kanak, dipersilakan menghubungi Tuan Wanzu di alamat
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006
Pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 kali ini, PTS menyediakan 2 booth khas sebagai tempat penulis-penulis PTS membuat aktiviti.
Di booth penulis itu nanti, PTS akan membina platform khas dan menyediakan 20 buah kerusi bagi para pengunjung yang mengikuti aktiviti yang dianjurkan.
Dengan adanya booth khas bagi aktiviti penulis PTS ini nanti dapat menebus kehampaan para penulis PTS yang tidak berpeluang berbuat demikian pada tahun lepas akibat ruang yang terhad.
Sebanyak 42 aktiviti bersama penulis PTS disusun.
Bagi tuan dan puan yang ingin menemui penulis idola masing-masing, bolehlah datang ke booth PTS berdasarkan tarikh-tarikh yang disusun.
Antara penulis yang sudah mengesahkan untuk mengadakan aktiviti di booth PTS adalah penulis novel remaja PTS Natasha Effyzal, Ainin Naufal, Ezee Rahmani, Farihah Iskandar, A. Razak Adam dan Ain Maisarah.
Tidak ketinggalan adalah penulis novel dewasa dan Islami PTS iaitu Lily Haslina, Bahruddin Bekri, Abdul Latip Talib, A. Ubaidillah Alias, Rose Harissa, Zaid Akhtar, Nisah Haron dan ramai lagi.
Penulis lain yang turut sama memeriahkan aktiviti penulis PTS ialah Zamri Mohamad, Shamsuddin Kadir, dan Syahrul Nizam Junaini.
Chef Hanieliza akan membuat demonstrasi memasak.
Bagi peminat komik, temui pekomik-pekomik PTS sepanjang pesta buku di mana mereka akan melukis karikatur percuma apabila tuan dan membeli Komik-M terbitan PTS.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006
Banyak penerbit yang baru memulakan bisnes, terpaksa gulung tikar dalam tempoh 3 tahun selepas memulakan operasi disebabkan isu cashflow yang tercekik. Maksudnya, walaupun buku yang diterbitkan laku tetapi syarikat tidak mempunyai wang tunai secukupnya dalam bank bagi membayar gaji, sewa dan lain-lain.
Punca cashflow tercekik adalah disebabkan hutang pelanggan yang tidak dikutip secara efektif.
Penerbit kecil sekalipun wajib melantik seorang pegawai pengutip hutang, atau namanya 'credit controller'. Jangan ada mindset disebabkan bisnes kita masih kecil jadi tidak mampu melantik pegawai credit-controller, jadi kita mahu tunggu sehingga syarikat sudah besar baru mahu melakukannya.
Ini kes ayam-dengan-telur. Syarikat kita masih kecil jadi kita tidak mampu membayar gaji credit-controller, ataupun sebenarnya kerana kita tidak mahu melantik credit-controller makanya syarikat kita masih kecil dan tidak dapat membesar.
Tugas-tugas credit-controller:
(i) Menyemak rekod hutang-hutang pelanggan.
(ii) Menghantar penyata hutang kepada pelanggan.
(iii) Membuat panggilan telefon kepada pelanggan bagi mengingatkan mereka supaya membayar hutang.
(iv) Menyediakan laporan hutang pelanggan untuk diserahkan salesman, supaya salesman yang menghantar barang kepada pelanggan membincangkan bagaimana hutang itu patut dibayar.
Foto menunjukkan Tn. Mohd. Nur Ikhram (sewaktu beliau masih bertugas sebagai eksekutif jualan di jabatan sales PTS) menunjukkan cek-cek bayaran hutang yang beliau kutip daripada kedai-kedai buku apabila beliau pergi melawat mereka.
Nota: PTS melantik seorang credit-controller sebelum ia mampu melantik seorang akauntan. Waktu itu staf PTS baru 4 orang.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006
Sebagai tanda terima kasih PTS kepada tuan dan puan yang membeli buku PTS dalam jumlah yang banyak, tuan dan puan berpeluang menerima hadiah istimewa selepas membuat bayaran.
Bagi pembeli yang membuat bayaran RM100 dan RM200 ke atas, tuan berpeluang memutar Roda Istimewa PTS.
Pada Roda Istimewa PTS itu sudah diletakkan imej hadiah yang akan tuan menangi berdasarkan nilai belian yang tuan buat sama ada RM100 ataupun RM200.
Antara hadiahnya adalah barang merchandise PTS seperti t-shirt, mug, buku nota, payung, poskad dan banyak lagi. Selain itu, PTS turut menyediakan hadiah berupa buku terbitan PTS.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006
![]()
![]()
Kanak-kanak yang belum pandai membaca sendiri suka mendengar ibunya membacakan cerita. Aktiviti membacakan cerita kepada kanak-kanak juga sangat berkesan bagi mendidik mereka supaya menyukai buku dan membaca.
Cerita juga adalah alat yang amat efektif bagi menyampaikan nilai-nilai murni kepada kanak-kanak.
PTS sudah menerbitkan 20 buku cerita yang sesuai dibacakan kepada kanak-kanak. Setiap buku mengandung 31 satu cerita, yakni 1 cerita bagi setiap malam.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006
Salam Pn Ainon,
Saya mohon daftar diri.
Ainol Hasanal B Jalaluddin
0127959579